Bolehkah ibu hamil berpuasa?

Hi mommy, bulan puasa dh nak dekat kan? Mesti ramai yg tertanya2. Bolehkah ibu hamil berpuasa atau puasa ganti? Mommy boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g. Semoga bermanfaat utk semua mommy ya❤️. Bulan Ramadan dah nak dekat. Ramai ibu hamil yang datang ke klinik saya tanya, “Doktor Imelda, saya boleh berpuasa ke tidak?” Saya jawab boleh tetapi kena ada 6 syarat-syarat ini: 1) Jangan tinggal sahur. Bukak puasa on time. Kajian perubatan luar negara telah menunjukkan bila tempoh puasa itu berpanjangan, sebagai contoh pada musim panas di negara berdekatan dengan kutub utara di mana waktu siang sangat panjang dan waktu malam sangat pendek, mereka mula lihat masalah pembesaran janin di dalam kandungan. 2) Bila buka puasa, pastikan anda minum secukupnya 8 gelas air di antara buka puasa dan sahur. Jangan benarkan badan ibu hamil mendapat dehydration. Sebagai contoh: 2 gelas bila berbuka puasa 1 gelas selepas solat maghrib 1 gelas selepas solat Isyak 1 gelas selepas solat Terawikh 1 gelas sebelum tidur 1 gelas bila bangun pagi 1 gelas sebelum tamat Sahur 3) Bila berpuasa, berikan perhatian kepada kemampuan diri sendiri, dan jangan bandingkan diri anda dengan orang lain. Wanita yang hamil, walaupun tak makan, akan terus menyalurkan khasiat dan tenaga kepada janin di dalam kandungan dari darah ibu hamil melalui uri placenta. Maka semasa berpuasa, kandungan glukosa di dalam darah ibu yang hamil akan jatuh lebih rendah dari kandungan glukosa di dalam darah wanita yang tidak hamil. Maka, jika ibu hamil berpuasa rasa loya, hendak pitam, muntah, terlalu letih, maka tak payahlah teruskan berpuasa, boleh buka puasa. Berpuasa pada bulan Ramadan untuk ibu hamil itu wajib kecuali jika ibu hamil bimbang tentang kesihatan dirinya sendiri atau bimbang tentang kesihatan janin di dalam kandungan. Dibolehkan buka puasa, tetapi kena ganti balik puasa pada hari lain. Ada ulama kata kena bayar fidyah, ada ulama kata tak perlu bayar fidyah bergantung kepada buka puasa sebab bimbangkan kesihatan ibu atau buka puasa sebab bimbangkan kesihatan anak. Kebanyakan ibu bimbang kesihatan kedua-dua sekali sebab kesihatan janin di dalam kandungan bergantung kepada kesihatan ibu. Kalau tak pasti, tanya ulama, atau buat kedua-dua fidyah dan ganti puasa. Yang tu saya tak bincang di sini, saya hanya bagi nasihat perubatan. 4) Jika anda berada dalam trimester ketiga, iaitu 28 minggu ke atas, jangan lupa memberi perhatian kepada pergerakan janin di dalam kandungan bila berpuasa. Jika ada perubahan yang membimbangkan dari segi pergerakan janin di dalam kandungan atau reduced fetal movements, maka bukalah puasa. Jika pergerakan janin masih juga tidak aktif selepas buka puasa, sila pergi ke hospital. 5) Jika anda ibu yang ada GDM on diet control yang tak perlu rawatan insulin, cabarannya ialah memastikan bahawa bacaan glucose BSP anda 2 jam selepas sahur dan 2 jam selepas berbuka puasa tidak melebihi 6.7. Kita tak perlu check bacaan pada waktu siang bila berpuasa untuk ibu yang tidak perlu rawatan insulin tetapi kita bimbang adakah anda boleh kawal nafsu nak makan berbagai makanan manis bila berbuka puasa dan adakah anda boleh kawal nafsu makan berlebihan. Anda mesti check sendiri Self-Monitoring of Blood Glucose dan jangan abaikan. Jika tak boleh kawal nafsu makan terlalu banyak masa berbuka puasa sehingga bacaan gula naik tinggi mendadak sampai memerlukan rawatan suntikan insulin, maka lebih baik tidak berpuasa. Kenaikan gula dalam darah yang tiba-tiba tinggi selepas berbuka puasa boleh memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan. Lebih baik tidak berpuasa jika anda lebih berjaya kawal pemakanan yang tidak berlebihan sekaligus dan kawal glukosa di dalam darah dari berpuasa tetapi tidak boleh mengawal makan bila berbuka puasa. Ibu hamil yang ada GDM mesti berdisiplin dengan pemakanan sihat dan seimbang dan tidak berlebihan semasa berbuka puasa dan mesti memastikan bacaan glukos SMBG 2 jam selepas makan tidak melebihi 6.7. 6) Paling penting sekali, anda sudah tanya doktor anda sendiri jika anda patut berpuasa. Saya sudah pun memeriksa dan menilai kesihatan ibu dan kesihatan janin di dalam kandungan dulu sebelum saya beri nasihat 1-5 diatas untuk pesakit saya. Maka semua ibu lain mesti dapatkan penilaian kesihatan dari doktor anda dulu dan jangan bertanya anda boleh puasa ke tidak dari saya di media sosial atau dari doktor yang tidak pernah melihat anda. Siapakah ibu-ibu hamil yang saya bagi nasihat JANGAN berpuasa? A) Diabetes yang tidak terkawal dan memerlukan rawatan insulin B)Ibu-ibu yang ada Risiko Tinggi untuk mendapat masalah darah beku dalam saluran darah (venous thromboembolism). Sebagai contoh morbid Obesiti. C) Ibu hamil yang pernah dapat venous thromboembolism, perlukan suntikan ubat mencairkan darah setiap hari semasa hamil. D) Ibu hamil yang ada ovarian hyperstimulation syndrome E) Ibu hamil yang ada pre-eclampsia F) Ibu hamil yang ada penyakit buah pinggang dan proteinuria, G) Ibu hamil yang lumpuh tidak boleh berjalan yang ada lebih Risiko masalah pengaliran darah. Ini ialah kerana darah yang pekat akibat dehydrasi boleh meningkatkan risiko venous thromboembolism kepada ibu-ibu hamil ini. H) Ibu hamil yang muntah-muntah I) Ibu hamil yang ada pendarahan J) Ibu hamil yang demam K) Ibu hamil yang ada masalah pembesaran janin di dalam kandungan atau ‘fetal growth restriction’ L) Ibu hamil yang ada kehamilan kembar dua, tiga atau lebih. Semoga ilmu ini bermanfaat. Jangan tanya saya di media sosial meminta pendapat peribadi untuk anda boleh berpuasa atau tidak, sebab saya tak pernah memeriksa anda dan tak pernah menilai kesihatan janin anda di dalam kandungan. Jumpalah doktor anda dan tanyalah doktor anda. #ApaApaPunJumpaDoktorNaaaaa Terimakasih, Dr Imelda Balchin.

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Great info 👍🏻