Takde apa. Saja nak meluah.

- Saya kat tempat kerja ni ada 3 orang sedang mengandung. Sorang bakal bersalin disember, saya januari, sorang lagi baru 3 bulan. Hari-hari saya dibandingkan dengan yang baru 3 bulan ni. Dia alahan teruk sampai kena masuk wad. Orang lain duk bercerita la pasal keterukan alahan dia, sekali nama saya kena petik. "Awak untungla. Tak teruk pun kan.. boleh datang kerja lagi." Saya pun balas "saya punya teruk la jugak." Lepas tu dibalasnya "yela tapi takde la teruk sangat kan" Jujur cakap saya terasa hati. Saya hadap alahan tu sorang je dengan husband dan mentua saya. And padan lah dengan kesakitan saya semasa saya keguguran, kena ulang alik klinik BERSEORANGAN sebab saya PJJ dengan husband. Lebih sebulan saya tumpah darah yang banyak, dan saya masih masuk kerja. Tu pun orang cakap saya "tak teruk sangat". Saya emosi betul kena banding macam tu. Lembik-lembik saya masa tu orang boleh perlekeh macam tu je. Sebelum ni kena banding siapa paling cepat lekat, dah lekat kena banding siapa alahan paling teruk pulak. - Tak cukup lagi dibandingkan, saya nak makan-makan dengan tenang mesti ada mulut berbunyi "jangan makan banyak sangat. Nampak berisi dah tu" ya Allah.... serabutnya 🥹 saya berhak makan untuk anak saya kot kenapa nak bising bagai. Kenaikan berat badan saya masih dalam range normal kot. - yang lelaki. Saya kalau ada kudrat ni nak je sepak telur masing-masing. Saya jalan slow sikit mula lah mulut tu "orang pregnant kena jalan aktif-aktif sikit.. jogging-jogging ke" Saya nak jalan macam mana saya punya suka lah 🙄 - tak cukup dibandingkan, kena bodyshaming... saya kena dah ayat "eleh baru sekali mengandung dah penat." "Apa ni anak belum lahir dah penat" Saya taktau apa masalah kakak-kakak ni. Tahu la ada rezeki senang lekat senang mengandung, masa mengandung pun tak penat, senang beranak yada yada tapi takyah la komen macam-macam dekat orang. Bercakap macam tak pernah mengandung. Salah ke saya makin penat? Saya kena buat semua benda sorang sebab suami saya takde bersama saya. Cari makan, basuh kain, jemur kain, drive sana sini pergi hospital, wajar lah saya penat. Tapi siapa je faham benda ni?? Semua ada suami kat sebelah 😔 Jujur saya cakap emosi saya rapuh betul. Lagi-lagi bercampur dengan badan yang makin lama makin cepat penat sebab dah 3rd trimester. Selera makan pun makin lama makin drop. Saya sejak keguguran tu sampai mengandung lagi sekali pun asyik menangis je sebab emosi tak sembuh lagi. Ni dah nak beranak pun kena hadap benda yang menjentik emosi. Ikutkan jahat ni, saya taknak jemput semua sekali rakan sekerja saya untuk kenduri aqiqah. Lantak lah🤣 sebab masa saya mengandung kemain mulut masing-masing. Saya hari-hari doa supaya saya dapat pindah duduk dekat dengan suami. Saya tak tahan hadap semua ni sorang. Pregnancy is a lonely journey. Sekurang-kurangnya suami saya tak cakap benda-benda yang menyakitkan hati saya macam tu. Dia menjadi saksi segala kesakitan saya. Saya dilayan seperti princess dan dia sangat menjaga hati saya. Sorry luahan panjang. Rasa tak puas pulak lepas menangis kat bahu suami 😂 Sebab dia pun tak faham sangat.. yela dia tak mengandung kan haha

