Về chúng tôiChính sách bảo mậtĐiều khoản sử dụngTiêu chuẩn cộng đồngSơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
26665 Người theo dõi
Keputihan.
Assalammualaikum, saya nak tanya normal ke ada keputihan macam ni ea? Saya jarang kena keputihan ni, tapi ni tetibe ada dan saya lewat period termasuk harini kalau tak haid dah 5 hari. Keputihan lebih kurang macam ni 👇🏻 saya ambik dari google tapi memang sebiji macam ni. Ada yang macam lendir sikit dengan putih2 cream pastu biji sikit. Tak berbau tapi terasa gatal sikit
Period delay
Hi. Nak tanya, bulan 2 ni saya takdatang period langsung harini dah cd41. Saya dah buat UPT tapi negatif :)) lagipun start dari bulan 9 2021 saya buat opk takde jumpa waktu subur sampai lah sekarang tapi period datang cumanya darah keluar sikit2 pastu banyak pastu sikit balik takmacam period dulu2 hari pertama sampai ke4 banyak je keluar hari 5 6 7 dah sikit. Tapi sekarang hari pertama je haid dia macam hari ke4 sikit2 tapi merah warnanya 🫠 Saya ttc lagi berapa hari je nak genap 2 tahun dah. Ada tak ubat or apa pun yang boleh lancarkan period subur kan rahim matangkan telur ovum? 😌 sekarang ni saya cuma amalkan asid folic brand hovid dan bcomplexbrand hovid jugak.
BANTU SAYA 🙏🏻☺️
Hi boleh tak ajarkan cara pemakanan untuk ttc? Dan turunkan berat badan sebab berat badan saya sekarang 59kg tinggi 151cm. Saya nak target untuk pregnant dan stabilkan BMI serta cara pemakanan ttc jugak. Saya dah kahwin 2 tahun dan sekarang saya memang berharap sangat untuk pregnant 🫠 pls bantu saya cara pemakanan ttc dan senama apa yang bagus untuk ttc?
Bagi haid turun
Hi mommy’s! Ada tak kat sini ttc journey? Saya ttc nak masuk 3 tahun dah 😌 saya nak tanya ada tak sesape haid tak teratur? Saya haid jadi tak teratur sejak berkahwin. Tahun ni haid problem teruk. Saya cerita dulu ye haid saya. Bulan 1 saya keluar haid sikit2 spotting selama 7 hari Bulan 2 haid tak datang langsung Bulan 3 (30/3 - 31/3) spotting tapi darah fresh Bulan 4 (1/4 - 7/4) haid kejap ada kejap takde ( spotting + flo ) tapi selama 9 hari termasuk bulan 3 tu. Then takde haid so saya pergi klinik untuk check so far takde apa2 masalah pun cyst/pcos saya takde pun then doktor bagi saya ubat pil perancang 21biji ( brand marvelon ) Bulan 5 saya consume ubat pil perancang tu sampai habis lepas je habis pil tu, selang 3 hari saya period Bulan 6 (19/6 - 25/6) saya haid selepas makan ubat hormon tu. Tapi hari pertama haid memula spotting sikit, then hari kedua saya mengalami ketulan darah saya tarik dari kemaluan dan keluar darah seketul macam berbentuk daging gitu. Dan darah keluar heavy sampai hari ketiga. Hari ke4 ke5 ke6 normal haid and hari ke7 spotting tanda2 haid nak habis dah. Bulan 7 saya keluar darah dua kali. (10/7 - 13/7 ) ni selama 4 hari hanya spotting and ada lekat sikit kat pantiliner. Then (28/7 - 3/8 ) saya haid semula sama jugak spotting + flo sikit. Saya taktahu punca apa haid macam ni kadang tanya kawan dia cakap maybe effect pada pil hormon tu but i’m not sure lah. Bulan 8 saya tak haid last haid (3/8) tu je. Sampai lah sekarang bulan 9 saya belum ada tanda2 haid nak turun. Saya dah buat upt test hasilnya mengecewakan saya (-ve) Sampai suami pun tanya “ kenapa haid tak datang. Ada baby ke? “ ( sambil dia usap perut saya ) Ya Allah saya sebak sangat sebab masih belum mampu bagi suami zuriat 😔 kalau saya pergi klinik lagi maybe akan dapat ubat hormon tu lagi sedangkan saya masih ikthiar hamil. Jadi, ada tak kat sini yang tahu cara nak bagi haid teratur? Saya betul2 nak haid saya cantik macam dulu and dapat hari subur untuk plan pregnant. Saya pernah berurut dan dia mintak saya berurut dengan dia selama 3 hari berturut turut tapi dia caj saya rm700 terlalu mahal bagi saya. 😌😌 pls mommy’s bantu saya. Saya betul2 berharap nak zuriat. Terima kasih semua 🙂❤️❤️
gdm sy asik x cntik...insulin dh mkin tingi 16,16,14,24...hmmmm ade tips ke?
