Awa profile icon
Kim cươngKim cương

Awa, Malaysia

Contributor

Giới thiệu Awa

Baby: Loading in Progress

Bài đăng(108)
Trả lời(338)
Bài viết(0)

Lagi 3 bulan nak 2025 Jom Bagi Aura Positif

Salam semua, saja nak luah sikit. Nak masuk 2025. Boleh tak kat sini orang2nya tak bitter sangat! Ada lagi upanya jumpa orang comment bebai2. Dah la post anonymous. Dulu saya tegur cara berhemat kali ni pakai sound system sikit! Penakut la you! Condemn orang pastu post as anonymous. Kalau rasa sakit hati jangan comment kat dia bagi dia pula sakit hati. Apps ni jelas tulis guideline kena be kind to others tapi ignore juga noh. Kalau rasa dunia awak bitter jangan la spread sini utk bitterkan orang lain! Apps ni tujuan dia untuk kita bertanya dan menasihati each other. Support one another bukan menjatuhkan orang. Kalau rasa tak boleh spread positivity. Duk diam2 situ! Ni tak, ada ka patut kata "lain kali jadi mommy kena la positif tanya pada saluran betui bukan tanya kat sini". Haaaa hang tau ka dia tak tanya doc. Hang p klinik ka dengan dia? Hang duk sebelah dia kaaa? Tak tau kan? Mungkin dia otw tanya atau dah tanya tapi tak puas hati ka apa. Hang suruh org positif hang pun bitter. Geram tau. Tak pernah lagi post saya terkeluaq utara. Okay nak ajar mommy lain kat sini. If you guys nampak orang2 bitter ni kat post you dan dia menganggu emosi. Sis try tengok ada setting kat comment tu untuk block kawan tu. Walaupun dia anonymous appps ni boleh block dia dari nampak posts2 you. Dan sebelum block, report dia dulu biaq dia ada banyak record buruk kat sini. Ok done luah. At least saya dah lepas apa yang terbuku. Heee. Siapa yang terasa tu adakah anda begitu. Renung2kan selamat beramal! Semoga kita jadi orang yang spread positivity. Benda nampak kecik tapi main peranan besar pada orang yang terima. Ganjaran dia Allah balas balik dalam banyak bentuk. Percayalah tak sia2 kita baik dengan orang. Tolongggg la baca dua tiga kali sebelum post. Kalau rasa ish kasaqnyaaaa aku kata kat dia. Jangan post, buka tv layan cerita lawak jangan post. Tak dapat duit pun. Dapat dosa. Allah balas juga. Allah maha adil! Terapkan pada diri kita remind everyday. Setiap kita tak sempurna, masing2 ada kurang dan lebih. Jangan pertikai orang sangat jangan judge lebih2. Saya pun kurang banyak, dan sini saya minta maaf juga if ada yang terasa, walaupun saya rasa betui dah niat nak nasihat tapii saya takdak niat nak jatuhkan sapa2. Done tazkirah malam isnin! Kali ni betui2 done. 🫰

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi

Susu Badan Tiada Bandingan

Salam semua. Saya just nak share experience saya dengan susu badan 7 months postpartum. Anak saya dah taknak direct feed and milk supply saya pun sekali pump berapa titik saja. Walaupun buat power pump dan on milk booster. saya masih tak give up masih lagi cuba collect susu badan cuma saya tak push dah diri saya untuk kumpul banyak2 sampai melecet puting. Disini saya nak reach out to all other breastfeeding mom yang masih kekal kuat susukan anak tanpa henti walaupun penat sangat2 banyak yang dikorbankan. Tolong jangan berhenti. Keep on breastfeeding. Walaupun, you are a low supplier sebab saya witness sendiri susu badan ni memang power. Anak saya sakit beberapa minggu lepas. Dekat 3 minggu batuk tak henti selsema teruk. Dah on ubat on antibiotik tak jalan. Saya tak bawa g hospital just clinic saja. Saya ingat nak bawa g hospital jika tak baik juga tapi sebelum tu saya try bagi beberapa titik susu badan saya yang tinggal tu. Sebelum ni campur gan makanan ja. Kadang saya buang sebab dah tak elok. Tapi waktu anak tak sihat saya try bagi juga beberapa titik tu melalui syringe. Kuasa tuhan masyaAllah. Hari kedua lepas minum susu badan yang berapa titik saja tu. Terus tak dengar dia batuk. Mungkin kebetulan mungkin tak. Saya tak sure tapiii dia bagi semangat untuk saya tak stop bagi susu badan walaupun cuma berapa titik. Saya doakan pada ibu2 yang korbankan tidur untuk pastikan susu badan tak effected semoga terus berjuang dan jangan stop sebab perjuangan anda tak sia sia. Doakan saya juga yang masih cuba terbaik untuk anak2 saya dan diri saya. Take care mommies!

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi