tambahkan susu badan
Sape kat sini yg pernah makan pil yg tambahkan susu badan . Contoh macam brand mamom ke milkup candy ke atau sebaliknya . Berkesan ke ?
Sis boleh jaga jadual pam bila berjauhan dgn baby (setiap 2 atau 3 jam pam) . Sbb konsep susu sentiasa ada adalah demand and supply .Tiap kali nk pam atau slps pam, minum air masak atau minum horlicks/milo. Jaga jadual makan... Positif dan enjoy the journey, sbb hormon prolaktin dan oxytocins membantu hasilkan susu yg mencukupi utk baby. Saya pn struggle disiplin pam 20 oz setiap hari utk pengasuh. Bila balik rumah, sy fokus direct bf sbb hanya baby dpt kosongkan breast dgn baik :).
Đọc thêmMasa anak kedua, saya cuba macam-macam cara untuk tambah susu badan, tak menjadi. Last-last, saya cuba resepi yang guna dried red dates, dried longan, rebus sampai kembang. Alhamdulillah, menjadi. Sebelum tu saya try Shaklee, biskut apa benda ntah, minuman koko yang kotak pink tu, semua tak sesuai.
Utk kebaikan xpyh consume pil pelik2. Bahan xtau apa dlm tu, tambahan byk kes founder tumbuh bak cendawan(kalau banyak membaca kes dari perubatan) .. Yg elok amalkan kurma, buah tin, badam dan mknn sunnah lain..makan makanan sihat baby pn sihat
Salam. Boleh refer iinstagram dr.nurhayalactation center atau ejaconfinementlady.. diorang ada ajar cara power pumping dan sebagainya utk ilmu breastfeeding. Kalau yg lain2 tahu lagi kat fb or mana2 ig boleh share juga di sini ya..tq..
Saya follow both of them dan sy peserta bersalin dan menyusu tenang mereka juga alhamdulillah 😃
Sy pernah ambil jugak tak berkesan pada sy. Minum air yg mencukupi sis satu lg minum susu dgn kurma.nak rasa lebih sedap blend sekali kurma +susu + badam yg dah disangai.fuhh sedap lemak berkrim.. meriah susu badan sis.inshaAllah
Owh okay baik sis . Sy cuba
Mostly semua marketing nak jual produk for one time thing. Stick to natural resources ya. Mostly dengar genuine feedback semua takda kesan. Better eat natural food ya.
Buat sup lobak putih sis.. meriah susu.. lg ok dri supplement2 .. then percaya dgn Tuhan yg kita boleh ada air susu utk susukan anak amanah kita..
sy amalkan mkn buah kurma,minum air tamar coco dan minum air masak byk2..alhamdulillah rezeki susu untuk ank sy byk..
Sup lobak putih rasanya... lg better guna teknik camtu. N elakkan stress sis.. moga susu makin byk
kurma..horlick..air masak .lobak putih..byk lagi sis blh google..
Got a bun in the oven