Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq
Tiada yang mampu diucapkan dengan kata2. Rasa syukur yang amat sangat dipanjatkan kepada Allah atas kurniaan yang tidak ternilai ini. Terima kasih anak, kerana memberi mama dan ayah 1 pengalaman yang sangat berharga dalam hidup ini. Mengajar kami erti sabar, mengajar kami untuk tidak putus asa dan terus berjuang, mengajar kami untuk terus kuat dalam menempuh ujian yang hadir, mengajar kami bahawa setiap duka pasti ada suka, mengajar kami bahawa Allah tidak akan memberi ujian pada seseorang melebihi kemampuannya. Panjangnya perjalanan mama dan ayah untuk memiliki kamu anak. Untuk mendapatkan kamu bukan perkara yang mudah. Selepas ectopic, setelah tiada lg tiub sebelah kiri, mama susah nak lekat. Mama buat rawatan, 2 kali cycle baru lekat kamu dengan hanya tiub sebelah kanan sahaja. Lekat sahaja kamu, mama memang rehat secukupnya sebab risau jika terjadi apa2 pada kamu. Sayangnya ayah pada kita berdua mengambil alih segala kerja rumah dan jaga mama dengan baik sehingga mama tak turun katil. Ayah bawakan makanan ke katil untuk mama makan. Tiap kali check up ayah sentiasa ada dengan kita kerana tidak mahu terlepas satupun. Namun mama dan ayah diuji ketika kamu 18 weeks. Doc sahkan air ketuban mama kurang. Hari tuh jugak mama terus refer hospital. Namun setelah 3 kali check up doc pakar mnta gugurkan segera. Mama ayah masih tetap dengan pendirian kami untuk terus simpan kamu anak. Pelbagai usaha kami lakukan untuk selamatkan kamu. Kami tak kisah dengan wang ringgit yang dikeluarkan sehingga habis simpanan kami, tidak kisah dengan penat lelah kami kesana kesini check up kamu. Sesekali mama tewas juga, mama nangis. Namun ayah slalu kuatkan mama balik dan cakap dengan mama jangan mudah mengalah. Kamu tengah tunggu kami. Alhamdulillah kamu memang tertulis untuk kami anak. Kamu rezeki yang Allah kurniakan pada kami. Walaupun satu persatu ujian semasa pregnant kan kamu, namun mama sentiasa kuatkan semangat untuk kamu. Biarpun mama sakit, hanya untuk kamu. Allah dengar doa mama setiap hari inginkan putera sulung, alhamdulillah Allah makbulkan doa mama. Syukur... Lahirnya kamu dengan sangat sehat dan comel. Nama: Ahmad Ayaaz Absyar Bin Ahmad Taufiq Tarikh : 13 Oktober 2020 Masa: 7.49 malam Jantina: Lelaki Berat: 2.79 kilo Jenis bersalin: Normal Tempat Bersalin: Hospital Selayang Terima kasih yang tidak terhingga dari kami suami isteri kepada anda semua yang mengenali kami mahupun tidak kerana sudi mendoakan kandungan kami tanpa jemu dan terus menerus. Moga Allah membalas jasa anda semua.