24 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

1. Jaga solat, disiplin dari segi masa sentiasa usaha on time. Bila perbetulkan solat insyaaallah hidup pun jadi mudah. Then baru buat next step. 2. Be positive. Motivate diri sendiri yang org2 toksik tu takkan ada bila awak susah,so ignore diorang buat apa yang awak rasa terbaik untuk diri sendiri tak kisah apa orang cakap. Jawab/fikir gini - Gemuk = sebab pregnant, and I'm happy for that. Kurang morning sickness = saya ni teruk macamana pun, hanya saya dan suami je tahu, alhamdulillah Allah mudahkan urusan nak p kerja and buat semua benda sendiri. Tk mcm sesetangah org nampak mcm manja je kan bila pregnant (sinis sikit) Jalan slow = laju2 nak kemana @ biar lambat asal selamat, karang jatuh sia2 je. Penat = penat ni kalau nk dtg, tk pregnant pun boleh penat bang, kak.takyah tunggu pregnant ke anak 10 ke. 3. Be strong. Sentiasa ingat diorg tak bayar gaji awak. Jangan sampai resign sebab diorg. Baik takde kawan dari takde keje. Kat tmpt keje, buat keje sendiri, buat hal sendiri. Kerja untuk suami dan anak tu. Ingat awak ada suami dan anak, takde kawan takpa. Makan sorg2 pun takde hal, jangan set dalam minda buat apa semua kena ada kawan, jangan malu berseorangan. Berdikari ok. 4. Last but not least, jangan pernah lupa pengalaman ada geng2 toksik kat tmpt keje ni, sebagai peringatan kat diri sendiri 1 hari bila kita kat atas, da jadi senior ke boss ke, atau da tukar tmpt keje, jangan sesekali buat kt orang lain apa yg awak pernah lalui. Jangan join geng2 mengumpat. 5. Ouh ada lagi, jangan share dah segala benda dengan sesiapa. Share sikit2 je jangan Lebih2. Lagi2 nanti pengalaman bersalin, kerenah bayi nanti, psl kewangan. Takyah share. Dengar je apa diorg share, tanya baru jawab tu pun sepatah2 je. Contoh, ouh sama la, tak la, ada jugak, kadang2 la,boleh la. Jawab mcm tu je. Takyah beriya cerita untuk dapat kan attention diorg sebab nanti makan diri (yang tahu je tahu maksud saya ni) Sekian.harap membantu.

Đọc thêm
12mo trước

Saya suka tips no.5 tu Bahaya betul kalau oversharing ni. Mengundang mulut puaka je lebih huhu

Sis, pekak an telinga je. Kalau dorang kata macam2, sis tenung 5 second sis senyum, then sis cakap lepas tu?, ye ke?, ye?. Then blah 🤣🤣🤣. Saya pon orang banyak kata perut saya kecik anak first ni, tapi baby dalam okay je semua ikut weeks, saya ignore je, yang aku tahu anak aku okay dalam perut, x tumpang perut kau 🤣🤣. Saya senyum saya gelak je, saya jalan. Saya tula2 kan je, iye2 kan je. Lagi ade peniaga tu saya beli buah, kebetulan menantu die pon mengandung anak first, perut besar, saya perut kecik je 8 bulan, then die macam x caya, lepas tu saya da siap bayar ape semua, die borak dengan anak die, anak die kata anak saya kecik kot. Laahhhhh!!! 🤣🤣, sampai da gerak bayar pon still nak borak pasal saya lagi, kau nak aku sama dengan menantu kau ke?. Saya ngadu dengan husband saya mak cik tu cakap perut saya kecik, husband saya cakap “ce mintak die hulur2 sikit” 🤣🤣🤣. Malas saya nak layan orang2 mulut macam tu, yang penting anak saya sihat. So sis jangan risau, kita perut besar ke kecik ke, ada alahan ke x ke, kita senyum je, badan masing2. Bagus la kita x kene alahan teruk, masih boleh bekerja, nampak la kita ni kuat. Biar la kita ni jalan perlahan pon 3rd trimester asalkan kita masih mampu berjalan, bukan duduk je. Positive je sis. Sis kene positive untuk mental sis dan baby. So ignore je. Pasang shield dekat telinga untuk orang2 cengitu 🤣🤣. X bermanfaat pon.

