Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
Preggers
Bengkak czer
Hi mummy, ada tak yg macam saya, ada bengkak atas perut lepas czer. Biasanya sebab apa ya?nurse cakap macam bengkak sebab operation bersalin haritu. Sy dah hari 16 czer. Susah sikit nak bergerak bangun dengan bengkak perut ni. Tak sakit sgt, cuma ada masa terasa sakit. Bengkak ni pun terasa agak keras
Jantung baby masih laju
Saya baru lahirkan anak emergency czer 34minggu 5 hari. Tak sempat langsung cucuk dexa sebab baby dah lemah dalam perut. Hari ni dah hari ke 8 berpantang tanpa baby. Baby masih kena tahan di nicu. Setakat ni result darah baby semua ok. Cuma jantung dia kerap laju. Sampai cecah 200 lebih. Doc dah on ubat. Semalam dah cabut oxygen tapi harini terpaksa pasang semula sebab jantung dia laju. Ada tak mummy yang ada pengalaman macam ni? Kuning dia pun tak terlalu tinggi. Doc dah scan jantung dan semua ok. Cuma degupan jantung dia agak laju. baby alhamdulillah sangat aktif. Susu ibu pun dah dapat. Ada tak mummy yang punya pengalaman macam ni? Berapa lama amik masa untuk dia stabil dan sihat ya?
Baby dalam perut sedu
Nak tanya mummy semua, memang biasa ek baby dalam perut kuat sedu? Selalu juga dia sedu lama hampir tiga min. Pujuk pujuk minum air banyak baru dia ok. Kadang tu sambil dia bergerak dia sedu kuat.
Sakit tulang pinggul
Ada tak mummy kena macam saya. Dah berapa hari rasa tak lega. Haritu masa 28 minggu sakit tulang sebelah kanan. Tapi dah ok. Now 33 minggu sakit sebelah kiri pula. Tapi dua hari ni paling sakit susah nak berjalan. Kaki pun bengkak sikit. Apa nak buat ya?
Kaki naik bengkak sikit minggu 30
Hi mummy nak tanya mummy ada tak yang dah mula bengkak kaki masa minggu 30? Normal ke? Setakat ni semua ok. Cuma perasan kaki bahagian depan sembab bengkak sikit. Apa yang sy perlua buat ya?
Platelet darah tinggi
Ada tak mummy yang ada masalah platelet daraha tinggi? Tp HB ok cantik 13.1. Sy kena amik darah semula untuk hantar ke pakar. Setakat ni takda simptom simptom yang tak sihat dekat saya.Biasanya apa masalah nya ya? Saja nak tahu pengalaman mummy mummy yang lain.
Sakit macam senggugut 29 minggu
Normal ye kita selalu rasa macam sakit senggugut dekat bahagian bawah tu? Biasanya dia akan datang sekejap. Lepas tu hilang, sebab baby sedang membesar yaa? Hampir setiap hari juga rasa
Botol susu newborn
Hi mummy, boleh suggest botol new born yg ok utk sy beli? Sy ftm confuse nak beli yang mana ok, puting botol mana yg tak nipple confuse, mybe mummy mumyy boleh share mana yg pnah pakai utk baby new born
Check up echo dengan pakar
Ada tak mummy yang kena pergi buat echo check jantung dengan pakar sebab nadi laju? Check ecg katanya ok, cuma mmg detect nadi laju sebab tu kena proceed echo. This month sy kena pergi, biasanya lepas check ni, apa lagi procedure ya?
Krim untuk stretch mark
Hi mummy mummy boleh suggest krim atau lotion yang sesuai tak, kulit area perut ni dah mula pedih, sy guna bio oil je, tp tu la sebab kulit perut ni pedih. Rasa macam tak sesuai pula. Tak kuat sangat rasa pedih tu tp risau makin menjadi jadi pedihnya tu,tak selesa