permintaan suami

saya dah 5tahun berkawen.. sepanjang 5tahun, ni kali ketiga saya keguguran.. tahun ni memang saya nekad jumpa pakar, alhamdulillah berjaya mengandung.. tp apakan daya saya, 9minggu keguguran lg sekali.. suami suruh saya berehat, suruh cuba tahun depan pulak.. siap cakap, kalau kita dapat sorg anak pun xpe.. dia kesiankn saya, sbb dia tahu n dia ada mcm mana hari2 saya kena habiskn ubat yg berlambak untuk ikhtiar mengandung. dengan duit kami dah habis beribu ringgit, sbb buat treatment kt swasta.. tp saya sebagai isteri, sy tak boleh nak rehat nak usaha.. setiap kali bersama, saya sentiasa berdoa dlm hati, berharap berjaya hamil.. saya dah habis ikhtiar, lepas last jumpa pakar.. pakar pun mmg suruh saya berehat.. sbb sy tak boleh teruskn treatment lg dlm tempoh 6 bulan.. 6 bulan tu sgt lama bagi saya, yg masih berusaha nk beri zuriat pd suami.. umur pun dh makin meningkat.. ada apa2 lg ke ikhtiar lain yg boleh mommy suggest? atau setidaknya bagi saya kata-kata semangat

3 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Doa banyak2 sis. Sy pun keguguran tahun lepas. Dah nak masuk 3 tahun kahwin. Sy faham macam mana perasaan nak anak tu. Dalam tempoh 6 bulan ni sis boleh je usaha sambil berehat2. Maksudnya xperlu terlalu berharap, just jalani hidup macam biasa. Mana la tau kot2 ada rezeki xdijangka. Ramai je yg tiba2 pregnant bila dalam fasa berehat. Sebab time tu x stress dan kita betul2 berserah pada kuasa Allah. Sy doakan sis ye 🙂

Đọc thêm
Thành viên VIP

tabah k .. kawan sy pun 3tahun kawen 4 kali keguguran .. awk rehat kn bdn dulu .

I dont have any experience about this. Im not married yet but i think i only can give you kata semangat instead of solution. Anak tu rezeki Allah. Mungkin sis dah ikhtiar banyak cara bertahun tahun but still takde rezeki lagi. Sis percaya lah, rezeki anak untuk sis ada cuma the right time will come. You need to sacrifice a bit untuk Allah tengok effort kita as hamba. Jangan pernah putus doa sis. InshaAllah, Allah akan bagi rezeki anak untuk akak kelak. Amin.

Đọc thêm