Tips Untuk Ibu bekerja Menyediakan makanan bayi

Hi semua. Ada tak tips untuk ibu bekerja menyediakan makanan bayi supaya tak terkocoh2 di waktu pagi? Bayi saya sudah 11 bulan. Menu yang boleh di cadang kan? Perlu ke saya teruskan dengan bubur lagi?

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai awak! 👋 Ini cara saya la. Saya akan bangun 5pagi setiap hari untuk sediakan bekal anak. Fresh-cooked meal. Umur 11 bulan dah boleh pelbagai tekstur makanan. Jangan stick dengan bubur saja. Apa yang mudahkan saya, saya cuma prep kan siap siap bahan yang akan digunakan. Contohnya, every weekend saya akan kupas bawang, basuh dan simpan terus dalam bekas. Sayur pun sama. Terus basuh dan simpan dalam bekas. Macam sayur yang perlu di potong saya akan potong siap contoh carrot, broccoli, cauliflower, cabbage. Then bekas ni simpan dalam peti sejuk. Nak masak tinggal ambil je. Kadang bawang pun saya siap potong. Tinggal campak dalam pan je. Hehe Nasi anak memang saya masak asing. Guna food processor senang dan jimat masa untuk saya. Untuk breakfast selalunya saya buat yang simple je. Antara menu anak saya fruit pancake, oat+fruits, yogurt+fruits. Lunch saya sediakan nasi dengan lauk, pasta goreng, nasi goreng, snack buah-buahan, nugget, pancake, veges Itu cara saya la. Saya more to western recipe sebab mudah dan cepat. Sekarang anak dah setahun 3 bulan masih lagi rutin yang sama😊 Harap perkongsian saya ini mampu memberi idea dan membantu awak 🌹

Đọc thêm
2y trước

sy pon buat yg mcm puan ni sampaikan. yes boleh bg baby pasta. jgn risau gusi baby kuat. normal kalau baby gag. kita cuma perlu pantau masa baby mkn☺️