
Ada ke senasib dengan saya, yang nak berpantang dengan CL tapi ibu kandung terus tk setuju dan marah
Hi ibu2 , sekadar meluahkan..Saya belum bersalin lagi tapi saya dan husband dan merancang yang saya akan berpantang di rumah sendiri dan akan ada CL yg akan jaga saya during confinement phase..tapi bila saya inform kepada ibu saya..ibu saya terus marah2 dan tak setuju dengan plan saya dan husband🥲 tapi saya cuma nak berpantang dengan tenang tanpa gangguan2 yg tak sepatutnya sebab saya tahu bila saya berpantang di kampung sedara mara ramai yg akan datang visit nanti dan ada segelintir dari mereka yg takda commen sense lansung..saya ada 3 orang kakak, dan saya saksi kakak2 saya berpantang dalam keadaan emosi tak stabil disebabkan hal2 mcm ni😣 jadi bila sampai waktu saya, saya taknak lah emosi saya terganggu sewaktu berpantang..tapi saya dan husband tetap teruskan plan asal..cuma sekarang ibu saya merajuk dengan saya..saya faham ibu saya teruja nak menimang cucu dari anak bongsunya..cuma saya nak jaga emosi saya betul2 semasa pantang lagi2 saya first mom, lg pun kalau ramai2 visit kite tak tahu yg dtg tu sihat atau tak..salah ke saya?🥹#bantujawab #firstmom
Đọc thêm



[UPDATED] FPP Putrajaya 2024 (step by step)
Saya nak share notes utk ibu2 yang berminat utk ambil pakej FPP (Full Paying Patient) di Hospital Putrajaya. (**this post will be updated in the future) 1. Call Hospital Putrajaya 03-8312 4309/4371/4372 2. Staff tanya / bagitahu : - due date - bawa buku pink - result test darah hiv - briefing Jumaat 2.45pm di O&G Kaunter A - Nurse akan check buku pink, baru boleh book FPP ----- Briefing FPP 1. Tunggu di kaunter Klinik O&G (masuk lobi utama, jalan terus dan ke kanan. Kaunter ada di sebelah kiri) **Tips : duduk dekat2 dengan kaunter sebab nak kena bagi buku pink dulu, so kena beratur di kaunter. 2. Nurse check buku pink untuk due date + hiv test. Nurse akan bagi dua helai kertas biru/purple (info fpp). Boleh serah buku pink dan bagitahu pilihan Doktor pakar. Tips : bawa pen! 3. Selepas serah buku pink, boleh duduk dan tunggu briefing dimulakan. 4. Saya sertakan contents briefing di gambar 5. Sesi soal jawab 6. Boleh tandatangan kertas 2 helai dan tunggu nama dipanggil. 7. Serah kertas 2 helai dan Nurse akan pulangkan buku pink + bagi tarikh temujanji pertama dengan Dr. pakar. (usia kandungan 28 minggu) 8. Bersurai **Note penting : HPJ adalah hospital breastfeeding friendly, jadi ibu-ibu wajib breastfeed baby selepas bersalin. Tak boleh bawa susu formula, botol susu atau pacifier. Nurse bgthu, kalau nurse nampak, nurse boleh rampas 😬 nanti sy update lagi 😊 Notes: 1) Boleh book FPP seawal buka buku pink. Sy book waktu usia kandungan 10w4d (based on LMP). 2) Kalau kena Covid waktu nak bersalin, tak boleh bersalin under FPP, akan bersalin under Public. 3) Deposit under Public RM800, wad kelas pertama. Links : 1) Info FPP - Brochure boleh download https://www.hpj.gov.my/portalv11/index.php/en/fpp-bi -------------------------- [UPDATE 1] 1st Check Up 1. Pergi Kaunter Unit Hasil (ambil nombor) dan isi borang untuk pendaftaran kali pertama. Di kaunter, bayar RM185. Akan dapat no giliran (slip merah) dan kad temujanji (warna peach/cream). 2. Lepas tu boleh pergi kaunter O&G dan bagi buku pink pada nurse bertugas. 3. Nurse suruh timbang dan check blood pressure. Nurse akan bagi plastic cup untuk collect urine. 4. Urine test kena buat sendiri. Ada bilik test urine. Bagi buku pink pada nurse untuk nurse catat result. 5. Selepas tu, boleh duduk untuk tunggu giliran jumpa doktor. 6. Checkup doktor. Doktor akan check macam biasa, dan buat ultrasound. 7. Selesai check up, pergi ke Kaunter 11 untuk check any pending payment. Kalau ada dapat ubat, atau buat blood test, akan ada bayaran. 8. Selesai. Notes: 1) Akan dapat 2nd Appointment untuk jumpa doktor, selalunya kandungan 34 minggu. (temujanji dicatat dalam buku temujanji (peach/cream) 2) Disarankan datang awal utk daftar. Terus ke Unit Hasil, sebab orang ramai. Walaupun nombor giliran public dan FPP berlainan, pesakit FPP pun ramai. 3) Suami boleh teman waktu jumpa doktor. 4) Check up dengan Dr.Hamidah sangat best. Kalau nak tanya apa-apa, sediakan soalan siap-siap. Doktor dan nurse peramah. *nanti saya update lagi ☺️ #firstmom #fppputrajaya
Đọc thêm
