Urut naikkan peranakan / rahim

Hai, siapa di sini pernah buat urutan naikkan peranakan? Boleh share pengalaman tak? Lepas saya berurut, period cycle saya jadi lama, ni dah sebulan lebih tak period. Cek upt negatif. Kadang2 ada juga rasa macam nak muntah, tapi tak muntah pun. Nak cakap mual, xtau lah, sebab sy tak pernah ada pengalaman alahan kehamilan. Kencing pun kerap. Btw, saya masih ttc nak dekat setahun, sebelum ni pernah keguguran. #ingintahu #TTC

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g Rahim wanita ialah salah satu organ dalaman. Penjual produk suruh anda scrub rahim dengan essential oil untuk melancarkan period? 🤦🏻‍♀️ Tak boleh. Mana boleh. Apa yang anda scrub hanyalah kulit di bawah pusat anda. Ini bukan kedudukan rahim wanita. Rahim wanita tak boleh kena scrub. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut sengkak rahim yang jatuh? Tak boleh. Mana boleh. Urut rahim tidak boleh menaikkan peranakan. Sebab rahim tak boleh di urut. Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Urut untuk membetulkan kedudukan rahim untuk kesuburan? Mana boleh. Bahagian rahim mana yang anda boleh sentuh? Sila lihat dimanakan kedudukan rahim wanita di dalam tulang pelvis. Organ dalaman manusia tak boleh diurut. Marilah belajar anatomi manusia. Semua organ dalaman manusia dilindungi oleh rangka tulang manusia sebab Tuhan tak benarkan makcik bawang mengurut-urut dan mengganggu organ dalaman manusia. Otak tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tempurung kepala. Jantung tak boleh diurut sebab dilindungi di belakang tulang dada dan tulang rusuk. Paru-paru, hati (liver), limpa (spleen), buah pinggang (kidneys) tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang rusuk. Saraf tunjang tidak boleh diurut sebab dilindungi oleh tulang belakang. Jangan cuba urut. Rahim, ovari dan pundi kencing tak boleh diurut sebab dilindungi di dalam tulang pelvis. Bila hamil, di dalam tiga bulan pertama kehamilan, rahim masih lagi dilindungi di dalam tulang pelvis dan hanya akan membesar keluar dari tulang pelvis selepas 3 bulan kehamilan, iaitu inilah masanya uri telah terbentuk dan melekat dengan baik di dinding rahim, dan inilah masanya embryo sudah lengkap pembentukan semua organ badan dan dinamakan janin atau fetus. Selepas 3 bulan kehamilan, semua janin ada semua organnya dan hanya perlu matangkan fungsi organ dan membesar. Inilah waktunya rahim wanita keluar dari lindungan tulang pelvis dan membesar ke dalam abdomen wanita (bukan di dalam perut). Selepas bersalin, semua ibu diberikan suntikan syntocinon atau syntometrine untuk mengecutkan rahim dan rahim wanita tak perlu diurut. Doktor dan bidan di Hospital akan mengurut rahim di bilik bersalin hanya jika berlakunya pendarahan serious. Dalam masa 10 hari selepas bersalin, rahim wanita akan mengecut sendiri ke dalam tulang pelvis tanpa apa-apa bantuan dan kembali kepada saiz kehamilan 3 bulan. Dalam masa 4 hingga 6 minggu selepas bersalin, rahim wanita kecut sendiri kepada saiz yang normal tanpa apa-apa bantuan. Sebab inilah bila hendak buat Ultrasound scan rahim wanita, kita kena buat transvaginal scan dari bawah, bukan transabdominal scan dari atas. Jangan cuba mengurut-urut organ-organ dalaman manusia. Ada sebab anda tak dibenarkan kacau organ dalaman. Yang anda boleh urut hanya otot, ligamen, lemak dan kulit badan. Hanya bahagian badan di luar rangka manusia boleh diurut.

Đọc thêm
Post reply image
1y trước

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0HJc4H238Ho5vKMh8pw2XpidG5gxuPv42bw4DoT1h2XFAknUkMgunVYZwKoJZzDjul&id=679746658&mibextid=Nif5oz

Sy prnh brurut lps kguguran thun lps bln 10. Tp sy brurut lps hbs drh tu la . Bln 12 dh ad prd normal , dn alhamdulillah bln2 dh lekat blk. Mgkin depends on tukg urut tu jg mcm mna dia urut @ hormon sseorg slepas ggur . Msa mula2 sy first time ggur dlu 2020 sy xda brurut, 😅, lpstu prd sy jd gnggu kdg sbulan smpai 2x prd, kdg x prd. Hmpir 2tahun jg mcm tu, bila mgndung blk thun 2022, pn ggur jg. 🥺🥺 Semoga khamilan kali ni rezeki sy ,20w.. bgitu jg dgn sis , selagi msih ad rahim selagi tu jgn fikir mcm2 ye biasa tu hormon x mnentu, moga diprmudhkn dn diberikn rezeki sis. Aamiin 🤲🏻

Đọc thêm
1y trước

Terima kasih share pengalaman sis. Sy lepas nikah, terus bunting pelamin, tpi keguguran 6weeks, then lepas gugur, darah keluar hampir sebulan jg la nak kering betul2. Lepas tu, dekat 6 bulan jg tak period lepas gugur. Then dtg period, cycle normal selama 2 bulan berturut, lepas tu jd irregular. Sy pun pening kdg2 fikir hal ni. Semoga kandungan sis selamat ya sampai ke hari bersalin nnti, doakan sy jg

maaf ye puan.. sy xthu org lain. kalo mak sy salu pesan, kalo gi urut jgn bagi tukang urut pegang perut ngn breast kite.. tambah2 org belum mengandung. ada org pndai dn ada org tak pandai. rahim tu mmg dh ditempatnye. jgn ganggu die.. kalo kerap kencing atau kencing mlm bt excercise kagel tu. kemut2 tiap hari.. sy dh ank sorg pun mak sy pesan jg. mak sy pesan y sama. pastu die tak kasi minum ibu kunyit.. mak sy sgt menjaga bnda2 mcm ni.. berurut tu perlu tp bkn utk dua tempat ni.. maaf ye puan. xthu bnda ni membantu ke x..

Đọc thêm
1y trước

terima kasih info ye, sy gi urut tu pun sebab mak suruh hari tu 😅, lepas ni sy elakkan la dpd semua tu