Tekanan Darah ~Risau (pregnant week ke14)
Hi,mommy dan Doktor
Sebelum tahu pregnant,sy dah dlm keadaan darah tinggi,tapi sy tak makan ubat ,nak cuba guna cara hidup sihat utk turun darah tinggi...memang nampak darah tinggi ada turun...
Selepas saya tahu pregnant, saya disarankan makan ubat darah tinggi seperti dibawah ,1biji sekali ,1 hari 3 kali , tak tau mengapa setiap kali saya check di kk @ hospital ,bp masih tinggi 140 /95--150/100(check kali pertama bp semasa duduk ),120++/80++(check kali ke2 bp semasa baring) , keadaan bp saya masih tidak stabil walaupun sudah ambil ubat , check kat rumah ok lagi ,bp dlm 120++/80++ ,sekali sekala 130 /90
Ini menyebabkan saya sangat risau , risau Dr tambah dos ubat ,rissu slp tambah dos akan menjejaskan bayi atau apa-apa .....Adakah mommy yg menghadapi keadaan yg sama dgn saya dan makan ubat seperti di bawah ...Terima kasih
Đọc thêm