Salam.. saya bersalin czer dan anak sy bulan ni dah nk masuk 3 bulan. saya full time breastfeeding anak sy syukur alhamdulillah. sy takde amik pil perancang ke apa sume lagi. nak tanya agak2 amik masa lama ke utk period? or mcm mne yee nak kena tggu je jgk ke or ada sesiapa boleh share pengalaman dgn sy? #firstbaby #ingintahu
Đọc thêm

Hye moms saya nak minta pendapat ni. Baby saya dah 2 bulan 21 hari, tapi dia masih x boleh mengiring sendiri, and x boleh meniarap lagi. Baby saya a bit kurang aktif. Siang dia akan tidur n bangun untuk tukar pampers, susu n mandi. Malam dia akan tidur macam biasa. But awal pagi sampai subuh dia akan berjaga. And benda tu akan berulang setiap hari. Jadi saya sendiri tak tahu apa perkembangan yang ada kat anak saya. Saya memang belum belikan apa2 toys untuk dia. Saya akan bedung dia pada malam hari. Mitten memang saya dah tak pakai kan. Bila dia berjaga pun dia macam x tertarik pada persekitaran. Haish macam mana ya moms. Dah nak masuk 3 bulan dah. Apa yg perlu saya lakukan? Saya risau jer sbab ada orang compare perkembangan anak mereka dengan anak saya. #bantusharing #ingintahu #firstmom #firstbaby
Đọc thêm

Hye moms, sejak saya mengandung, saya kerap dindatangi mimpi-mimpi buruk seperti ada wanita ingin menjemput anak dalam rahim saya untuk pulang mengikutinya. Bukan itu sahaja, sejak pregnant jugak, saya kerap diganggu oleh makhluk2 yang datang sekilas macam kelibat hitam. Selepas anak lahir pula, saya kerap bermimpi dibawah minda sepatuh sedar dan mimpi itu seakan realiti. Saya kerap mimpi anak saya diganggu oleh makhluk berkenaan seperti susuk tubuh lelaki bersisik dan separuh badanya adalah ular hitam. Selain itu, wanita yg datang untuk menuntut anak saya ketika masih hamil pun datang menyatakan hal yang sama. Apakah ini masalah emosi saya yang terbawa ketika tidur ataupun hanya mainan tidur? Kerap sangat lepas saya terjaga dari mimpi tu anak saya akan menangis non stop.#firstbaby #firstmom #pleasehelp #bantusharing
Đọc thêm
Hye moms…anak saya baru nak masuk 3 bulan, tapi dia kerap berjaga pagi buta dalam pukul 1 sampai subuh. Saya memang nak tukar rutin tidur dia, tapi bila saya hold dia tido siang..Malam dia akan meragam macam teramat letih. Jadi saya nak tanya moms, patut ke saya main tukar jer rutin tidur dia or just biarkan jer? Sbab ada moms yang kata baby bawah 3 month ni memang susah sikit nak tukar jadual tidur but bila dah masuk 3 month ke atas, dia punya rutin tidur akan tukar sendiri. Betul ke?#firstbaby #firstmom #pleasehelp #bantusharing
Đọc thêm

Hi. Saya nak tanya, saya baru lepas bersalin 2 bulan lepas. Telah mengambil perancang depo (injection) juga pada bulan 10 lepas. Sepanjang minggu lepas, saya dah mula datang period, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Tiba-tiba harini keluar darah & sesuatu dari faraj saya, seperti dlm gmbr. Adakah puan-puan tahu apakah ia? Adakah seperti keguguran atau apa ya? Tq! #pleasehelp
Đọc thêm

Overthinking selepas ambik perancang
Mommy maaf kalau soalan ni agak kasar or privasi. But pernah ke korang rasa lepas ambik perancang ni hubungan dengan suami macam ada yang x kena. Seperti yang umum kita tahu, perancang ni ada side effect. Ada perancang yang buat kitaran haid x teratur, kerap makan sampai badan naik, pastu emosi tak tentu pasal, dan ada orang yang akan hilang rasa nak bersama dengan suami. Bila jadi macam ni , mula lah nak overthinking lagi2 masa pjj ni. Bila suami kata nak makan dengan kawan ke, kita dah pikir lain. Pikir suami kita ada orang lain lah, pikit kita x boleh bahagia kan dia lah, pikir dia x suka kita yg montel ni lah. Macam mana nak hadap situasi tu ya? #seriusnanya #ingintahu #pleasehelp
Đọc thêm