siapa gdm gne insulin...
Mengandung KANTUNG saje .
Sedih dapat tahu mengandung kantung saje.. Baby xde 😌
GBS masa 5week pregnant
Ibu2 yg ada pengalaman detect gbs di awal pregnancy boleh cerita tak sepanjang pregant dan masa nak bersalin tu macam mana? UPT saya double line, dan ada keputihan yg teruk, berketul mcm suus basi dan warna kuning kehijauan sikit. Saya pergi klinik nak scan dan buat HVS. Scan tak nmpk apa lagi sbb baru 5w kan, dan doktor bagi ubat antifungal insert kat vagina. Lepas saya pakai ubat tu, esok tu keputihan dah berkurang. Saya tengok jadi mcm clear tapi bila lap tisu nampak hijau2 sikit. HVS result keluar harini, positive GBS. Boleh saya tahu tak apa yg doktor akan buat lepas ni? Dan ada tips apa2 utk hilangkan GBS tu, kalau boleh hilang la. Terima kasih semua.
Boleh bantu saya .🙏🏻🙏🏻
Normal kah, pada usia kehamilan 38 minggu 3 hari keputihan tapi dia jenis cair.? Sbb masa mengandung anak yg lain, saya tidak pernah mengalami kejadian ini, ini kehamilan anak ke 6 saya. Mohon bantu saya...🙏🏻🙏🏻 Terima kasih 🙏🏻🙏🏻☺️🤗
2tahun 3bulan seperation anxiety
Normal ke anak 2t3b dah tapi sudah betul nak berpisah dgn mama dia? Dgn org lain taknak termasuk papa dia sendiri. Kalau nak keluar rumah, selagi mamanya tak keluar, selagi tu dia takkan keluar walaupun papa dia dah keluar dulu. Gi jalan mana2 pun taknak dukung dgn papa pun, nak suruh dukung dgn mama je. Kalau gi rumah nenek dia, bila mama gi masuk toilet kejap pun nangis teruk betul. Mmg ada fasa macam ni ke masa umur ni? Tidur pun nak tidur dgn mama je peluk2. Papa nak tepuk2 pun tak bagi, tepis tangan papa dia tu. Mamanya bukan rimas dgn anak, tapi rimas dgn papa dia sbb bila kita minta tolong tidurkan ke apa2 ke bila kita mmg tak larat sgat2, ada je alasan dia bagi. Bukan nka tolong bgi anak belajar dan biasa dgn org lain jugak. Pastu nak salah2 kan saya ckp sbb dah duduku 24jam dgn saya sbb tu nak saya je. Bila suruh hantar anak gi sekolah taknak, nak suruh kita je jaga. Nak suruh kita kerja, tapi nak suruh wfh je sbb nak suruh jaga anak sekali. Nyampah betu
Supplement pregnant
Hai ibu2. Saya tengah pregnant 5minggu 2nd pregancy. Lupa sudah supplement apa yg recommended utk pregnant mom. 2 hari lepas ada pergi klinik utk swab HVS sbb keputihan teruk, doktor bagi antifungal, dan harini masih ada sikit keputihan tu. Pregnancy 1st dulu ada hb low. Yg saya confirm ingat kena makan folic acid. Ibu2 ada recommendation supplement jenama apa boleh makan? Saya fikir probiotic, vit D + magnesium + calcium, iron + vitamin C. Tapi mcm byak sangat la pulak, kalau ada natural food recommendations pun ok. Terima kasih