sila baca khas untuk ibu mngandung yg ade kegatalan...

Seorang ibu hamil berjumpa saya di klinik, kerana beliau ada kegatalan badan. Bila ibu ini tanya orang lain, mereka kata kegatalan semasa hamil itu biasa lah. Tetapi bila beliau mengadu kepada saya, saya ambil berat. Saya tanya, saya lihat, dan saya periksa, dimanakah kegatalannya? Saya tanya bila kegatalan bermula? Saya tanya dimanakah tempat pertama kegatalan bermula? Saya lihat beliau sudah trimester ketiga, saya tanya, adakah kegatalan ini bermula dari tapak tangan dan tapak kaki? Jawapannya ya. Kegatalan ini tidak ada ruam di atas kulit, tetapi kegatalan di bawah kulit. Saya terus buat ujian darah enzyme hati dan bile acids. Memang ini tinggi. Setelah saya memberi rawatan untuk menurunkan bile acids yang tinggi dalam darahnya, kegatalannya terus hilang. Inilah Obstetrics Cholestasis. Ini ialah masalah fungsi hati yang disebabkan oleh hormon kehamilan, yang boleh berlaku kepada 7 hingga 15 orang dalam 1000 ibu hamil. Jika di biarkan tanpa pantauan boleh memudaratkan bayi dalam kandungan, kelahiran pramatang, kematian bayi mati dan juga kemudaratan kepada ibu hamil kerana tak boleh tidur dengan kegatalan badan yang teruk. Tak boleh diremeh-temehkan masalah ini. Walaupun satu dalam empat ibu hamil ada kegatalan semasa hamil (kebanyakannya di bahagian kulit abdomen yang membesar) yang tidak memudaratkan, hanya segelintir ibu-ibu ini ada Obstetrics Cholestasis, dan doktor harus prihatin dan periksa ibu-ibu ini untuk mengetahui siapakah di kalangan ibu hamil yang ada Obstetrics Cholestasis dan siapakah yang perlukan ujian darah atau rawatan. Saya beri ibu ini rawatan menurunkan bile acids yang tinggi dalam darah, dos ubat ini diberikan mengikut berat badan ibu, dan saya pantau ibu ini setiap minggu sehingga kandungannya matang. Bila matang, saya nasihatkan ibu ini kita induce kelahiran bayi, jangan tunggu-tunggu sehingga due date. Selepas bersalin, ibu boleh hentikan rawatan, dan penyakit ini akan sembuh selepas hormon kehamilan turun. Penyakit ini boleh berulang dalam 50% ibu-ibu ini pada kehamilan di masa depan dan mesti dipantau untuk kehamilan yang berikutnya. Jika anda hamil pada trimester ketiga (28 minggu ke atas) dan ada kegatalan badan yang bermula dari tapak tangan dan tapak kaki, atau kegatalan yang paling teruk di bahagian tapak tangan dan tapak kaki, tanpa ruam, sila berjumpa dengan doktor di klinik, dan tanya, “Doktor, saya ada kegatalan badan. Adakah saya ada Obstetrics Cholestasis” supaya doktor anda akan memberi anda lebih perhatian. Jangan tanya orang lain dan jangan tanya di media sosial. #nurseKPJ

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pernah jadi gatal2 mcm ni masa mengandungkan anak no2 taon lepas..bila tanya nurse dgn dokter depa ckp normal sbb hormon masa mengandung.. Tapi gatal makin terok masa kandungan 4bln..habis kaki dgn tgn naik bintik2 merah terlalu byk garu sampai bengkak dan pedih sbb luka..celah peha pon sama sampai terpaksa sapu ubat calamine.. Saya mengandung anak ketiga sekarang ni..jadi benda yg sama jgk..gatal celah peha dgn tgn..sampaikan suami akan sapu bedak sejuk setiap mlm..

Đọc thêm
5y trước

ur wlcme

Sy pernah alami masalah kegatalan yg melampau masa tri 1st. Siang malam menggaru. Habis kaki sy sampai ke paha xde ruang yg xde ruam bintik2 merah. Sy jumpa doc swasta doc kk semua kata alahan mengandung dan bg ubat makan dan sapu. Tapi keadaan makin teruk. Ruam mula bertukar menjadi nanah. Sy terus ke emergency dan doc terus cucuk hyrocort dan 1 lagi ubat alahan. Baru sy rasa lega sikit. Peritnya bila dikenangkan. Kaki sampai darah2 dan pedih menggaru

Đọc thêm
5y trước

iyeee kerr...sian sis...

Sy pon ada rasa gatal kt tapak tgn ngn tapak kaki.. Tp xkerap.. Skrg dah 31weeks.. Rasanya baru 3-4 kali rasa gatal tu.. Time2 baru bangun tidur.. Bila tnya doktor kt swasta.. Dy ckp normal je.. Sbb hormon.. Atau sy perlu rujuk doktor kt kk plak ye nanti ? Next checkup sy mnggu dpn..

5y trước

Oooo.. Ok2.. Thank you..

Thành viên VIP

Sy bru 1st tri tp gatall2 dekat sluruh bdan . Dia sllu akan start gatal time ptg2 nk msok magrib and larut smpai mlm. Besok pagi hilang . Yg tu normal ke?? Tp sy xde lak gatal dkt tapak tgn and kaki. Just dkt badan je.

5y trước

normal sis...klau xtahan gatal n smpai naik ruam2 tu blh gi klinik yerr..jmpe dktr

Nurse, Nak tanya, klau gatal2 pd perut dan breast selepas bersalin...adakah satu penyakit juga? Gatal pd stretch mark hmpir seminggu sudah.kemerah merahan dan merenyam. Smasa hmil tiada pula

5y trước

normal sis...jgn rsau..klau msih gatal n xtahan or ade ruam2 pda kulit sila rujuk ke klinik yer..

Terima kasih infonya sis ❤

Terima kasih info sis..