Salam ibu2, ada tak yang pengalamannya sama macam saya, sakit dibahagian atas macam dalam gambar tu. Bila kencing, meneran sikit mesti rasa seakan akan senak, dan bila buat senaman kegel pun rasa sakit. Ada tak yang sama macam saya. Kenapa ya? Saya berpantang hari ke 40. #ingintahu #bantujawab #bantusharing #anakfirst
Đọc thêmSalam mommy2 normal ke kalau baby kurang kick waktu siang, 2 3 hari ni saya bangun lewat sikit lepas subuh tidur balik. Sebab demam, jadi badan nak tidur je. Jadi start kira baby kick tu mesti pukul 11 ke atas, semalam okey je, harini baru 2 3 kick dari pukul 12. Risau jugak. Ada tak yang macam ni jugak, tapi baby kalau malam aktif jugak dia. Perlu tak saya ke klinik #31weeks3day #pleasehelp #firstmom #bantusharing
Đọc thêmBangun pagi rasa macam cramp perut
Salam ibu2. Bangun pagi tadi rasa perut penuh je belah kiri , rasa cramp2 gitu. Tak tahu nak cakap sebab apa, saya memang jenis angin. So tak boleh nak beza sangat kenapa. Risau pun ada 😮💨 bila bangun selawat2 sambil gosok perut lepastu hilang. Dah okay. Agak2 kenapa ya sebab angin ke? Saya sekarang memang tidur mengiring ke kiri. Sebab kalau tidur terlentang rasa sekak kat dada dan sakit pinggang. #17week5days #firstmom #firstbaby #bantusharing #pleasehelp
Đọc thêmMimpi Bukan Bukan Waktu Pregnant
Nak tanya mommy2 semua waktu pregnant ni kan , selalu tak mimpi yang pelik2 & menakutkan . Kadang sampai menganggu emosi pun ada 😭 start pregnant lah jadi mimpi pelik2 Semalam mimpi panjang, tapi ingat yang time beranak. Benda tu kacau kita and baby. Sampai baby nb taknak menyusu susu kita, kalau menyusu dia gigit, dan dengar macam macam. Mimpi tu sumpah macam real, bangun terus Istighfar usap perut, semoga anak dalam lindungan Allah #sharepengalaman
Đọc thêmSalam ibu2 macam mana ya pengambilan makanan ibu2 ya, cukup ke zat untuk diberikan pada baby. Saya risau sangat sebab saya sekarang memang kurang selera nak makan tu. Kalau makan tu pun 2 3 suap je. Dah tak tahu nak buat macam mana. Vitamin setakat ni saya makan zincofer. Susu tepung tak ada consume. Masa awal pregnant minum mama efferty tapi lepas sangkut gdm saya stop, sebab takot tak sesuai. Boleh tak bantu saya? Apa patut saya buat. Harini weight drop tiba tiba rasa tak sedap hati, risau baby tak cukup zat. Maaf kalau bertanya lebih2 saya cuma ingin tahu pendapat ibu2 yang dah banyak pengalaman #ingintahu #pleasehelp #firstbaby #bantusharing
Đọc thêm