Period selepas bersalin normal ke kalau datang kerap?
Saya period selang seminggu period semula. Bulan lepas dua kali dtg priod, 10 hari turun darah, stop 4 hari lepastu turun darah lg selama 7 hari, lepas seminggu turun darah lg dan skrg dah hari ke 5 priod. Normal ke ?
Selepas bersalin, darah keluar daripada faraj dinamakan darah nifas, bukan darah haid. Tempoh minimum darah nifas ialah sehari semalam dan tempoh maximum-nya pula sehingga 60 hari. Sekiranya darah dlm tempoh 60 hari tu darah nifas terhenti selama 15 hari, selepas itu darah yg keluar daripada itu dikira darah haid. Darah haid ni min. keluar satu hari satu malam. Max: 15 hari. kalau lebih 15 hari, itu dikira darah istihadah atau darah penyakit. So ia tak normal, kena jumpa doktor. Kita orang Islam wajib belajar perkara ni ya puan. Tak rugi belajar sebab ia melibatkan amalan ibadah kita dan memanfaatkan kita serta keluarga. Moga sama2 bermanfaat ❣️
Đọc thêm
Muhammad fareel noah ❤️