SIAP DAH BEG HOSPITAL

Siap dah beg hospital kita. Bagi yang beranak hospital kerajaan, tak perlu bawa banyak2 pun mommies. Kalau beranak normal, InsyaALLAH sehari dah discharge. Lepas deliver, nurse akan terus minta pampers SAHAJA dan baby akan dibedung (hospital punya) tanpa dipakaikan baju. Then nurse akan minta pad+panty untuk dipakaikan pada ibu.—-ini pengalaman saya bersalin 3 tahun berturut-turut di Hospital Ampang, tak pasti sekiranya hospital lain tak sama. Ibu kemudian terus akan ditempatkan di wad bersalin. Pakai baju hospital. So hanya perlu bawa sepasang lengkap salinan untuk pulang nanti sahaja ; >>>tudung, baju ibu & baby (bedung, barut,mitten, booties,topi dan baju baby-dinasihatkan untuk NB banyakkan baju berbutang/berzip atau bukaan ditengah untuk mudah diurus kerana lehernya masih lembut) . InsyaALLAH bila ibu dah kencing & baby dah berak, doktor akan benarkan untuk discharge. Bawa : •Phone, charger, power bank •telekung •toiletries •tuala ibu •Pad/pampers dewasa ibu (pakai pampers dewasa lagi best. Tak risau bocor dan sangat selesa) •Pakaian dalam ibu •Pampers NB- 15 pieces camtu dah mencukupi •Lapik tukar pampers •wet tissue •Stokin pantang •Botol spray (utk tukar lampin) •Minyak telon •Minyak angin ibu •Serta bakul berisi thermos, biskut/kudapan, cawan DONE. Tak perlu packing banyak2 ya. 🌹 -Mommy, anak nak masuk 4. InsyaALLAH- #beghospital

SIAP DAH BEG HOSPITAL
2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

stengah spital xleh caj phone , caj senyap2 je la kalau blh😂

2y trước

Bawa power bank. 🤭