18 Các câu trả lời

TapFluencer

hi mommy.. mak sy pun cm ni juga. suh minum susu karihome sbb dia pernah nampak saudara lain guna susu tu. sy masa tu bg anak susu mix, bf (epmom) dgn fm dutch baby. sy risau nak tukar2 susu lain sbb masih baby. itu pandangan sy la. sape la yg x susah hati kan bila anak kena kuning. sampai kan anak sy kena ambil darah dgn air kencing dia. sy doa yg baik2 utk anak sy. bila umur anak 40 hari, anak da pandai bf. sy kurangkan guna susu formula. teruskan bf. hampir sebulan lebih kuning anak elok dan result darah anak, normal. lepas dua bulan, doktor kk cek balik kuning anak sy xde dah. mommy jgn risau la. kerap penyusuan kat anak ye tiap 2 or 3 jam cm tu. anak kerap wee wee dgn poo poo, akan kurang juga kuning dia. insyallah xde ape.

Sy fhm wak. Mmg ada species mak yg mcmtu. Jgn ambil hati. Dgr kosong je. Sbb mak sy pun mcmtu jugak 😅. Iyakan je tp xperlu ikut. Sekadar jaga hati. Jgn risau anak awk ok InsyaAllah. Anak sy pun prolonged jaundice. Mak suruh campur susu FM gk tp sy bg full badan. Suami ada beli Similac baby sbb mls nk dgr bebelan mak tp x serasi dgn dia. Lps tu xbg dh dan teruskan je full BF. Doktor kata ok da xperlu repeat amik darah sbb dh detect masalah baby kurang HB. So doktor kasi ubat tambah darah dlm bentuk cecair. Baby 2bln baru kuning slowly makin hilang. Dgr je nasihat doktor. Kadang masyarakat yg nasihat kat kita rasa dialah paling tau segalanya terutama keluarga kita tp doktor ni mmg dah bidang dia. Mesti dia lebih tau.

Sory sis sy mcm nak gelak.. Sbb prangai sebiji ayah sy.. Xpayah ambil Hati.. Xpayah layan. masuk telinga kanan keluar telinga Kiri. ayah sy lagi mngarut.. bila Ada apa2 msalah kaw2 dia basuh sy ,Sama la mcm mak sis. kenapa itu kenapa ini.. anak msuk nicu pun, dia boleh bebel lagi mcm smua salah sy.. sy Hari yg Sama Trus blah balik rumah sendiri pantang sendiri. Ada lebih 5 Bulan xbalik rumah parents. call pun xd langsung. tau pulak risau.. yelaa org tengh berpantang.. Saranan sy xperlu ambil kisah. tadah telinga keluar Kiri kanan. org tua ni mmg mcm gini. pastu Kata anak2 degil xdengar ckp..kalau sis emosi sgt penat mental fizikal,kalau yakin, pntang je sendiri.

Setuju ni

Awk anak first ya? Anak pertama mmg normal kalau proses beranak lama. Lepastu susah sbb kita pun dh penat sehari tahan sakit. Pasal prolonged jaundice, jgn risau sgt ye sis. Most cases takde masalah pun. Just tunggu result darah dan air kencing dia. Tak semestinya susu karihome tu sesuai and tak semestinya lactogen tak bagus. Bukan penyebab hati anak rosak ke apa. Dgr je ckp dr tanya dr lagi baik apa penyebab prologned jaundice. Banyakkan membaca juga. Yg penting jaga penyusuan make sure baby menyusu dan berak kencing kerap ya. Jaga emosi awk juga. Jauhkan diri dari mak awk buat masa ni k.

Hopefully takde masalah juga.. bila mak saya cakap macam tu saya jadi overthinking pula 😔 Semalam saya bagi karihome sekali pukul 12 tengah hari, petang tu pukul 6 dia meragam macam meneran nak berak.. berak tak kerap macam masa minum lactogen 🥺 saya dan suami risau takut baby sakit nak membuang.. dia berak juga.. berak cair warna kuning macam tu tapi sebelum nak keluar taik tu dia mengamuk macam sakit... so saya dan suami decide taknak bagi dah.. maybe saya la kena habiskan sebab dah beli mahal 🥲🥲

