9 Các câu trả lời

Expert

Salam sejahtera, untuk makluman puan masalah darah tinggi adalah masalah yang tidak boleh dipandang ringan. Berdasarkan tekanan darah yang anda nyatakan, tekanan darah anda adalah dalam kategori tinggi dan tidak terkawal dengan hanya bersenam dan mengawal pemakanan. Oleh itu, anda amat perlu mengambil ubat yang disarankan doktor. Masalah darah tinggi ketika hamil boleh membawa pelbagai komplikasi kepada kehamilan. Ia boleh menyebabkan eclampsia iaitu sawan ketika hamil, pendarahan, kerosakan buah pinggang dan komplikasi lain kepada kandungan seperti kelahiran pramatang dan bayi yang tidak cukup berat. Terdapat ubat darah tinggi yang sesuai diambil ketika hamil, oleh itu, anda disarankan untuk berbincang dengan doktor yang merawat anda tentang rawatan yang sesuai dan mematuhi regimen rawatan yang disarankan. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.

hi sis. jgn risau. sy pon ade drh tggi n mmg tgh on ubat. last pregnancy twins sy dh kene tp x on ubt. sbb dh hjg2 bru kena. then now pregnant twins lg. sy mmg dh on ubat. okay je mkn. now dh 5 bulan peknen. alhamdulillah. bp xpnh ats lbih dr 130/90 . ubt drh tggi pon buat kite lebih relax. supaya kt dlm pon x terasa tekanannye. semoga dipermudhkn utk sis. amin

Jgn risau.. Kalau doktor bg makan sesuatu ubat tu makan je.. mcm sy kencing manis masa 2 bulan.. terpksa makn ubat wpun was² takot efek kat bby.. doktor kata jgn risau depa dh kaji ubat tu utk ibu hamil🤗🤗..

Makan jela ubat tu. Kalo doktor yang bagi, insyaAllah selamat la tu utk kandungan. Kalau tak makan takut risiko benda lain pulak. Bahaya juga utk puan dan bayi dalam kandungan.

Kenapa awak tak tanya kat doc atau nurse tu terus masa check up tu . Kan lagi yakin sebab dapat jawapan daripada orang yang pakar dalam perubatan

VIP Member

Ubat darah tinggi kena makan puan ..saya pun ada darah tinggi ..setiap hari saya makan ubat Methyldopa...

Boleh makan.tapi dos dan jenis yg untuk ibu mengandung

Thanks for urs sharing😊

Doktor dh suggest.. Makan jelaa

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan