Serah Diri

hi semua , happynya saya dah dapat tarikh serah diri 23/8 ni due date 7/9 . confirm ke kita boleh bersalin terus kalau dah dapat tarikh serah diri tu . perasaan sekarang ni happy tapi takut juga nak bersalin 🤭. saya kena bersalin awal sbb gdm on ubat 38w kena delivery baby . eyy takut betul la sbb ni first baby 👶.

19 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

sy first mom baru bersalin bln feb taun ni & sy spnjg pregnant mmg ada Gdm. Sy sepatutnya serah diri masa 1.3 tpi 24.2 tu sy pecah air ketuban kat rumah & terus g hosp. Dr cek laluan masih 1cm tpi kena tahan utk pemantauan sbab dah pecah air ketuban & tiada contractions. Pagi 25.2 (7:00am) Dr induce ubat kat bwah, 10am dah rasa sakit sikit kat bhgian perut & bwah, lpastu Dr cek laluan dah 3cm terus msuk LR. Msuk LR jm10am sakit contractions masih boleh thn, tiap sejam Dr akn cek laluan. 1pm contractions dah dtg tiap 5minit, masani sakit teramat sakit ya😆tiap kli Dr cek laluan, laluan masi sma 3cm. Sy cuba nak teran tpi sy btul2 lemah x kuat sbab smlm & pagi sy x smpat nak mkn jdi tenaga x da. 7pm Dr cek laluan masih 3cm, Dr cek baby & keadaan baby masih okay & bole tggu smpai esok kot² laluan dah buka, tpi Dr srh beranak haritu jga sbab air ketuban dah pecah risau ada jangkitan. 7pm Dr terangkn psal czer & srh sign,, sepatutnya 7pm tu sy dah msuk bilik bedah tpi Dr utamkn ibu yg babynya dah lemas. 10pm msuk bilik bedah Dr bgi terang sekali lg & sign 10:22pm lahirlah ank lelaki prtma kmi😆😆 Awk jgn risau x semua yg ada Gdm ni bersalin czer, sy pun klu bole sy nak normal😊😊cuma keadaan x mengizinkn, yg pnting ibu&baby sihat❤️

Đọc thêm

Saya pun serah diri sepatutnya edd 14/8 tapi 31/7 serah diri di HSA. Saya gdm on ubat dan insulin anak first. Pagi 1/8/24 jam 6.55pagi baru induce. 1jam lepas tu kena baring. Selepas itu, ibu boleh ke tandas. Selepas 1jam baru ada rasa sakit lega sekejap2. Jam 12lebih tengah hari cek jantung baby. Kemudian 10lebih siap,suami datang melawat.tiba2 bunyi tup keluar air. Doc chek da 3cm. Tapi selaput pada baby tak ada. Terus di hantar ke Labour Room. Jam 1lebih dok dalam LR, baby lahir 3.48petang dengan bantuan vakum. Masalah saya tak reti teran dan habis tenaga. Alhamdulillah bersalin normal. Tapi tumpah darah 700ml. Alhamdulillah hb stabil. Jam 6lebih baru dihantar ke wad. Tapi anak di pantau. Sehari baby kena tahan sebab jantung baby tak ok. Alhamdulillah hari ke-2 discaj. Tapi baby still kuning sehingga hari ini. Maybe sebab saya darah O dan baby pun sama. Saya doakan ibu2 yang tunggu hari dipermudahkan urusan bersalin. Aamiin.

Đọc thêm
4t trước

Aamiin. Tq sis. Ni bukaan bersalin koyak pulak bahagian luar. Nak kena jahit semula. Saya odw ke KPJ. Ngeri nak gi hospital kerajaan. Alhamdulillah anak saya da discaj kuning hari ini.

Sy anak ke2 ada gdm sangkut masa minum air gula kali ke2, syok sngt mkn masa raya. Air ketuban pn bnyk trs dapat tarikh serah diri 3/6 Edd 12/6. Tapi lps doc scan 31/5 trs suruh kita msk wad. Kita minta esoknya, doc xnk lmbt² takut baby mkn besar.. Petang 1/6 serah diri, 2hb 5pg kena induce. Sejam kena baring, tghari baru ada rasa sakit². Pukul 5ptg lahirlah puteri secara normal seberat 3.5kg. Kena tahan NICU pulak sebab kuning. Alhamdulillah sekarang dah 2bln. Pengalaman bersalin anak pertama & ke2 berbeza.. moga Allah permudahkan urusan sis bersalin.

Đọc thêm

Kena pantau dulu rasanya. Saya masa anak sulung, Gdm diet control kena pergi serah diri 5/9/2022. Due date 6/9/2022. Lepas tu takut punya pasal nak kena serah diri, takut kena induce takut epidural. Semua takut. Haha , ank first kan. Saya jalan itik, basuh bilik air. Tak jadi jugak. 28/8/2022 malam tu suami masak mee goreng letak cili padi, pedas sangat tahap tak boleh bincng terus pecah ketuban. 29/8 pagi baru bersalin. 3 jam jugak tahan sakit. Tak kena induce/epidural. Syukur sangat 😂😂

Đọc thêm
Influencer của TAP

Serah diri tu maknanya warded dulu. Pantau ibu dan kandungan. Cek bukaan, jika perlu, induce untuk bagi bukaan untuk bersalin. Induced ada macam2 jenis. Doktor akan plan apa yg sesuai untuk puan. Saya kena 3 induced yg Berbeza, semua induced gagal untuk vaginal birth dan kena emergency czer. Alhamdulillah. Kita doakan dikurniakan kelahiran yg selamat

Đọc thêm

sy 9hb masuk hosp malam terus induce 1x cek bukaan xda ag..sok pg cek ag bru 1 cm..dh la xleh jln.kna pakai whellchair, tp alhamdulilah buat senaman ct jamumall.xsampai 12jam terus misi ckp pulling ke hape ntah..,bhasa kita kpla bby dh kua🤭 tolak terus l.r berank..ingt teran sembelit ye.semoga dipermudkn uols plk,🫂

Đọc thêm

yups confirm bersalin 2 3hari paling lambat .. mcm sy gdm on ubat juga, serah diri 1/10 37w 5hari, terus induce .. jalan xbuka byk, last 4cm je time ngam2 38w .. terus msuk ot utk czer .. gdm mmg xboleh terlambat sikit pun untuk bersalin ..

sy masa ank first cmtu jugak .. gdm sngkut msa mnum air gula kali ke2 , siap pkai ubat cucuk kt perut lgi 😅 tpi sy 37w .. masuk time tu dh 36w5d .. dorang induce pagi , sekali je alhamdulillah mlm dh bersalin ...

4t trước

Alhamdulillah dipermudahkan semua buat sis dan baby. Boleh sy tau sis bersalin normal ke? Sy first time mom bru 10w pregnant dan detected gdm. Jmpe Doc ckp mgkin perlu bersalin awal kalo ibu gdm. Mohon share pgalaman ya sis.

sama la happy jugak dh dapat tarikh serah diri.. tpi bacaan gula masih tinggi even dh makan ubat.. skrg kena makan 3biji ubat metformin.. dktr kata kalau bacaan tggi lagi kena awal lagi bersalin.. smoga dpermudahkan urusan kitaaa

4t trước

brapa bacaan sis?

Sy pun first bby.. sngkut gdm.. serah diri on 38weeks cmtu.. tp dlm mgu 37 sy puas bjln² smpai 12tgh mlm.. pkl 3pg g hosp.. pkl 11pg dh kluar bby boy seketul😅 now bby dh 3mth.. berat dh 6.63kg🥰