Betul ke pregnant?
Hi semua. Saya baru lepas keguguran 3 bulan yang lepas. Last month saya period lewat 2/3 hari. Then hari isnin petang saya senggugut teruk secara tiba tiba. Seumur hidup saya takpernah senggugut waktu period. Lepastu tergerak hati nak check upt. Sebab lately ni rasa penat semacam. Dan lagi pelik takpernah senggugut sebelum ni. Selasa petang saya try buat upt, tengok naik 2 line tapi agak samar. Semalam pagi pun saya try check upt balik, naik 2 line jugak tapi samar sikit dari yang ni. Sepatutnya tarikh period saya harini (8/9). Kalau macam ni dikira pregnant ke tak ya? Atau tunggu buat test lagi sekali after a few days missed period ?