Đọc thêm

Takpe sis sepatutnya sis balas je cakap sis bangga takde alahan teruk macam orang lain maknanya body sis kuat takdelah lembek macam diorang tu kang alahan teruk asyik nak cuti je pulak macam terpaling dia sorang je pregnant sampai kena compare alahan 😂 saya pun kurang alahan mesti orang cakap 'untunglah takde alahan takyah rasa sakit macam kitorang rasa ni' saya aah kan aje 😂orang sakitkan hati kite haa balas je balik lagi tengah pregnant ni emosi jangan dibuat main.. Biasalah sis bila belum pregnant orang duk bertanya, bila dah pregnant orang asyik nak banding2 kan je.. bila perut kecik cakap 'alahai kecik je perut'... bila mengadu penat je cakap 'alahai perut belum besar dah macam penat sangat'... senang cerita ada je mulut manusia nak berkata macam2... kite ni takkan boleh tutup mulut orang nak komen pasal kite.. sis jangan fikir apa yang orang cakap, sis fikir yang positif je, doa yang baik2, janji sis dan anak sentiasa sihat..

Đọc thêm
Thành viên VIP

Iyeee… selalu yg kecoh2 ni yg kepochi umur da 40+ .. badan saya naik 10kg. Wahhh. Dia punya bahan saya gemuk tu. Saya jenis balas balik. Saya cakap “ah akak tunggu la saya pantang nanti. Saya kurus la balik”. Eh member tak puas hati “takdenye.. kamu tu takkan kurus. Badan kamu akan gemok macam gitu”.. skang berat da 70kg and tgh pregnant 7 bulan. Before pregnant 60kg. Lantak lah. Engko tgk la lepas 3 bulan aku kurus balik.. Yg pakcik2 laki kat sini lak pertikai “eh jgn duduk macam tu tunjuk2 perut”. Aku lahhhh. Mmg saya sound balik “ehh. Skang ni saya duduk kat tempat saya. Takde siapa pun nampak saya duduk macam ni. Saya tak duduk macam ni kat public taw. Pakcik tak ngandung. Tak tahu sakit pinggang duduk tegak. Saya kena sandar sikit. Pinggang sakit tahu tak”. Terus dia blah.

Đọc thêm
12mo trước

Yang mengata saya semua umur 40an 50an Mujurla mak mentua takde perangai macam tu 😌🤭 Saya akui memang bulat sikit sebab dah naik almost 8kg haha tapi ok je doktor kata normal lagi 😅😅 lagipun selera saya normal je takde perubahan pun huhu cuma sejak masuk 31 minggu ni mulut dan tekak meloya semacam je huhu

kita kalo dengar cakap orang memang takkan abes sis. kita org pompan ni mmg mcm da lumrah da akan dipersoal tiap perkara. tu x kena ni xkena sampai la mati. jadi if saya kat tempat sis just balas je kalo xpuas ati dgn pe dorang persoalkan tu tp still keadaan senyum n macam gurau. tapi ayat tu bagi je pedas. kadang orang macam dorang ni kena balas setempek2 baru de akai. if sis malas jwb paling simple rezeki tuhan xde alahan terok, takpe bersalin nanti diet la, bab penat tu tiap org prgnt bukan sama ragam dia, kalo xpenat tu rezeki kalo penat nak wat camne. nape nak pertikai. bukan dy yg ngndung anak awak. awak je yg tau. paling2 koman awak cakap tuhan bagi mulut bukan tuk persoal org tu ni. kdg sebab mulut bdn binasa. org prgnt ni emosi x stabil. cepat terasa hati. kata je gitu

