Sebab pembawakan budak ke ni?
Saya dan suami dimurahkan rezeki mengandung setelah 2 tahun berkahwin tapi sejak saya mengandung ni, perangai suami jadi lain, asyik moody, kurang beri kasih sayang & kurang supportive. Boleh nampak layanan sebelum & selepas ngandung tu lain, padahal kami memang plan pregnancy ni & bersedia nak start family. Dia siap mengaku sejak mengandung, rasa sayang tu makin hilang tapi dia akan cuba sayang balik. Selalu baca si isteri yang akan tak suka suami waktu fasa mengandung, ni terbalik pula. Hubungan ni akan jadi normal balik ke bila dah bersalin nanti? Takut fikirkan kalau lepas dah ada anak pun dia masih tak sayang & hanya stay sebab fikir dah ada anak bersama je hmm. Kami dah lama bercinta sebelum kahwin jadi rasa pelik dengan perangai dia sekarang sebab tak pernah sedegil moody macam ni #firstpreganancy