mirasofia92 profile icon
Kim cươngKim cương

mirasofia92, Malaysia

Kontributor

Giới thiệu mirasofia92

Dreaming of becoming a parent

Bài đăng(16)
Trả lời(3)
Bài viết(0)
Influencer của TAP
Sesuai sangat. 14-33 minggu dan ikut pendapat doktor yg cek up awak dan vaccinator. STATUS JANGKITAN COVID-19 DALAM KALANGAN IBU HAMIL DI MALAYSIA 1. Sejak Mac 2020 sehingga Januari 2022, sejumlah 18,277 kes COVID-19 dalam kalangan ibu hamil telah dilaporkan di Malaysia. Bilangan ini merupakan 0.64% daripada jumlah keseluruhan bagi jangkitan COVID-19 yang dilaporkan bagi tempoh yang sama. Bagi tahun 2021, bilangan kes dalam kalangan ibu hamil melonjak naik pada bulan Julai hingga September dan mula menunjukkan tren penurunan pada Oktober 2021 hingga Januari 2022 (Rujuk Rajah 1). 2. Sejak pandemik COVID-19 bermula pada tahun 2020, sejumlah 191 kes kematian ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan COVID-19, di mana kesemua kematian dilaporkan berlaku pada tahun 2021. Pada tahun 2022, iaitu sehingga 15 Februari 2022; tiada kes kematian ibu hamil yang disebabkan komplikasi jangkitan COVID-19 dilaporkan. 3. Bagi tahun 2021, kemuncak bagi kematian ibu hamil akibat komplikasi jangkitan COVID-19 ialah pada bulan Julai (31 kes), Ogos (77 kes), dan September (44 kes). Kes kematian semakin menurun pada bulan Oktober (12 kes), November (3 kes), dan tiada kes kematian bagi Disember 2021 (Rujuk Jadual). 4. Analisa data kematian menunjukkan 79% daripada kes kematian tidak menerima vaksin COVID-19 manakala sebanyak 83% daripada kes kematian mempunyai komorbid. Selain itu, masalah berat badan (berat badan berlebihan atau obesiti) juga merupakan faktor risiko yang kerap dilaporkan. 5. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada penurunan kes kematian ibu hamil akibat komplikasi COVID-19 ialah liputan vaksinasi yang tinggi (94.7%) dalam kalangan populasi dewasa berumur 18 tahun ke atas yang telah dicapai pada bulan Oktober 2021. Berdasarkan pencapaian kempen Ibunisasi, data sehingga akhir Oktober 2021 menunjukkan sebanyak 94% daripada ibu hamil yang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan vaksin COVID-19 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dan daripada jumlah tersebut, 91% telah lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19. 6. Pesanan kepada ibu hamil dalam mencegah jangkitan serta komplikasi COVID-19: a. Memandangkan ibu hamil tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19 yang teruk, langkah-langkah pencegahan amat penting bagi mengelakkan jangkitan COVID-19. b. KKM menyeru semua wanita dan ibu hamil untuk mendapatkan vaksin COVID-19 termasuklah dos penggalak kerana pengambilan vaksin terbukti mengurangkan risiko komplikasi jika dijangkiti COVID-19. Ibu hamil yang masih belum menerima dos penggalak boleh menghubungi klinik kesihatan terdekat atau klinik swasta yang terpilih bagi mendapatkan janji temu awal. c. Selain itu, langkah-langkah pencegahan seperti berikut mesti dipatuhi oleh ibu hamil dan ahli keluarga:- - Kekal berada di rumah kecuali untuk tujuan penting dan perlu sahaja; - Amalkan norma baharu serta mematuhi standard operating procedure (SOP) dalam mencegah jangkitan COVID-19; Ahli keluarga perlu diingatkan untuk tidak menjadi punca jangkitan kepada ibu hamil dengan mematuhi SOP ketika berada di luar rumah; dan - Jika terdapat ahli keluarga yang menjalani kuarantin di rumah, pastikan mereka patuh sepenuhnya kepada prosedur kuarantin. d. Sekiranya telah disahkan positif COVID-19, semua ibu hamil perlu hadir ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) untuk menjalani penilaian oleh doktor. Ikut nasihat doktor jika perlu dipantau di fasiliti kesihatan. e. Sekiranya ibu hamil dibenarkan menjalani kuarantin dirumah, lakukan pemantauan kendiri. Jika gejala semakin merosot, ibu perlu segera ke CAC atau hospital. f. Jika berlaku kecemasan, boleh hubungi talian 999 atau segera ke hospital berdekatan. - KPK KKM -
Đọc thêm
Post reply image
 profile icon
Viết phản hồi