Đọc thêm
12mo trước

sis Nurul hahah bawang skrg Mahal sbb Tu dia blagak... hahahaha 😂😂

Geram mak baca luahan ni 🫠🫠 Saya kerja cikgu and cikgu-cikgu yang berusia ni boleh tahan ye mulut masing-masing Ego terpaling tinggi and rasa dorang je betul haha meluat nak berkawan ngan dorang ni Lantak la orang cakap saya sombong ke apa hahah Saya haritu sama macam awak terkena ayat "gemuk dah sejak ngandung ni" Masa tu berat baru naik 3kg hahahahaha bising macam naik 10kg Rasa nak bagi penerajang 😂 dia sendiri pun gemuk gedempol ada hati nak komen badan orang 😂😂 Marilah kita bertabah bersama ye anon Tahan sikit lagi.. lepas naik cuti kita buktikan kita masih lawa and lagi lawa daripada acik bawang rangers hahahaha

Đọc thêm
12mo trước

Ya Allah tepat sisss Cikgu perempuan especially yang berusia ni lah.. mulut mashaAllah 😂😂😂😂 tak ingat kubur gamaknya mengata anak orang Berbalik kat anak sendiri baru tau 😂😂😂 sebab tu saya tak boleh nak berkawan dengan dorang ni haha berkawan dengan students and yang cikgu2 sebaya saya je haha Surprisingly cikgu lelaki sini pun ok je la, kat sini saya tak bergaul sangat tapi so far mereka lebih ambil berat daripada mengata macam-macam hahaha 😅😅

eee byk nye toksik tmpt kerja awk..sy masa mengandung org sllu bandingkan bab perut dorang ckp 7bln kecik nye perut stress juga alhmdullilah xde alahan sgt xjuga sllu mc ada la juga dlm sebulan 1-2kali sbb perut mengeras sllu kene kencing kotor ..dkt tmpt kerja saya smua concern ngan staff preggy baik2 semua layan dr segi makan haaa dorang lagi tnya mkn byk2 tuk makan 2org tu siap offer mcm2 lgi2 sy kerja dlm bidang perhotelan bhgian F&B lagi..cuma kkdg terasa hati sikit pasal perut je org sllu ckp perut kcik padahal bgi sy perut tu besar dah tu smpai xlarat nak brjalan padan ngan badan sy kecik molek ni ha ..

Đọc thêm

Kalo sy..sy bls je alahan teruk ke x ke xda kena mengena dgn awk...xpyh sibuk hal org...ni bukan pertandingan sape alahan teruk and xteruk....tapi kalo Ada pertandingan mulut puaka elok la bg dekat depa.. 😂😂sabor jela..sy memg paling menyampah sejenis makhluk sibuk hal org...Ada je xkena itu ini xkena..lain Kali sis muntah je depan diorg...sis ckp la nih Aku nak muntah ni nak tgk X tahap teruk ke x.. hahahaha 😂🤣 maafla tergeram sgt ni... hahahaha 😂

Đọc thêm
Influencer của TAP

kuat sis. doa banyak2 moga sis dapat pindah tempat kerja baru, dekat dengan support system sis dan jauh dari toxic culture mcm tu. jangan simpan dalam hati apa mulut jahat orang bercakap sampai makan diri, you know yourself best. maybe sekali sekala boleh sis cari orang lain untuk bersembang, balik kerja otp dengan kawan2 ke adik beradik ke, untuk ubah environment tu dan dapatkan semangat baru semula. kuat sis boleh PJJ dan hadap semua tu. moga Allah jaga 🌹

Đọc thêm

betul la tu circle dekat office you bnyk toxic people baik lelaki or perempuan. but kita takleh tutup mulut org or ubah attitude org. but kita boleh change mindset kita. dengar and ambil apa yg kita nak . yg tak perlu klu dah terdengar keluar kn balik telinga kiri. makin tinggi tahap ignorance kita makin tenang hidup. don't let others ruin ur pregnancy journey. susah senang we should be happy and enjoy je journey kita

Đọc thêm