Norhidayah profile icon
Kim cươngKim cương

Norhidayah, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Norhidayah

Alhamdulillah. i'm ibu now

Bài đăng(93)
Trả lời(756)
Bài viết(0)
 profile icon
Viết phản hồi

PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Kita yang tak berapa faham psikologi anak, lepas tu selamba je cakap budak tu degil. Saya dulu hampir jadi macam tu jugak. Kadang tu nak suruh anak saya pergi pakai pakaian lepas mandi je pun tapi tak selesai-selesai sebab dia asyik duk meragam. Ada saja benda tak kena. Mulanya pening kepala jugak kenapalah susah sangat dia ni nak dengar cakap. Rupanya saya ni yang bermasalah sebab saya tak nampak fitrah anak kecil yang sebenar. Kalau ikutkan lingkungan umur setahun setengah hingga 4 tahun ni, tengah dalam fasa Ego-centric lagi. Anak kita tu duk rasa dialah decision maker yang paling bijak. Paling genius. Adakalanya kalau dia rasa dipaksa-paksa, memang dia akan meragam dan tak nak buat benda tu. Sebab tu kita mak ayah lah kena jadi lebih hebat dan kreatif. Ini saya nak kongsi tips paling mudah untuk kita berdepan kerenah macam tu. 👉 Kita buatkan si kecil tu rasa seolah-olah dia yang berkuasa untuk buat keputusan, dengan cara kita berikan dia pilihan. 👉 Contohnya kita tanya dia, “Adik nak pakai baju merah ni ke atau baju biru tu?” 👉 Sebenarnya kita dah tentukan pilihan tu daripada awal. Jadi tak apalah kalau dia pilih pakaian yang mana pun sebab tujuan asal kita memang nak dia pakai baju. 👉 Yang tak bagusnya bila kita asyik memaksa je. Lagi tak best bila sampai ke tahap tinggikan suara. Itu yang buatkan anak memberontak. 👉 Namun bila kita dah berjaya tawan hati si kecil dengan cara yang betul, jangan terkejut kalau makin lama dia makin kurang meragam. Tolong kongsikan tips penting ni dengan mak ayah yang lain jugak ye. Mak ayah yang bijak dia tahu apa nak buat untuk jadikan anak lebih tenang dan tak mudah meragam.

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

Anak usia 8-11bulan nak taknak makan je... Haish sedih hati mommy, suap makanan asik luak balik lagi lagi yang bertekstur, berat maintain, asik nak minum susu je...mommy dah risau ni Mommies relax... Usia ini biasa begini.. Berikut sebab anak usia ini biasa nak taknak makan 1. Sedang tumbuh gigi Kalau tumbuh gigi memang bagi apa taknak makan kecuali yang smooth senang telan atau sesuatu yang keras sejuk dan melegakan gatal gusi. So dont worry selalu lepas tumbuh ok balik dah. Selang seli tekstur makanan yang lembut dan finger foods macam buah sejuk,sayur keras sikit (macam karot,ubi rebus) untuk bagi anak makan ye. 2. Fasa nak explore Baru reti merangkak kan Ada yang baru dapat kaki lagi Mana nak duduk diam makan...hehehe Nak main nak main... So apa kita boleh buat?jadikan waktu makan waktu anak main... Bagi mereka amalkan baby led weaning..makan sendiri.. Letak macam macam atas pinggan..taknak guna pinggan pun takpe (tu macam anak bujang I dalam gmbr😅😅🙊) 3. Hati hati waktu bagi susu Jangan terlalu dekat dengan waktu makan 2jam sebelum/ selepas..kalau dekat sgt anak akan kenyang susu saja..😬😬😬 4. Pelbagaikan tekstur makanan Ada anak yang selesa makanan lembut taknak tukar ke makanan yang lebih tekstur macam dari puree ke kisar.. Cadangan saya..selang seli kan..kalau 2x/hari makan 1 kali puree 1 kali kisar halus..kalau 3x/hari puree,kisar,puree...dan lama lama tukar kepada tekstur lain terus Ada mommies harini puree esok terus tukar tekstur lain..hmmmm terkejut anak, rasa pelik amenda rasa dekat lidah ni???? Anak yang tak amalkan baby led weaning/finger fooda akan lagi mudah terkejut dengan perubahan tekstur tau.. 5. Dont give up...dont stress Kalau anak sihat, masih tambah berat, tak mudah sakit,membuang dengan elok tak sembelit, you are on the right track.. Journey sebagai seorang parent memang trial and error sebab setiap anak berbeza..tapi jangan sampai membahayakan nyawa anak.. Sekian Dietitian fizah

