Jantung baby masih laju
Saya baru lahirkan anak emergency czer 34minggu 5 hari. Tak sempat langsung cucuk dexa sebab baby dah lemah dalam perut. Hari ni dah hari ke 8 berpantang tanpa baby. Baby masih kena tahan di nicu. Setakat ni result darah baby semua ok. Cuma jantung dia kerap laju. Sampai cecah 200 lebih. Doc dah on ubat. Semalam dah cabut oxygen tapi harini terpaksa pasang semula sebab jantung dia laju. Ada tak mummy yang ada pengalaman macam ni? Kuning dia pun tak terlalu tinggi. Doc dah scan jantung dan semua ok. Cuma degupan jantung dia agak laju. baby alhamdulillah sangat aktif. Susu ibu pun dah dapat. Ada tak mummy yang punya pengalaman macam ni? Berapa lama amik masa untuk dia stabil dan sihat ya?


