Nasihat saya lebih baik awak berehat di rumah jangan lakukan apa-apa kerja melainkan solat ,makan ,minum ,duduk ,baring dan mandi sahaja. Kalau awak bekerja saya sarankan awak cuti tanpa gaji atau berhenti kerja.
Saya pernah ada dalam situasi awak cuma awak perlu berhati-hati, lagi satu cakap dengan suami buat masa sekarang sehingga kandungan mencecah 5bulan jangan lakukan hubungan intim. Takut berlaku pendarahan yang teruk, lagi satu kena pantau pergerakkan diri awak sendiri jangan terlalu penat, stress or benda yang tak bagus untuk ibu mengandung boleh mendatangkan penyakit lain.
Macam saya pernah jatuh motor ,masa tu kandungan saya 12minggu start dari situ mula tumpah darah setiap 2 minggu tak lama lepas tuh jumpa pakar puan buat check up masa kandungan dah 27minggu dapat tahu ade pollips. Cuma pollis tu ade stage bahaya dengan tak bahaya tu boleh double confirm dengan doc pakar sendiri. Jika pollips tuh tak bahaya kena berjaga-jaga juga sampai awak nak bersalin nanti.
Đọc thêm