Ubat/Supplement untuk stabilkan hormon
Salam semua. Saya stop depo dah 6 bulan. Bulan lepas saya period. Tapi period saya pendek daripada kebiasaan 7-8 hari. Dalam 5 hari dia dah stop. Saya mandi wajib la then solat macam biasa. Tapi 2 minggu kemudian keluar darah lagi. Period 6 hari, semalam saya mandi wajib, solat maghrib isyak macam biasa. Keesokan hari nak solat subuh tengok saya bleeding balik. Hormon saya macam bercelaru la saya rasa. Saya bagitahu husband saya mohon maaf tak dapat layan dia sebab saya berdarah. Husband kata jangan risau, kan dah lama tak period, hormon tengah nak stabilkan diri. Saya bukan apa takut ni bukan darah period je. Ada ke ubat atau supplement yang boleh bantu saya ye? Sekian terima kasih semua huhu.