Telur masa berpantang
Saya nak tanya.. Ada ke mummy dlm ni yg makan telur masa berpantang?
Ikut kata mak-mak memang tak bagi la. Katanya nanti gatal. Kalau ummi yang jaga pantang and yang siapkan makan,memang tak merasa telur,ayam dan segala gala yang tak boleh la. Bila saya sendiri yang masak,telur goreng+kicap+nasi putih+kopi o pun layan. Ikut ibu la. Kalau berani,makan. Kalau takut,tak payah. Just my 2 cent
Đọc thêmApa y sy belajar dulu. My lecture cakap kalau kita memang xde allergic dengan telur so waktu pantang pun kita boleh makan. Tp kalau biasa2 pun kita makan telur kita rasa gatal2, so waktu berpantang pun kita akan gatal2. Telur tinggi protein. So elok utk ibu2 y xde allergic dengan telur
Sy makan. Sbb sy xalergik telur. Telur pn sama ja sumber protein mcm ayam ikan. Pun baik utk luka. Sy buat tlur mata. Goreng ikan blis cmpur lada skit (sbb xalergik ikan bilis) .. sbb da jemu sup sayur, mkanan berlauk lain..😅 baby pn ok xkembung. Sy fully bf.
Sy ta berani. Takut nk makan.😬😬 Dlam pntng sy cuma makan ikan goreng dgn sayoq sawi ja.. Dalam 30hari lebih baru start makan aym.. Kat hospital pon. Lepas bersalin. Ta berani makan lauk situ.. Tgu mak hntaq nasi dgn ikan goreng. Heheh
Masa lepas bersalin hari ke-2 dekat hospital,memang dapat breakfast roti dengan telur. Maknanya boleh makan la. Cuma nya mak saya tak bagi. So kita ikut jela. Malas nak argue. Lepas 2 minggu pantang sendiri, makan Je telur macam biasa 😂
Saya bersalin tengah malam. Esok saya makan sarapan yg d sediakan hosp mee hoon campur telur dan ayam goreng. Mula2 rasa was2 jgk nak makan. Takut luka lambat sembuh. Tapi nurse bagitahu ok je makan telur. Asalkan jgn banyak sgt la.
Mak sy branak normal & takda jahit. Tapi ada la luka sikit2 tu. Orang dulu2 branak dekat rumah je. 😄Alhamdulillah mak sy makan telur pagi2 masa breakfast. Ikot kesesuaian tubuh rasanya & tahap luka kita tu.
Doktor pernah bagitau, boleh makan semua unless yg ada alergi tu. Try and error. Cuba mkn sikit. Kalau rasa pelik pelik tu stop makan. Hehe 😉 good luck 🧡
Depend body msing2.. Ade org ckp Telur ni bole gatal tmpat luka.. Tp sy xpnh lagi laa mkn Telur mse bpantang..
Hari2 mkn ayam n telo.. Alhamdulillah luka cepat sembuh.. Tp depends jgk pd org.. Kne try n error or success tu jer la..
Queen bee of 4 rambunctious cub