salah ke saya? jahat ke saya?

saya nak meluah. maaf jika panjang. anak saya 2bulan 20hari. rumah saya sebelah rumah mentua. bulan lepas waktu anak sebulan lebih family mentua adik beradik semua kumpul rumah mentua untuk sambut nenek balik haji. saya risau nak pegi rumah mentua sbb family dia jenis suka cium gomol budak tp tak boleh elak sbb rumah sebelah ja. bila pegi rumah mentua suami akan pesan kat orang jangan pegang cium tp mentua jenis kalau anak saya datang rumah mesti dia berebut nak dukung. even suami tak bagi tp mentua insist jugak. then nak jadikan cerita, mentua pegi bagi nenek yg balik haji pegang anak saya sedangkan nenek ada batuk. dipeluk cium anak saya. esoknya saya perasan anak saya start batuk. sampai hari ke3 anak saya batuk dah makin teruk siap berkahak dan selsema. saya bawa anak pegi hosp dapat neb dan xray dr kata ada jangkitan kuman kat paru2. dr tanya family ada yg batuk ke, saya bgtau yg nenek terus dr sound kata patutnya jangan bagi orang senang2 cium anak. saya dbf, sakit bengkak susu sbb anak minum sikit ja sbb dia tak selesa tekak, tambah dgn jaga anak sakit, mmg tak terurus diri ni sampai susu badan jadi jernih😭 family mentua semua start batuk dan demam jugak. mentua dah minta maaf kat saya. tp sedikit kecewa sbb mentua lelaki dtg rumah dgn rokok dimulut habis isap terus pegang anak. selama 2 minggu saya tak bawa anak jumpa mentua nak bagi betul2 sihat dulu. then hidup la mcm biasa. anak saya jenis tidur malam deepsleep. siang baru2 ni anak nangis tersedu2 sbb saya tinggal dia kejap buat urusan luar. balik saya pujuk bagi susu then anak tidur. tgh tidur dlm sejam ttiba mentua dtg rumah ambik anak yg tgh tidur ajak jalan2 dgn tak sempat menyusu. saya tak bagi tapi mentua berkeras jugak. mentua balik bagi anak tgh nangis, saya bagi susu dia minum kejap ja pastu sambung nangis. saya dukung2 then perasan ada luka panjang kat lengan anak. tanya mentua katanya mungkin terkena gelang tangan. saya bgtau mentua sbb tu saya tak pakai gelang tangan takut terkena anak. malam tu anak meragam, reject susu, ngantuk tp taknak tidur. pujuk sampai pukul 4 pagi dgn start sakit bengkak susu. saya rasa sedih sangat2 sbb anak mesti overtired dah siang menangis pastu tidur kena kacau. rasa serabut sangat malam tu dgn breast sakit, baju lencun tak sempat pam dok kisahkan anak, sekali dgn saya nangis. saya ada post status whatsapp "rasa tak berguna jadi mak tapi tak dapat pertahan anak dari orang". then mentua saya terasa. jadi kecoh dalam family mentua pasal post saya tu. adik beradik suami tak bercakap dgn saya. skrg ni saya rasa bersalah jugak buat mentua terasa, saya dah minta maaf. tapi entah la, macam mana saya nak tegur. kalau saya tak buat mcm tu family mentua mesti tak tahu dorang buat salah. skrg nampak mcm saya ni menantu tak baik. saya fikir saya ni dah la bila bertegas orang buat tak endah, bila jadi apa2 kat anak dan saya terasa, saya meluah alih2 jadi salah saya balik. betul la orang cakap kalau jadi apa2 kat anak tetap ibu yg dipersalahkan tak reti jaga anak, walau bukan salah ibu sekalipun😔 skrg ni betul ke salah saya? apa perlu saya buat? atau biar ja berlalu

9 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Sy faham perasaan awak.. sy tinggal dgn mertua. Mereka baik sgt tp tak alert dgn benda2 mcmni.. mereka pernah nk bawak anak sy naik motor tghri panas. Sy tak bg. Tp mil insist nk bawak sbb anak sy menangis. Sy panggil anak sy lepastu sy ckp "mak, sy tak bagi" suara yg tegas sy ckp. Masa anak sy kecil, kami ada buat mjlis kesyukuran, anak tdo dlm buai, sy biar je dia dlm buai tk angkat sbb sy thu nnti msti ramai yg nk dukung dan cium. Anak sy terjaga pun sy biarje dia dlm tu.. selain tu macam2 sy akan pesan dkt mil supaya jauhkan dr fil yg kuat merokok. Kdgkala sy berkias sembg dgn mil ckp sy tk bg suami dkt bby nak cium2 sbb suami bru lps merokok.. kdg2 sy tegur direct mil ckp bby tak boleh kena asap rokok, kena bgthu kesannya kat diorg walaupun diorg asyik lupa. Sy kena ckp berulang2 kali.. skrg anak dh besar, kes lain pula. Fil suka beli makanan manis yg tak terkawal.. smpaikan setiap hari bila anak bngun pagi sy akan tgok skli apa anak sy buat sbb diorg suka bg sorok2. Kalau fil dari kedai sy akan keluar dari bilik nk tgok apa yg dia bli utk anak ..Sy dan suami pun sama tegur benda yg sama. Tp dh tahap melampau suami sy marah diorg.. masa haritu anak sy nangis, fil ckp anak sy ni susah, ini tak boleh itu tak boleh. Pdhl sy ada disitu. Sy terasa juga. Tp sy senyap je. sy tak kisah dia nk ckp apa sbb sy tak oernah suruh pun bli benda2 tu kat anak sy. Masa tu pula kebetulan sy nk balik kg, dlm 3 hari.. balik je rumah mereka layan sy seperti biasa. Mgkin diorg muhasabah balik.. sbb sy sedang bercakap mengenai anak sy. Ini anak sy. Sbbtu sy tak berapa nk kisah fil ckp mcmtu. sy nk bentuk anak sy sndiri.. sy nak oertahankan anak sy.. sy suka juga buat ws status. Tp sy akan share kepada mereka je. Sy akan screenshot kesan2 makan manis, dan sbgainya.. sekali sekala sy akan ambil peluang utk bersembg dgn mertua, selit2 kan sikit ilmu2 kesihatan ni. Sy sllu ckp kt mil sy bukn nk kawal anak, tp sy nk jaga anak sy.. utk kesihatan dia.. kalau nk bg manis2 sekali skla takpe tp bukan hari2.. skrg ni awak fikir anak awak je.. kalau ada yg tak sihat ke apa awak direct je tegur tak kisah siapa pun dia. Kena bertegas demi anak. Sakit anak kita yg tanggung. Semoga urusan awak dipermudahkan❤️

Đọc thêm

saya pun kes hampir dgn awak. Anak pun lebih kurang umur sama. harini anak saya 2 bulan 20 hari. saya gilir2 rumah mertua & parent saya. 10 mins je. rumah mertua ni mmg ada adik beradik lain (2 dah ada anak, sorang je blm ada anak). yg jadi concern saya, diaorang ni suka gomol2 termasuklah mil saya 🥲 ada yg jenis ada resdung selsema, batuk2. anaknya pula jenis selalu je selsema, nak demam la bagai. kadang2 saya mmg pegang je anak saya, tak letak bawah sbb taknak diaorang gomol cium. saya paling risau kalau letak anak saya dekat bawah, saya dekat atas. mmg tak tenang hati ni nak buat kerja lain 😅 sbb tu saya lebih suka duduk dalam bilik je sejak ada anak ni. mil pula jenis suka2 nak ambil dukung. pernah haritu petang hujan renyai2 dia nak bawa keluar pergi rumah sebelah (nenek suami). mmg time tu kena pula mood tak okay, saya mmg cakap direct and tegas suara cakap hujan kat luar tu sambil2 kejar nak ambil anak saya (masa dia ambil saya tak tahu dia nak bawa keluar). padahal semua dia ambil tu mmg saya dukung anak saya kuat2 and berpusing2 tak bagi dia ambil anak saya tapi boleh ambil juga 😂 dah cakap juga dekat husb psl anak saudara dia yg selalu tak sihat tu jangan bg dia cium2 gomol2 apa semua, tp husb saya senyap je time tu and saya tak pernah pun dengar dia tegur family dia. entahlah ea susah sebenarnya main dgn family orang ni. family saya kalau ada yg tak sihat mmg saya tak bagi peluk cium. kalau nak tolong jaga baby pun saya suruh pakai mask. sbb saya tahu apa2 pun jadi kat anak, yg susah mak dia. bukan ayah dia atau orang lain. sbb anak lebih perlukan mak dia berbanding orang lain. ada juga cerita dekat mak saya, mak saya faham and mmg cakap baby ni cepat berjangkit etc tapi mak saya pun ada cakap kita tak boleh tegur direct family suami ni sbb bukan family kita. takut jadi gaduh. katanya kalau suami sendiri tegur takpe. tapi suami tak tegur. nak buat macam mana. doa je la banyak2 😅 and lately ni saya setiap kali nampak orang gomol2 anak saya, saya akan basuh muka and lengan2 dia dgn air supaya takde la melekat sangat walaupun tak la effective mana pun rasanya 🥲 semoga anak2 kita dijauhi dari segala penyakit dan susu kita buat antibodi dia lebih kuat.

