Collection duit adik beradik
Sy saja lah nk meluah kat sini. Adik beradik belah suami ada buat collection rm100 sebulan. Katanya duit tu utk dorg adik beradik n fmly g melancong lah. Total adik beradik ada 4 org. So sebulan collection rm400, setahun rm4800. Tp skrg suami sy dh x byr la sbb dorg klu pergi mkn / melancong mn2 byk dorg pergi sesama dorg je. Kalau suami sy x byr pun dorg ade rm3600 setahun, kenapa la nak hamak sgt duit laki sy. Kalau dorg nak melancong / mkn mana2 tak ajak kami pun kami x kesah sbb sy payah cuti, laki sy pulak tak cukup cuti. Lagipun xde 1 group whatsapp khas utk tahu duit tu byk mana n dah dibelanjakan ke mana, x telus lah kan. Nak dijadikan cerita, hari tu masa brsembang ngn mertua, mertua sy ni jenis byk ckp, dr awal smpai akhir dia je brckp. Sampailah dia trlepas ckp yg anak2 dia collect rm100 sebulan utk duit beli brg dapur. Lepas tu dia cerita topik lain pulak. Sy dlm hati mcm, ape, duit brg dapur, what the fish. Since laki sy dh x byr duit collection tu, rasanya dorg anak beranak adalah tu bercerita sesama diorang yg laki sy ni dh x byr duit collection tu. Td masa celebrate bday adik suami sy, mak mertua ada lah berbunyi kat laki sy ni, "ko x bayar ke rm100 tu?" Suami sy jwb x. Sy pun diam je masa tu. Patutnya sy menyampuk, mcm mana dia nk byr collection rm100 tu sedangkan nafkah utk bini n anak2 pun dia x cukup. Tadi beli susu anak pun pakai duit sy. Tp tulah, sy bz uruskan anak sy, x sempat nak menyampuk. Actually sy mmg xnk belikan susu anak pakai duit sy sbb itu tanggungjawab dia. Sy dh ckp kat dia, swipe lah kad kredit, dh terpaksa, pinjam duit member ke. Dia ckp kad kredit dia dh rm1200, tak terbayar dia kalau dia swipe lg. Sy ckp mintaklah duit kat mak dia, apsal nak pakai duit sy pulak (sbb awal bulan hari tu kitorang ada gaduh n sy ckp sy xkn bagi duit dah kat dia, pandai2 lah dia cari duit, dia kata ok. Eh. Tup2 hujung bulan suruh beli susu anak pulak. Klu nak mkn kat luar sy byr. Gampang betul). Tp dia tetap suruh sy belikan jugak susu anak. Oklah. Mls nk gaduh, sy belikan susu anak, tp sy ckp tu 1st n last sy belikan susu anak (bukan sy nak berkira sgt ye, kalau ikut hukum, suami kena bg upah kat isteri yg menyusukan anak, so kalau bab bg anak susu, mmg bapak lah yg perlu sediakan. Bukan mak). Bayangkan ye.. selama 4 tahun kawin, tiap2 bulan sy support suami sy financially. Yes. Every. Single. Fkin. Month. Sampai bulan ni sy betul2 fed up sbb dari awal tahun duit sy negatif ~2k sebulan. Rumah sy byr rm1400. Pengasuh anak sy byr rm1000. Suami sy byr duit myk, bil api air, pampers, susu ank , n makan dia. Nafkah sy? Hujung bulan pergi balik kat dia utk tanggung makan n duit minyak dia. Sy ni jarang sekali lah suami sy tanggung mkn sy. Makan pun sehari sekali. Mlm sy x mkn sbb mmg sy x selera nk mkn. Dulu sy ni mmg jenis mkn mlm, tp sejak suami sy ckp duit dia habis psl sy order sekali, sy sentap, terus sy x mkn mlm dh. Skrg kalau sy pau suami pun sy mintak belikan teh ais je. Bila gaji suami dh habis nak dekat hujung bulan