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi

PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASYE

Saya pun sama macam korang semua ni. Runsing duk pikirkan nasib kesihatan anak-anak bila jumlah yang dijangkiti Covid19 ni makin melambung naik. Semalam je dah cecah 400 lebih kes sah positif. Tu yang buatkan ramai tengah duk berkira-kira untuk nak lepaskan anak ke sekolah buat masa ni. Ye lah, susah payah isteri kita menanggung sakit perit mengandung 9 bulan, kita jaga elok-elok budak tu dari dia kecil, takkan lah tiba-tiba kita sanggup nak biarkan dia terdedah pada risiko jangkitan virus yang dah meragut lebih sejuta nyawa manusia ni. Sebab tu nak tak nak, selain elakkan anak kita tu hadir ke kawasan berisiko tinggi buat masa ni, tolong jugak pastikan kita jaga betul-betul 5 perkara ni supaya imuniti badan si kecil tu kekal kuat dan berada pada tahap yang terbaik. #1- Tolong jauhkan junk food dan fast food dari anak kita. Benda ni mudah benar nak lemahkan antibodi anak kita hingga senang diserang penyakit. Cek balik stok makanan kat rumah tu. Lebih baik kita penuhkan peti sejuk dengan buah-buahan yang kaya vitamin C daripada letak jajan dan keropok yang akan rosakkan gigi dan gusi. #2- Semak balik berapa lama waktu si kecil tu tidur setiap hari. Tak cukup tidur akan kurangkan production Cytokines, sejenis protein yang sangat penting untuk kuatkan imuniti badan anak kita. #3- Kita galakkan mereka untuk banyakkan aktiviti fizikal samada kat dalam rumah atau dekat laman. Kalau kita dapat join sekali lagi cantik. Regular physical activities ni bagus untuk support perkembangan tubuh badan dan mental kanak-kanak seterusnya kurangkan risiko dia jatuh sakit. #4- Tolong halang perokok dari hisap benda beracun tu duduk dekat dengan anak kita. Yang hisap vape pun sama. Naudzubillah, kalaulah perokok tu positif covid19, asap rokok atau wap vape yang dia hembuskan tu akan bawak sekali partikel virus maut tu lalu tersebar kat udara dan menjangkiti orang lain kat sekeliling. #5- Ingatkan si kecil tu setiap hari tentang tabiat jaga kebersihan yang tepat. Kita pun kena tunjukkan contohnya sekali ye. Pakai mask bila berada kat tempat awam, selalu bersihkan tangan dan amalkan social distancing. Kuman dan virus sukar nak membiak kat tempat yang bersih. Tolong #share artikel ni dan bantu saya kongsikan ilmu penting ni pada semua mak ayah kat Malaysia ni ye. Ini tanggungjawab besar kita semua untuk nak pastikan nyawa anak-anak kita sentiasa dalam keadaan selamat. Dr Ahmad Luqman Bukhari. Jemput follow FB saya dan set See First supaya mak ayah semua tak terlepas ilmu mahal berkaitan kesihatan si kecil kita. Join jugak channel telegram https://t.me/notaALB. Dah ada lebih 28 ribu mak ayah yang betul-betul prihatin duk belajar tentang kesihatan anak kat dalam sana. #notaDrALB

Đọc thêm
Thành viên VIP
Post reply image
 profile icon
Viết phản hồi
 profile icon
Viết phản hồi

PERKONGSIAN BERSAMA #COPYPASTE

2 cm , 4 cm , 8 cm , 10 cm tu apa ? Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan banyak anak. apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan 'show' akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin. pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameter nya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja. Jangan panik....... ramai ibu berasa takut dan gundah gulana memikirkan mengenai Vaginal examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan. relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit. selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, vaginal examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan maka, vaginal examination ni bukan suka-suka dilakukan, ianya penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai. di dalam dewan bersalin, ianya dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi