Birthclub: Disember 2022 icon

Birthclub: Disember 2022

25588 Người theo dõi

Hỏi & Đáp

Pulmonary embolism.

Sesak nafas. Salah satu sebab utama kematian ibu bersalin sebab darah terlalu pekat menyekat pengaliran darah di dalam saluran darah di dalam paru-paru. Siapakah yang ada risiko lebih tinggi mendapat pulmonary embolism? Jawapannya ialah: 1) Ibu hamil yang ada obesiti, 2) Ibu hamil yang berusia lebih tua, 3) Ibu hamil yang ada dehydration tak minum dengan cukup semasa mengandung atau selepas bersalin, 4) Ibu hamil yang bersalin Caesarean Section terutamanya tak mahu berjalan-jalan selepas bersalin, 5) Ibu yang ada pendarahan yang banyak selepas bersalin. Jangan kata ibu yang bersalin normal tiada risiko pulmonary embolism. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua ibu hamil yang bersalin dengan saya MINUM AIR BANYAK SELEPAS BERSALIN, jangan baring-baring saja mesti berjalan-jalan selepas bersalin, dan tak payah ikut amalan berpantang orang zaman dulu. Zaman dulu, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lebih tinggi dari kadar kematian ibu bersalin zaman sekarang, tak payah ikut amalan zaman dulu. Dengarlah nasihat doktor pakar di dalam bidang. Inilah SEBABNYA saya selalu menasihatkan semua wanita jangan benarkan diri anda jadi obese, turunkan berat badan yang obese SEBELUM HAMIL, penjagaan kesihatan itu penting sebelum hamil lagi, bukan lepas bersalin baru nak jaga kesihatan. Inilah SEBABNYA saya menasihatkan ibu hamil yang berpuasa, pastikan anda minum dengan secukupnya di antara iftar dan sahur. Sila ke link ini untuk nasihat berpuasa semasa hamil youtu.be/wsZLB63SNcU Tahun ini saya juga ada seorang ibu hamil yang takut nak berjalan. Beliau bedrest sebab takut gugur sampai dapat pulmonary embolism. Alhamdulillah saya cepat-cepat buat diagnosis melalui CT scan dada dan cepat-cepat mulakan rawatan mencairkan darah di ICU. Saya dah beritahu beliau selepas Shirodkar cerclage, tak payah bedrest, bangun berjalan-jalan tetapi mungkin beliau terlalu takut dan tak dengar nasihat. Alhamdulillah selepas itu beliau dengar nasihat dan bangun berjalan. Selepas bersalin, saya TAK BENARKAN beliau makan apa-apa produk, tak boleh makan jamu, ubat herba Cina berharga beribu-ribu ringgit yang suami beliau beli saya suruh BUANG. Ubat herba tradisional yang dihadiahkan kepada beliau dari kawan-kawan dan keluarga saya suruh BUANG. Saya sangat tegas sebab beliau tinggi risiko pulmonary embolism berulang selepas bersalin, maka saya suruh beliau BUANG KESEMUANYA. Alhamdulillah beliau dan suami mendengar nasihat saya. Sekarang beliau sudah selamat bersalin anak yang matang dan sihat. Alhamdullilah beliau sudah pulih. Sebab inilah saya tak suka ibu hamil amalkan bedrest atas sebab takut gugur. Inilah kelebihannya Shirodkar cerclage untuk ibu hamil yang ada cervical insufficiency. Selepas saya buat Shirodkar cerclage dari awal-awal, di antara 12 hingga 14 minggu kehamilan, saya nasihatkan tak payah bedrest, saya beritahu ikatan itu kuat dan boleh pergi kerja seperti biasa. Inilah kelebihannya ikatan tinggi dan kuat Shirodkar cerclage bila dibandingkan dengan Arabin pessary atau McDonald cerclage, sebab selepas Shirodkar cerclage tak payah bedrest, tak payah duduk di hospital, tak payah duduk di rumah bedrest, boleh berjalan dan pergi kerja seperti biasa. Akhir sekali, nak jadi Pakar Perubatan yang terbaik, kita mesti amalkan Evidence-Based Medicine dan kita mesti menasihatkan pesakit apa yang terbaik untuk mereka, dan “Say NO to overclaim health products.” Nasihat saya juga kepada semua jururawat dan doktor-doktor yang junior, sila belajar evidence-based medicine dari doktor pakar specialist, jangan berhenti belajar dan teruskan tambah ilmu, jangan terpedaya dengan produk yang tidak terbukti berkesan, jangan ikut adat-adat lama yang boleh memudaratkan pesakit. Saya ingin mengucapkan syabas kepada ibu ini sebab belajar dari pengalamannya dan kemudian berubah untuk mendengar nasihat doktor. Saya ingin mengucapkan Syabas juga kepada semua ibu-ibu yang mendengar nasihat perubatan dari doktor pakar di dalam bidang dan berhenti mendengar nasihat perubatan dari mereka yang bukan ahli dalam bidang. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Professor, KPJ University College Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
 profile icon
Viết phản hồi

