NAK BABY 😭
Saya nak sangat baby tapi saya takut. Saya dah pernah digugurkan sebab janin tak sihat dan takde harapan untuk hidup kalau dilahirkan, dan sekarang saya keguguran lagi itu pun selepas setahun lebih saya berehat sebab kononnya nak bersedia nak rehatkan rahim. Sekarang saya rasa macam saya nak je terus pregnant lepas habis pantang dua minggu ni sebab saya dah tak nak buang masa tunggu lama dan saya nak juga anak, saya nak sangat anak seorang dulu untuk mengubati dan mengganti kesedihan saya yang lepas. Ada tak mommies sini yang berjaya hamil dan kandungan sihat lepas keguguran walaupun terus ttc lepas keguguran?