sy bg dia duit sy utk dia beli mkn. Dia kata dia x mintak pun sy bg. Tp dia duk mengeluh duit tggal rm100 la, rm20 terakhir la. Bayangkan lah seorg ayah mengeluh mcm tu depan anak2, cuma skrg ni anak sy masih x faham apa sbb baru 3 tahun, sy rasa sgt x patut ye. Arwah ayah sy dulu lg susah, anak 6 org, bini suri rumah x bekerja, sy x pernah dgr dia mengeluh dia xde duit depan anak2. Anyway, sy saje je nak meluah. Bg sy, selagi suami sy x mampu tanggung nafkah utk bini n anak2 dia, takkan lah dia nak contribute jgk rm100 collection adik beradik tu. Yg mak mertua sy pun jgn la samakan kewangan laki sy dgn laki dia. Dgr2 laki dia ambik rasuah. Mmg lah mampu belikan kat dia n anak2 emas byk2. Dia bukan main bangga dgn collection emas dia, ntah byr zakat ntah x tu. Anak2 dia dulu pun semuanya mak dia yg jaga, xyah hntr pengasuh pun. Brp ratus je lah dia byr kat mak dia utk 4 org anak. Zmn skrg pengasuh ambik sorg budak rm500. Kami ni byr pengasuh saje rm1000. Udah le kami ni kerja bukannya gaji puluh ribu sebulan. Takde org pun nak merasuah kami. Kalau ikutkan sy ni mls dah nak gaduh pasal duit dgn laki sy. Sy ikhlaskan. Cuma laki sy ni tak boleh terima nasihat. Bila brckp, kasar. Waktu nak mintak tolong atau nak buat "aktiviti kokurikulum" je baru nak ckp baik2. Kalau marah, lagilah kasar, mcm sy ni pembawak sial dibuatnya. Tp sy pun boleh tahan kasar jugak dgn suami, sy ckp kat dia "Agaknya mak kau lahirkan 4 org anak perempuan (3 adik beradik dia yg lain prmpuan, suami sy sorg je anak lelaki). Aku ni dah mcm suami kau pulak nak kena tanggung kau. Org mcm kau ni patutnya aku tak payah tolong dr awal." Balik drpd mkn2 td tu, sy ckp lah kat laki sy.. kalau awk mampu bg nafkah kat anak bini awk fully, awk nak contribute rm200 sebulan pun takde mslh. Bg sy, biarlah diorg nak pandang serong kat suami sy tu. Kami pun nak bersama x lama. Nanti anak ke-2 kami masuk umur 7 tahun, kami bercadang utk bercerai. Skrg ni kami masing2 masih bersama atas dasar kesiankan anak2 je sbb anak2 kecik lg. Smlm seluar laki sy koyak kat celah kangkang. Dia mintak sy jahitkan sbb takde duit nak beli seluar baru katanya. Dia kata duit dia bukannya mcm sy. Sy ada ckp kat dia, walaupun gaji isteri lebih besar drpd suami, suami tetap kena bg nafkah kat isteri n anak2, duit isteri sesen pun suami xde hak utk pakai, ngko ni x dgr ceramah ke. Walaupun begitu, sy ni masihlah ade niat nak belanje dia seluar jeans baru yg elok sikit alang2 skrg tgh payday sale kan. Sebelum ni spender dia pun sy belikan. Dalam pada benci tu, sy ni masih jugak la ada rasa kesian. Ntahlah. X phm lah ek. Mcm yg sy katakan dr awal. Apa yg sy tulis ni sekadar nak meluah je. Sbb kalau sy meluah kat tempat lain, nanti laki sy kata sy bukak aib dia pulak kan. So sy luah kat sini lah. Bukan nak minta simpati atau melukakan hati sesiapa. Cumalah luahan hati seorg isteri yg menanggung suami, tapi masih maruah sy dipijak-pijak seperti alas kaki. Terima kasih kalau baca sampai habis. Bolehlah nak komen apa2. Sy terima je org nak kata apa.