Đọc thêm
5mo trước

betul susah tegur family mentua sbb kita ni cuma org luar yg baru masuk family tu. kalau family sndiri takpa la nak tegur, terasa sekalipun kejap ja. yg saya ralatnya dlm family besar mentua tu takda sorang pun yg nak tegur apa yg mentua buat. dah mentua terasa dgn saya skrg ni org backup mentua lagi ada la. waktu anak saya kena jangkitan kuman tu mentua lelaki siap cakap "alah sikit ja ni, biasa la tu budak2" berderau darah saya dengar tp apa boleh buat nak tegur lagi nanti kata saya kurang ajar. mak mana yg tak risaukan anak, sikit ke banyak ke tetap terguris hati mak tengok ananya sakit. takkan mentua nak anak saya kritikal dulu baru nak rasa benda tu serius. 2 hari lepas, ipar saya masuk hosp sbb ada jangkitan kuman kat perut kot. mentua saya sanggup pergi hosp on the spot 5 jam perjalanan semata2 nak tengok anaknya yg sakit. itu anak yg dah besar panjang pun tahap risau dorang macam tu. inikan pulak saya yg anak baru sebulan lebih waktu sakit tu, yg dorang kata "sikit ja ni". rasa

Betul tindakan sis! sy sokong. ya Allah sy baca pn jd emo ya😌 kena bagi jgk skali skala kt mentua tu. kalau tak, selagi tu lah dibuatnya ank kita mcm boneka. yg penat jaga time ank sakit tu kita, bukan dia. yg penat nk pujuk, dodoi semua kita ya, IBU. sis buat je mcm biasa dgn mentua sis. kalau dia nk merajuk pn tkpa lah. biasa lah tu. lama2 okey in shaa Allah. moga sis kuat ya❤️ moga dalam jagaanNya selalu. Moga perkara yg dia buat sblm2 ni kt ank sis tk berulang pada cucu2 lain. mana tahu, sis satu2nya org yg buat dia sedar😂 Stay strong awak❤️

Đọc thêm
5mo trước

mentua saya sebenarnya baik ja, banyak sangat tolong saya. waktu pregnant dia yg banyak jaga saya. sbb tu saya mcm serba salah jugak. tapi pasal anak ni kalau saya diam bila orang buat tak betul dgn anak, saya yg merana. anak saya pulak cucu dan cicit pertama dlm family belah suami. adik beradik suami semua belum kawin sbb tu takda yg faham apa saya rasa sebagai ibu. selalu guna ayat "alah baby biasa la menangis/meragam" "alah sakit sikit ja ni". taktau la nak ckp macam mana lagi. mungkin ujian saya waktu dah ada anak. semoga saya semakin sabar dan kuat untuk hari2 mendatang. terima kasih doakan saya🤍

btl dh tu tindakan sis..tegur tp main nga org tua mcm tu laa...last2 kita yg slah..mcm sy adik brdik suami semua lelaki jdi mmg semua merokok,klau blik uma mil mmg sy akn sound depn2 xleh peluk cium apath lg nk duk rpt2..kdg2 sy sndri yg mrh anak jgn g dekt nga pkcik2 diorg..lntklah nk terasa ke x..sy pnh kata ngan suami,skit demm jga mlm bkn diorg..ni emaknya yg kena huhu trus die pun fhm.mil plk jns yg ckp blkg tp bg sy ikut lah nk ckp ape pun asal anak kita siht

Đọc thêm
Influencer của TAP

Dah OK dah tindakan puantu. Memang valid mereka terasa dan kecoh. Asalkan puan dah bersuara dan minta maaf dgn mertua sbb mertua terasa. Insya Allah ada hikmah untuk diri, keluarga mertua dan kita yg membaca. Jangan suka hati nak buat itu ini dgn anak orang walaupun keluarga rapat. Saya percaya mereka tak buat lagi. Teruskan dgn ketegasan dan saling menghormati.

Đọc thêm

Semoga dimudahkan segala urusan puan.. insyaaAllah suatu hari nanti mereka akan faham..baby ni fragile..tak boleh camtu..kesian nanti sebab nak jaga hati orang lain, anak kita yg sakit..biarkan bertegas..demi anak kita dan kita juga..nanti anak sakit, kita yg jaga.. semoga kita nanti jadi mentua tak buat camtu pada anak menantu dan cucu.

Đọc thêm

saya pak mentua,hisap rokok daun..pastu mai cium anak saya..memang rasa nak maki carut je..laki saya pon MCM tu..malam sebelum tido hisap rokok kat luar,pastu masuk rumah memang berbau la 1 rumah Plus tido pulak sebelah anak..kita ni jadi rengsek la.kita susah2 jaga depa senang2 bagi sakit..bila tegur pandai kona..

Đọc thêm

Susah buat u… tapi apa yang u buat tu betul… Cuba cakap baik baik sama mertua, bagi dia faham faham kenapa you strict Dan Akibat perbuatan dia ni.. dah kena 2 Kali , takkan nak bagi lagi…. Cuba cakap baik baik. Suami u pun kenalah tolong Dan bertegas

Jgn kesah kn org2 tu yg tk reti fhm utamakn anak , cerita kita hmpir sma , tpi sy lebih pntingkan kesihatan anak sy . Sy tk kesah mentua dn kerabat dia . Drg nk benci ke apa ke . Apa yg tk btul mmg sy tegur ....