Gula dan garam

Umur berapa boleh masukkan garam dan gula dalam masakan anak? Btw anak saya baru 10 bulan

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

KITA MUNGKIN TAK RASA TAPI BAYI AKAN RASA Ramai juga yang terkejut dengan posting saya yang lepas.. Haaaa takleh bagi gula dan garam sampai umur 1 tahun??? . 'Tak sedapla bubur ni patutla baby taknak makan..cuba tambah garam sikit' 'Meh letak sos sikit je bagi sesedap rasa' . Eh eh eh stop stop situ..jangan gerak tangan anda..jangan letak garam dalam masakan untuk bayi bawah 1 tahun..kalau boleh bawah 2 tahun lagiii bagus.. . 'Kesian anak puan...makanan tak sedap, dia cuma makan satu dua sudu saja' . Owh tidak, anda mungkin tak rasa tapi bayi dah rasa macam macam.. Begini cerita nya . Selama 6 bulan bayi hanya merasa susu ibu sahaja Sekarang mommies nak perkenalkan makanan baru SEMUA yang mommies kenalkan adalah sesuatu yang baru dan pelik kepada anak anak sebab tekstur, bau, dan rasa LAIN dari susu ibu semestinya ada tindak balas dari baby . Mungkin baby suka. Ada yang menolak.. Ada muka pelik tapi makan juga.. Ada selepas bagi 2 3 kali baru menerima Ini ikut kepada personalti anak masing TAPI IA BUKAN SEBAB NAK TAMBAH PERASA/GARAM/GULA kepada makanan baby . Pada usia 6-12bulan fokus kita bukan nak bagi anak makan sedap tapi nak - kenalkan makanan lain selain susu ibu - kenalkan tekstur makanan selain susu ibu - mengenalpasti allergy - dan tambah zat sebab keperluan baby dah makin meningkat dan susu ibu sahaja tidak mencukupi . . 3 sebab utama GULA dan GARAM tidak boleh diletakkan. 1. BUAH PINGGANG BAYI TAK CUKUP MATANG - bukan seperti dewasa masih ada organ organ bayi yang tengah matang antaranya buah pinggang - jika ambil sodium (garam) atau glucose/sucrose (gula) berlebihan buah pinggan dewasa mampu nak bersihkan yang lebihan dari darah - tetapi bayi tak mampu lagi...yang berlebihan walaupun sikit cukup untuk membuat buah pinggan overwork dan cepat rosak 2. DERIA RASA BAYI 100X LEBIH SENSITIF DARI DEWASA - Iya..deria rasa bayi banyak yang baru dan sesitif bukan macam lidah kita - deria di lidah dewasa mungkin banyak dah rosak akibat faktor luaran contoh merokok,merasa makanan panas dan lain lain - walaupun kita tidak letak perasa bayi dah dapat rasa perisa semulajadi dari makanan yang mommies dah buat, tak perlu tambah apa apa lagi dah - ada garam dan gula semulajadi dah dalam makanan, tak perlu tambah lagi 3. MENDORONG BAYI MENJADI PICKY EATER - Kalau pada peringkat awal mommies dah perkenalkan makanan yang 'sedap' akibat penambahan perisa rasa anak nak ke lagi makanan yang perisa semulajadi? tanpa pertambahan perasa - ini yang menjadikan anak anda tolak makanan yang rasa 'tawar' dan tiada tambah perisa sebab sudah merasa makanan yang sedap dan ditambah perisa - biar mereka kenal makanan semulajadi pada peringkat awal . Banyak lagi sebab contoh karies gigi, sembelit, sakit perut akibat dari tambah perasa tapi saya cerita yang 3 utama dulu..banyak banyak nanti takut ada yang tak baca pulaks..hehehe . Biar rasa semulajadi ye makanan baby . Sekian Dietitian mommy dua Dietitian Fizah Sobri

Đọc thêm
1y trước

boleh2. share la😊

Thành viên VIP

kalau nak bg anak makan makanan yg ada garam dan gula , sebaiknya pd usia 2 tahun ke atas dia dh blh makan sm menu dgn kita dah ms tu..ada garam ada gula faham msti rs penatkn nk msk menu berbeza hingga ank ckup umur spttnya blh makan gula n garam.. mcm sy dlu dgn husben kami makan apa yg ank mkn tp guna garam dr sayuran yg ada..jd kita.xpyh.penat nk sedia byk lauk tu pun jika husben jnis tak kisah lauk tuk msk..mcm sy husben sy jenis tak kisah dia yg suggestkan sy tuk buat satu jnis lauk tp makan brsm dgn ank..jd ank brsmgt nk mkn brsm dgn kita..sbb dia tw apa.mak ayah mkn..sm menu dgn dia.. tp jika puan nk bg ank mkn..makanan ada gula dan garam juga...boleh tp dengan syarat guna makanan dari sayuran dan alami contoh sayur mengandungi garam ***celery (sy ada share ss gmbr celery) boleh potong nipis2 celery ni nnti..msukkn dkt setiap masakan anak yg kita sediakan bg nk dpt gula semula jadi pula ia adalah dari *** bwg holland ***bwg rose ***lobak ***kurma and few more yg blh puan try search dkt google or fb join group support tuk sediakan makan bby atau paling simple..try follow ig mealformusfirah dkt sana byk dia share ilmu ttg pemakanan bby ..sy follow beliau since ank dia kcil smpai skrng... dr 2019...sgt2 mmbntu pd sy yg first time jd parent ni.. Alhamdulillah ok sgt mudah menu dia share dan idea masak..ank pun happy.. di ss ni juga sy sharekn ig mealformusfirah tuk memudahkan puan tuk search nnti.. hrp apa sy share ni dpt mmbntu puan dan new parent yg ada disini... disini juga sy sharekn link resepi blh puan try utk buat cbb dan mirepoix stok tuk ank..hrp dpt memudahkan puan nnti dan new mommy yg lain...mg dpmudahkan segalanya Allahuma Amiin Ya Mujib❤️ Mirepoix, Bahan Penyedap Makanan Bayi. Cara Nak Sediakan Sangat Mudah! https://www.majalahpama.my/mirepoix-bahan-penyedap-makanan-bayi-cara-nak-sediakan-sangat-mudah/ Resepi Bone Broth Untuk Kuatkan Sistem Imun Tubuh Dan Otak Anak https://my.theasianparent.com/resepi-bone-broth

Đọc thêm
Post reply image

Seeloknya sampai 2tahun, lagi bagus. Untuk anak saya, setahun lebih saya dah kenalkan, dalam kuantiti yang terkawal. Tapi still no junk/fast food, sekarang dah 1y10m.

Ikut saranan paediatrician, umur 2 tahun. Macam saya, anak dah 1y8m masih belum lagi diperkenalkan dengan garam/gula tambahan.

2 thn sis pcayala lau ikut mmg pasni anak akan jd mkn sume bends tolak kayu batu je hihi

selagi baby awak dibawah 2tahun, masih tak boleh makan gula/garam/msg.

Post reply image
1y trước

anak saya now 1y3m kalau masakan anak mmg tak tambah garam gula, tp kalau makan kat luar ke tapau makanan luar ke suap je 1gigit gitu saya bg je lepas saya dah rasa tak kuat sangat perasa dia.. dh boleh kenalkan makanan keluarga kan kita oke2 je lah sikit2 tu

sebaik-baiknya selepas anak berumur 24bulan

umur 2 tahun ke atas

1 tahun ke atas