Nadhirah Anis profile icon
Kim cươngKim cương

Nadhirah Anis, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu Nadhirah Anis

First baby in my tummy

Bài đăng(2)
Trả lời(51)
Bài viết(0)
 profile icon
Viết phản hồi

SPOTTING/PENDARAHAN

Hai semua. Saya nak kongsi sikit pengalaman saya. Jadi, panjang la sikit ceritanya. Tapi ingat setiap orang melalui & menghadapi masalah & pengalaman yang berbeza beza. Jadi, saya hanya mahu berkongsi pengalaman saya sahaja. Masalah saya adalah ada keluar spotting atau segaris darah bersama keputihan. Kronologinya seperti di bawah : 22/12 (7w) - Segaris darah bersama keputihan. Pergi klinik swasta jumpa doktor. Doktor cek air kencing. Ada kencing kotor. Doktor bagi ubat. Baby okay alhamdulillah. 5/1 (9w) - Spotting di seluar dalam. Pergi klinik swasta jumpa doktor. Baby okay alhamdulillah. Tapi saya sembelit. Doktor syak luka dari dalam rahim atau sembelit. Doktor hanya bagi ubat sembelit. 8/1 (10w) - Segaris darah bersama keputihan. Pergi hospital kerajaan je terus untuk jumpa doktor. Doktor masukkan mulut itik & dapati dinding pangkal rahim saya mudah berdarah. Sebab masuk je mulut itik tu terus berdarah. Doktor scan baby dari bawah, alhamdulillah baby semua okay je. Tiada bukaan, jadi pendarahan bukan dari dalam rahim. Memang dari dinding pangkal rahim. Doktor ambil sampel darah & beri temujanji lagi sebulan untuk tengok perkembangan. Tambahan pula, saya ada cyst. Tapi cyst tu memang ada untuk menampung hormon yang berubah ubah dalam tempoh awal kehamilan sehingga 14-15 minggu nanti. Lega saya alhamdulillah bila doktor cek & terangkan satu satu tadi. Doktor pesan, kalau keluar darah atau spotting sekalipun, kena datang jumpa doktor. Macam kes saya ni dah tahu sebab apa. Jadi, bila saya perlu risau? Bila darah kerap keluar. Samada dalam sehari tu spotting atau darah keluar beberapa kali, ataupun keluar spotting atau darah berhari hari. Jangan berlengah, terus jumpa doktor. Pesan saya pula, jangan berkira masa atau wang untuk jumpa doktor. Kita nak diri kita & anak kita sihat. Jadi, kena luangkan masa & keluarkan sedikit wang untuk keluarga yang kita sedang bina ini. Macam saya, kes saya begini. Kes ibu lain, lain pula ceritanya. Saya doakan kita semua dapat lahirkan zuriat masing-masing dengan sempurna & sihat serta dikurniakan kekuatan yang luar biasa dalam menghadapi hari hari yang kita lalui dari mengandung sehingga membesarkan anak nanti in shaa Allah. 🥰💪🏼💚 #firstmom #firstbaby #bantusharing

Đọc thêm
Influencer của TAP
 profile icon
Viết phản hồi