Sakit Rahim Ketika Buang Air Besar
Sebelum mengandung, bila period memang akan sakit pada rahim bila datang gesa nak buang air besar. Pernah tanya doktor tapi doktor check tak ada apa. Pap smear pun clear. Ada waktu sampai menangis tak boleh melangkah. Bila kandungan masuk trimester kedua, sakit tu makin hilang sampai la dah bersalin. Sekarang sedang berpantang 2 minggu. Sakit tu datang balik. Bila datang je rasa gesaan nak membuang, rahim rasa sakit sangat-sangat sampai menggigil peha. Bila selesai buang air, rasa sakit hilang. Saya risau sangat sbb sakit tu memang terlalu sakit.#ingintahu #pleasehelp #sakitrahim Ada yg alami pengalaman macam ni ke?
Đọc thêmKesan Kemurungan Waktu Mengandung
Suami dalam proses berkahwin lagi dan saya mengandung tanpa perancangan kami. Atas sebab turun naik perkahwinan dan banyak perkara yg saya korbankan, saya jadi hancur dengan berita ni di saat saya mengharapkan hubungan kami semakin baik selepas semua yg saya buat. Saya menangis hampir setiap hari, kadang2 berlarutan sepanjang seminggu dan terlalu payah untuk saya bertahan walaupun suami byk baiki hubungan kami dan jaga saya sebaiknya tapi mungkin saya dah tawar hati. Saya cuba kawal emosi sbb fikirkan kebaikan baby dlm kandungan tapi byk waktu saya rasa tertekan dan tak ada semangat. Sekarang kandungan masuk 16 minggu tapi baru scan, doktor kata kedudukan uri di bawah. Jika ada yg boleh bantu, macamana nak kurangkan bebanan emosi dan petua untuk naikkan semula uri sebelum 28 minggu#ingintahu #pleasehelp #uribawah #tertekan #StressedMom
Đọc thêm