Birthclub: November 2022 icon

Birthclub: November 2022

24648 Người theo dõi

Hỏi & Đáp

Berpantang tanpa ibu 🧕🏻💔

15 November 2022 merupakan hari bahagia buat suami dan saya, hari di mana saya melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama yusuf secomel namanya👶🏻 Tetapi ada sesuatu yang kurang sejak hari pertama menjejakkan kaki di rumah.Rasa kosong yang tak mungkin dilupakan, kerana tiada sosok seorang ibu yang menyambut kepulangan anak dan cucunya yang baru dilahirkan. Perasaan sedih mula menguasai diri bila part menguruskan anak tiada bantuan atau kata-kata nasihat dari seorang ibu yang sepatutnya memberi tunjuk ajar bagaimana cara menguruskan bayi memandangkan ini pengalaman pertama saya bergelar seorang ibu. Suami merupakan seorang anak yatim piatu dan saya merupakan anak yatim, segala kesulitan berkaitan penjagaan anak memang banyak kami rujuk pada kakak ipar yang kebetulan duduk di rumah pusaka arwah mertua dan merupakan insan yang paling dekat dengan kami. Berpantang sepatutnya waktu rehat bagi seorang ibu tetapi tidak bagi saya, walaupun saya melahirkan anak secara czer tiada istilah pantang semua perlu dilakukan sendiri setelah seminggu kakak ipar bantu beri tunjuk ajar serba sedikit bagaimana cara uruskan bayi, dan suami mula bekerja. Memang penat ada masa saya burn out dan menangis tetapi syukur akal masih waras untuk tidak melakukan perkara-perkara di luar kewarasan sebagai seorang manusia. Hari yang berlalu bersilih ganti, rasa gembira dan sedih kerap bertukar seperti roller coasters yang membawa seribu rasa dalam kehidupan baru kami sebagai sebuah keluarga kecil. Alhamdulillah Allah itu Maha adil kerana Dia sentiasa mendengarkan doa setiap hambaNya. Walaupun sepanjang proses membesarkan putera sulung kami segala kesedihan dan kesusahan telah kami lalui, tetapi Allah itu Maha Baik. Saya dan suami dapat melihat anak kami membesar dengan baik dan sihat salah satu nikmat yang Allah hadiahkan buat kami setelah segala kesedihan dan kesusahan yang kami tempuh, bagi kami ianya nikmat yang besar kerana tiada harga boleh dibayar untuk nikmat yang satu ini. Terima Kasih Ya Allah 🤲🏻 #SukaDukaIbu #Realmomstories

Đọc thêm
Berpantang tanpa ibu 🧕🏻💔
 profile icon
Viết phản hồi
Xem thêm bài viết