Pedulikan je mak awak tu sis. Anak saya yg 1st pun prelog jundice. Anak saya yg 2nd pun sama. Isnin minggu lepas baru amik darah utk check fungsi hati, thyroid dan darah merah dia. Alhamdulillah result dia okay je. Awak positif je, abaikan je apa yg mak awak ckp sbb yg menghadap semua awak bukan dia. Lagipun awak dlm pantang, fokus enjoy berpantang je sis. Kadang prelog jundice ni bergantung atas baby jugak. Saya setiap jam kejut baby menyusu dan baby banyak berak tapi still bacaan kuning dia turun sikit sikit. So jangan banyak fikir ya mummy. Takecare and jaga diri

pedulikan mak awak tu, banyak negativity buat awak stress tambah dalam pantang pulak. jaga diri awak je. kalau takut anak awak prolong jaundice awak jaga diri awak minum air banyak, so boleh produce susu banyak. nanti awak boleh menyusu anak awak sebab jaundice ni nak hilang tu banyak bagi susu je. alah saya minum karihome tu satu tin je, ada yang beranak sekali tu tak minum pun anak dia takde jaundice. benda rezeki masing masing dapat anak jaundice sekejap atau lama. bergantung dengan darah jugak. bukan menurun. take care ya mummy! kuatkan diri jaga baby

Baby sy pon prolonged jaundice, baru je discharge mggu lepas..susu karihome tu baby sy memula minum ok.. kuning pon laju turun.. tpi hari kedua dy berak meneran.. nanges sy tengok baby cmtu.. nampak sakit sgt. . terus sy stop karihome.. try s26 plak.. alhamdulillah kuning turun jgk walau xbnyk... berak bayi pon lawas je.. org kata lagi banyak bayi membuang lagi cepat kuning nya turun.. even ramai yg suggest karihome tu okay.. tpi xsesuai dgn anak sy.. kena try and error jgak sis. sy doakan baby sis cpat2 kuningnya turun dan dipermudah segala urusan🥰

sy 1st pregnancy pon lama juga nk bersalin. sy tahan sakit nak bersalin selama 15jam. contraction kuat tp poor progress bukaan dear. hampir kena emergency ceaser. baby keluar normal dlm bilik operate. dgn koyakan 2nd degree tear. lagipon kita 1st mom dear mana ada pengalaman. jadi bg sy normal ja. xpe awak kan ibu kepada anak awak. doa ibu sgt mustajab. jadi awak doa yg baik2. jangan stress dear. kerap bg susu utk baby turun kuning dgn cpt. sy xbg susu karihome pon. sy bg susu s26 je dear. dgn susu ibu

Takde kembung.. saya test perut dia takde keras2.. lembut je..kentut pun macam biasa.. Dia berak cuma tak sekerap masa minum lactogen.. Tu la banyak baca review mmg menjadi turunkan kuning..

orang dulu mmg kaw2 kena brainwashed pasal formula milk. sampai 3 4 tahun pun formula milk lg. fm sgt terbaik, susu ibu tak elok buat anak itu ini. jenis susu tu plk biasala terpengaruh dgn sekeliling, padahal lain baby lain penerimaan, yg dia tahu cucu si semah minum lactogen tu sembelit.. beribu baby minum lactogen ok je dia tak amek tahu. buat pekak je sis? jaga hati perasaan sendiri tgh tak sihat tu.. jangan sedih2 nanti susu badan takleh keluar elok, kesian sis kesian jgk kat baby

contoh advertisement "minum m*** anda jadi sihat dan kuat". padahal byk gula boleh buat anak jd hyperrrr tu yg takleh duk diam😅 pastu anak kena marah tak reti diam

ni pesen mak2, bebel2 tapi syg, tapi mcm mnyakitkan hati, tapi dia risau sbnrnye..hahaha.. lagi plak kite dgar time tgh pantang ni, mmg emosi makin xtenteram tau.. awk buat pekak je wak.. tu klau dkt umah mak, baik awk blk je umah n pantang sendiri.. sy pun anak 1st, aug lepas.. sy buat sndiri.. dr mak sndiri ckp dgn mertua ckp, sy ye ye kan je, dgar mcm pelik.. lantakla sana, sy xkan ikut.. mmg 1-2bln lepas brsalin sy mmg emosi.. emosi marah emosi sedih.. baik sis jagakan emosi sndiri dlu .. 🤗

Câu hỏi phổ biến