Begini ke rasa putus asa?

Sebelum ni tidur lewat berjaga sampai 4-5 pagi main game dekat laptop. Lepas kena tegur dan nampak keletihan isteri dah insaf sekejap, masuk 2 minggu lebih tak buka laptop. Tapi tak buka laptop pun tidur lewat juga. Main phone sampai 3-4 pagi. Kenapa susah sangat nak tidur awal? Bukannya saya suruh buat kerja rumah. Semua saya settle kan supaya suami boleh balik kerja pukul 10:30 malam (dia kerja petang) boleh terus makan dan tidur. Urus anak pun tak perlu sebab saya dah tidurkan dia siap-siap. Dah tahu esok pagi-pagi subuh lagi anak celik mata dan ajak main, nak juga tidur lewat. Saya marah dia "kalau tidur lewat rumah jadi bersih takpe tapi ni sama je!" Saya geram sangat-sangat dah tu. Saya kerja pagi subuh balik tengah hari so kami take turns jaga anak. Saya siap belikan gummy yang bagi tidur tu tapi untuk dia macam tak berkesan langsung. Old habits die hard. Zaman bujang dia memang jenis suka stay up. Mungkin belum sampai jiwa. Sebab saya pun jenis berjaga juga dulu tapi saya reti bahasa saya akan tidur awal kalau esok kerja. Saya keluar rumah sebelum matahari terbit lagi. Gini lah rasa putus asa. Dah bantu mudahkan urusan dia supaya dia boleh tidur pun, tak tidur. Hadap phone sampai pagi. Saya dah malas nak tegur. Sampai satu tahap saya dah rasa taknak peduli dia letih atau tak. Lebih baik saya fikir diri saya.

6 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Buat dek je puan. Kadang reverse psychology berjaya. Kalau nak cuba? Diam je. Bila ditanya suami je jawab. Tengok perubahan. Jika dia tanya kenapa puan berubah, itu pertanyaan pencetus. Puan kata ada masa lapang tak? Jom borak. Ada perkara nak cakap. Sebelum tu puan prepare apa nak cakap dlm bentuk bertulis, samada puan baca, atau suami yg baca (kena berhikmah lah) dan apa yg tak puas hati. Bincang kan dan faham kan. Lepas tu bagi amaran, nk teruskan hubungan ke tak? Kalau nak teruskan jom buat jadual kerja rumah dan wajib ikut. Dan apa2 je lah puan bincang dgn suami untuk kebaikan bersama. All the best. Jika buntu juga, puan jumpa lah kaunselor untuk tak nak ada rasa putus asa menguasai diri dan macamana nak hadapi kehidupan dgn suami sebegitu.

Đọc thêm

sis pun x yah buat keje rumah seminggu tgok apa jd. haha... basuh baju die Sume x yah.. bukan ajau.. mslhnye dlm Islam pun TU tanggungjawab die. kita ni amek alih jek. dh awk dh keje ...apehal pulak die x nak bt tanggungjawab ASAL dia. cer try seminggu x yah care lah bab2 rumah ... masak TU sis beli sis punye ngan anak jek dkt luar x pun msk utk sis jek. ah tgok kebulur ke x. mcm mak sedara sye.laki die sllu sepah baju dkt luar bakul,lama2 bila kita x tlg kutip baju die pun x terbasuh,die letak sndiri dlm bakul. Learn the hard way lah,,baru gelupor x dek baju nak pakai

Đọc thêm
4mo trước

Saya just nak dia tidur awal je sebab dia kena jaga anak pagi esok tu

Kejapnya kerja petang balik malam. Husband sy kerja 12 jam, 8mlm gi kerja, 10 pagi sampai rumah. Dia struggle nak spend time dgn anak. Untungnya kerja yg boleh spend banyak masa dgn anak. Harap dia gunakan utk anak. Husband sy kalau cuti dia terus tukar waktu tidur ke waktu normal walaupun masa kerja dia berjaga malam. Kena tanya apa masalah husband awak susah sgt tukar waktu tidur. Rasanya hendak seribu daya je tu.

Đọc thêm
4mo trước

Alhamdulillah dia jaga anak sementara saya keluar kerja. Tempat kerja dia pun dekat je tak sampai 500m. Saya je yang kena drive sikit 13km je gitu.

Influencer của TAP

kata kat dia kalau tak boleh tidur pun, tutup phone, baring. kalau nak buat something juga, buat something yang tak melibatkan skrin. sebab cahaya dari skrin tu yang ganggu hormon tidur dia. lagi satu boleh cuba supplement magnesium, sangat bagus untuk sesiapa ada masalah anxiety atau susah tidur.

4mo trước

Memang nak beli magnesium tu tapi dia cukup susah telan tablet dan tak suka sapu minyak kat badan. Sebab tu saya beli gummy tu.

tak cukup letih mmg tak blh tidur laa. blh la kot tukar strategy lain.. lgpun dah kahwin suami bkn setakat pergi keluar kerja cari duit semata.

4mo trước

tk nak bg letih, so tkletih so tkleh tidur awal

Husband you minum coffee tak?

4mo trước

Tak minum.