Jom kongsikan pengalaman IUCD yang ada. Kenapa pilih pakai IUCD dan dah berapa lama. Dan apa apa pengalaman yang berkaitan lah. Saya pakai IUCD lebih kurang 5 bulan dah. Pilih pakai sebab doktor pakar sakit puan nasihatkan sebaiknya pakai alat perancang ni sebab yang lain tak digalakkan kerana mungkin boleh ganggu hormon dan penyakit kencing manis saya. Kali terakhir cek benang 3 hari lepas. Tak jumpa benang kau 😅 Nak cek sendiri memang tak boleh sebab benang terlalu pendek. 3 bulan lepas ada, kelmarin takda. Dah scan, masih on location. Tapi doktor kkia suruh rujuk pakar sakit puan balik. Ujian sungguh. Rasanya andai kena keluarkan kemudian masuk balik, macam tak nak dah je. Allah. Mohon doakan saya ye. #firstbaby #ingintahu #1stimemom
Đọc thêmAnak saya nak masuk 2 bulan 14 hari. Baru sahaja mula df sejak beberapa hari lepas secara tak dijangka, mamanya memang nak bagi full fm dah sebab susu badan dah berkurangan (ebm). Memang sebelum ni dah mix ebm dan fm melalui botol. Tetapi saya mula keliru bila bayi dah boleh df. Bila cuba bagi seharian tu df, anak macam tak kenyang tapi masih bagi cue nak menyusu dan bila topup sedikit fm baru tidur dan berjaga tanpa menangis / merengek. Sekarang ni tengah malam sehinggal awal pagi sahaja saya df. Selainnya saya bagi fm. Ada tips dan nasihat untuk saya? Terima kasih.#1stimemom #bantusharing #firstbaby
Đọc thêm