Petua Mudah Bersalin dari Doctor Imelda

PETUA MUDAH BERSALIN dari Dr Imelda. Mai nak habaq. Dari data perubatan antarabangsa beratus-ribu ibu-ibu bersalin dari banyak negara, kita tahu, bahawa: 1) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, proses labour ialah 12 jam. 2) Untuk ibu hamil yang bersalin buat kali pertama, secara purata, 9.6% tidak akan mengalami apa-apa koyakan. 3) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, proses labour ialah 7 jam. Ini ialah proses bersalin yang lebih laju dan lancar jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama. 4) Untuk ibu hamil yang pernah bersalin secara normal, secara purata, 31 % tidak akan mengalami apa-apa koyakan. Ini ialah tiga kali ganda dapat bersalin tanpa koyakan jika dibandingkan dengan bersalin buat kali pertama. Chek dah meluat dah tengok petua bersalin mengarut-ngarut dari makcik-makcik bawang yang dok buat macam-macam palatau. Contoh statement makcik bawang A: “Masa saya bersalin anak sulong dulu, sangat lama, saya trauma kena gunting, tetapi untuk kehamilan kedua, saya masuk kursus doula dan berjaya bersalin dengan mudah tanpa koyak.” Contoh statement makcik bawang B: “Kali ini saya minum minyak kelapa dara dan saya bersalin dengan mudah tak koyak pun. Maka minumlah minyak kelapa dara.” Contoh statement makcik bawang C: “Rahsia bersalin dengan senang ialah minumlah Jus ajaib XXX. Memang ada beza bersalin anak kedua bila amalkan Jus ajaib XXX, ia sangat berkesan.” Contoh statement makcik bawang D: “Untuk anak KELIMA saya makan laksa setiap hari selepas 7 bulan mengandung. Kali ini bersalin cepat dan tak koyak. Saya nak bagi petua makan laksa. Tapi janganlah makan laksa sebelum 7 bulan, takut nanti terbersalin awal.” Hangpa semua bercakap macam hangpa tak tau kaaa memanglah bersalin untuk kali kedua, kali ketiga, kali keempat, kali kelima itu selalunya lebih mudah dan kurang koyakan atau tiada koyakan jika dibandingkan dengan bersalin untuk kali pertama. Tak payah pi kursus doula pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang. Tak payah telan minyak kelapa dara pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang. Tak payah telan Jus XXX pun, kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih cepat. Makan laksa kaa, makan durian kaaa, makan nasi kaa, makan mee goreng kaaa, makan vitamin XYX kaaa, makan pizza kaaa, makan telur mentah kaa, makan Milo campur marjerin kaaa, makan nasi lemak ayam berempah kaaa, makan kurma kaaa, makan daging salai kaaa, minum air cincau kaaa…..hangpa makan laa apa hangpa nak makan, memang pun kebanyakan ibu yang bersalin untuk kali kedua akan rasa bersalin kali kedua ini lebih senang, lebih cepat dan kurang koyakan atau tiada koyakan. Jadi, toksah laa buat palatau naaa. Tolong beri kredit kepada ibu yang bersalin, bukan kepada produk yang anda jual dan bukan kepada makanan. Sebenarnya, petua mudah bersalin ialah, PERNAH BERSALIN SECARA NORMAL. Kalau dulu rasa trauma bersalin, kebanyakan ibu akan rasa bersalin kali kedua tidak trauma macam kali pertama, walaupun tak buat pun apa-apa yang berlainan. Inilah statement dari ibu-ibu yang cerdik dan ada ilmu pengetahuan: “Untuk anak ketiga, saya berjaya bersalin lebih cepat dan lancar tanpa koyak pun, sebab saya dah pernah bersalin dua kali.” Semoga ilmu pengetahuan ini bermanfaat untuk anda dan makcik bawang semua berhenti lah buat palatau. Sekian, terimakasih. Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology p/s: Mohon netizen berhenti meminta pendapat perubatan boleh bersalin normal kaa Caesar kaa di media social. Sila jumpa doktor anda sendiri untuk semua consultancy perubatan. Kalau tanya di sini juga saya terpaksa delete supaya makcik bawang tak datang jawab. Saya hanya boleh beri nasihat kepada patients yang saya sendiri buat penilaian kesihatan ibu dan anak. Terimakasih.

Đọc thêm
 profile icon
Viết phản hồi
Xem thêm bài viết