Masih masukkan benda dalam mulut
Hi mommies, anak saya sekarang 1 bulan lagi nak 2 Tahun. Tapi dia ada habit yg sekarang dia still masukkan benda dalam mulut. Tak kisah mainan ka apa ka. Apa apa brg dia sentuh dia akan masukkan dalam mulut dulu. Doc cakap tu tak normal. Masalahnya, saya dah cuba sedaya upaya ajar dia jangan masukkan benda dalam mulut. Tapi masih juga dia masukkan jugak 🤣#bantujawab #SeriusTanya #ingintahu
Đọc thêmHi mommies, anak saya sekarang 1 tahun 6 bulan. Gigi pun dah tumbuh habis dah tapi saya pelik dia tiba2 je memilih makanan. Sekarang anak saya tak suka makan ikan, ayam. Tapi kalau ikan dan ayam tu buat kecik2 baru dia makan. Kalau seketul mcm tu, dia tak nak. Sama juga macm sayur. Sayur dia akan makan apabila saya potong kecik2. Brocolli pun nak kena rebus sampai dia betul2 lembut. Mcm mana nak ajar balik anak saya ya? Puas dah saya cuba. #bantujawab #firstmom #ingintahu #bantusharing
Đọc thêmHi mommies, mcm mana nak ajar anak makan ayam ya? Ataupun ikan ke buah buahan ke? Anak saya dulu masa umur 6 - 11 bulan okay je makan ayam semua. Start je dia umur 1 tahun ni secara tiba2 je dia tak mau makan ayam, ikan, buah. Kalau bagi diam2 pun dia tahu benda tu masuk dlm mulut and dia terus buang makanan tu. Saya risau dia mcm ni. #bantusharing #ingintahu #firstmom
Đọc thêmHi mommies, anak saya sekarang dah 1 tahun 3 bulan. Seblum ni saya ada post tentang saya risau anak saya autism. Setakat ni, simptom yg saya post sblm ni sudah kurang. Cuma sekarang dia suka sangat main tayar. Saya pun pernah terbaca kalau anak suka main tayar, pun boleh jadi anak autism. Sekarang, - dia kalau panggil nama dia akan toleh, dulu tak toleh kalau di panggil - dia tidak menghentak kepala mcm sbelum ni, dulu kerap menghentak kepala dan mengulang perbuatan tersebut berkali2 - suka main tayar - suka baling barang/ buang barang - dia suka bermain stacking cups ( satu2 nya mainan yg dia suka main ) - dia belum pandai sebut apa apa perkataan lengkap seperti " mamam, dadi, mami" dan sebagainya - dia belum pandai menunjuk - dia belum pandai tepuk tangan Korang semua rasa anak saya ni memang syak autism ke? Allahu. Saya teramat risau sangat2 dengan dia. Untuk pengetahuan jugak, anak saya lahir ada tongue tie. Kdg2 saya terfikir anak saya tak pandai sebut perkataan lengkap kemungkinan disebabkan dia punya tongue tie. #bantujawab #newmom #bantusharing
Đọc thêmHi mommies. Nak tanya. Anak saya 1 tahun 2 bulan. dia tak lah picky eater sangat. Dia sekarang mcm fasa2 menolak makanan. Saya ada tengok satu artikel ni. Dia cakap salah satu anak jadi picky eater sbb kerap bagi anak menyusu walaupun dah setahun. Tapi anak saya memang kuat menyusu. Mcm mana tu ya? Itu ke sebab anak saya menolak makanan sekarang? Btw anak saya menyusu fernleaf yg full cream. #firstmom #ingintahu #bantujawab #newmom
Đọc thêmHi mommies, saya nak tahu mcm mana nak cuci telinga baby ya? Anak saya sekarang 1 tahun 6 hari. Saya salu cuci luar telinga ja. Saya tak tahu mcm mana nak cuci dlm telinga tu. anak saya mcm salu gatal2 dkt telinga dia. Mungkin dh kotor sangat rasanya. Bantu saya ya mommies ❤️#bantusharing #pleasehelp #ingintahu
Đọc thêmHi mommies. Nak tanya. Anak korang dlm umur ni dah pandai toleh nama bila dipanggil tak? Sbb anak saya dah 11 bulan, kalau dipanggil kdg2 toleh kdg2 tak. Tapi masa check up 6 bulan dulu, kalau nurse panggil nama dia. Toleh. Makin dia besar mcm makin kurang pulak dia bagi respon bila panggil nama. Tapii dia akan respon nama full bukan nama panggilan 🤣 Dia pun selalu buat flipping hand kalau dia happy. Lepastu, kalau nak berdiri tu dia mcm belum confident nak lepaskan diri dia. Saya selalu latihkan dia lepaskan tangan dia dari sokongan tapi lepastu dia duduk 😂. Apa yg saya tengok sekarang dia suka geleng kepala. Kdg2 saya perhati dia geleng kepala tanda dia taknak. Tapi kdg2 dia geleng tanpa sbb. Saya hairan. Lepastu, dia selalu bangun pukol 4 pagi bermain sekejap pastu tidur, tapi ada satu hari saya tengok dia ada hentak kepala dkt dinding tapi slow laa. Lepastu saya perhati lagi, dia hentak lagi. Saya baca dkt google tanda2 awal anak autism. Ada sesetengah memang ada pada anak saya sekarang. Kalau dengar bunyi lain tu dia ada respon lah. Cuma kalau panggil nama je kdg2 respon kdg2 tak. Allahu, saya risau sangat2 mommies. Dahlah anak saya lahir2 dulu memang sakit. Dia kekurangan oksigen dlm otak dan ada tongue tie. Sekarang dia maseh di pantau. Doc nak tengok perkembangan dia mcm mana. Umur dia setahun nanti baru pegi checkup lagi. So far check up doc cakap dia normal. Tulah doc cakap umur anak saya setahun lebeh nanti baru dia tengok lagi perkembangan mcm mana. Saya ada bagitau suami jugak pasal ni, dia pujuk saya dia cakap saya mak dia, doa saya Allah dengar. Banyak2kan berdoa untuk anak saya supaya anak sihat walafiat. Suami saya cakap dia yakin anak dia sihat mcm budak lain. InshaAllah. Dia suroh saya banyak2kan berdoa untuk anak je. #bantusharing #pleasehelp #Bantu_Doanya_YaBunda
Đọc thêmTidak respon kalau dipanggil nama
Hi mommies, anak saya sekarang dh 10 bulan. Saya risau kalau dipanggil nama tu dia tak toleh. Memang selalu jugak la saya panggil nama anak saya, kdg kdg dia toleh. Kdg kdg tak. Kalau dia mcm leka bermain atau tengok tv memang tak respon kalau saya panggil nama. Masa check 6 bulan nurse ada cuba panggil nama dia, dia toleh. Pandai betul budak ni 🤣 Tapi normal ke kalau dia kdg2 je toleh kalau dipanggil nama? #ingintahu #seriusnanya #pleasehelp
Đọc thêm