Kesan Kemurungan Waktu Mengandung

Suami dalam proses berkahwin lagi dan saya mengandung tanpa perancangan kami. Atas sebab turun naik perkahwinan dan banyak perkara yg saya korbankan, saya jadi hancur dengan berita ni di saat saya mengharapkan hubungan kami semakin baik selepas semua yg saya buat. Saya menangis hampir setiap hari, kadang2 berlarutan sepanjang seminggu dan terlalu payah untuk saya bertahan walaupun suami byk baiki hubungan kami dan jaga saya sebaiknya tapi mungkin saya dah tawar hati. Saya cuba kawal emosi sbb fikirkan kebaikan baby dlm kandungan tapi byk waktu saya rasa tertekan dan tak ada semangat. Sekarang kandungan masuk 16 minggu tapi baru scan, doktor kata kedudukan uri di bawah. Jika ada yg boleh bantu, macamana nak kurangkan bebanan emosi dan petua untuk naikkan semula uri sebelum 28 minggu#ingintahu #pleasehelp #uribawah #tertekan #StressedMom

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Silalah ke pejabat agama terdekat sis.

2y trước

Sis kan boleh mohon khuluk/tebus talak? Terpulang pd sis krn tubuh badan & emosi sis sendiri yg tanggung sehingga hujung hayat. Sy doakan yg terbaik utk sis & anak.