Brown spotting/flow

Salam semua, saya nak tanya, saya first time pregnancy, saya pregnant 5weeks, bila scan ada je kantung, ada spotting warna coklat mula2 tapi lama lama darah coklat tu asyik keluar je tak berhenti. Dah 4 hari straight. Normal ke atau ni tanda2 keguguran? #pleasehelp #bantusharing #1stimemom

Brown spotting/flow
22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hai semua, saya empunya tuan post ni. Saya dah ke klinik dan refer dr. Alhamdulillah kantung masih ada dan membesar dengan elok dari sebelum ni. Bila scan sebelum ni size kantung 0.6cm sahaja sekarang dah 1.8cm. Tapi dr sarankan saya untuk bedrest 5 hari straight. Memang dr kata minum makan solat atas katil, sebab dia risau threatened miscarriage. Jadi dia bagi ubat kuatkan rahim (duphaston) consume 3 kali sehari & keep on folic acid. And tengok balik puan-puan punya nasihat untuk betul2 rehat lepas jumpa dr, saya akan ikut juga. Pertama kali pregnancy memang seram dan risau dgn semua benda, saya bersyukur ibu ibu puan puan yang balas post saya ni membantu sangat dengan nasihat2 ni. Sebak sangat and berterima kasih sangat. Saya doakan semua ibu ibu selamat dan anak anak dalam kandungan semua selamat dan sihat, semoga Tuhan merahmati kita semua dan beri rezeki kandungan yg sihat. Doakan saya ye semua. Sekali lagi, terima kasih sangat sangat 🥰🥰🥰

Đọc thêm

Adoi, Mana yg baik kita ikutkan je. And kan, next time maybe boleh tanya doktor suruh tgk laluan cervix jgk ke, whether it need to be concern or not. Sbb Sy pun 2,3 kali jgk spotting hari lain2(Tp xbyk mcm ni), first check up dekat klinik ibu anak swasta doktor cakap kandungan okay je, next klinik biasa dia just bg ubat kuat rahim. Tapi xsenang duduk jgk Sy refer ke pakar kt hospital, mcm bleeding from cervix. So mcm concern dekat cervix. Doc pun further treatment ke arah tu. Sbb nya, sy baca byk kalau kes pasal cervix, usually you wouldn’t know until dah terlambat (keguguran) masa second trimester. Just in case, boleh lah tmbah knowledge nak tanya doctor apa time checkup scan; cervix dilated ke shortening ke mcm tu. Xsalah pun raise concern kat doktor. Your pregnancy matter. Yup, usually kita dah masuk second trimester dh lega, sbb org cakap kandungan pun dh kuat. But no, still kena jaga2, bleeding ke apa, Kalau mampu refer la ke pakar terus.

Đọc thêm
3y trước

Ooo Tapi ni in case second trimester ada spotting.

Sy preggy anak 1st. 1st trimester, mmg rajin ada spot. So, ulang alik klinik. 2 mggu sekali. Scan dan ambil ubat kuat rahim. Masuk 2nd trimester, ada sekali tu darah agk lbh bkn mcm spot before. Terus ke klinik, scan. Tgk baby, uri semua okay. But still refer ke hospital. Dan doc pun cek, siap masuk mulut itik. Alhamdulillah, semua okay. Baby sihat. Now dah 3rd trimester, tggu masa. Berdasarkn pglmn, if ada discharge dr vagina, baiklah terus ke hospital. Jgn duk lewa atau ambil ringan, xpe ke.. Xpe ke... Sikit je... Sikit je.... Kena jd lbh alert dan sensitif. Dptkn nasihat dr doktor dr nasihat org biasa. Sbb org biasa bg nsht based on pglmn yg pelbagai. Tp doktor, bg nasihat based on keadaan kesihatan kita. Sy xpernah refer apa2 mslh berkaitan pregnancy dgn sesiapa melainkan doktor sy shj. Sikit punya hal pun, suami sy bwk g klinik, rujuk, bincang dan dptkn nasihat.

Đọc thêm
3y trước

Betul puan. Msa preggy ni mmg kena lbh sensitive trhdp perubahan diri. Alert. Sikit2 pun, terus je rujuk doktor. Kdg2 hat mende kecik tu signal kpd mende bsr yg otw.

Thành viên VIP

Pada saya better ke klinik atau hospital yg ada pakar gynae. Keadaan saya sama mcm ni sebelum gugur. Awalnya xrasa sakit cuma spotting mcm penghujung period, tp makin lama makin byk. Lepas cek up sye xrehat betul mcm saranan doktor, terus keje. Sepatutnya saya bed rest. First baby mmg risau, dua kali sye masuk emergency sebelum janin turun. Pregnancy kali ni saya lebih berhati2, ada benda xkena jek terus inform ke nurse kk utk tanya atau doktor dekat hospital. Lebih rela keluar duit byk dari sakit gugur and kehilangan baby

Đọc thêm

Supposedly pregnant dah tak keluar darah/spotting. Utk cakap spotting, mcm byk sgt je tu. Dah byk kali tukar pad ke? So if this happens bg Sy dah xnormal better see through dgn doc. Sbb Kalau ikut pengalaman Sy, anytime ada kluar darah/spotting Mesti ada yg tak kena. Better to let the doc check and advise what to do next.

Đọc thêm

sy preggy anak ke 2. 2 minggu lepas ada bleeding fresh blood byk penuh 1 baju trus pg emergency. syukur slps di periksa scan dn cek bwh kandungan ok. next 1 minggu lepas tu bleeding lagi kali ni warna drh warna coklat mcm dlm gmbr sis ni dh 6 hari smpai hari ni.sy fikir positif sja kandungan ok..

saya cuma boleh kata, takde kandungan yang bleeding tu normal. semua something wrong somewhere. sy bleeding dulu 4weeks. berlarutan dan 5weeks 2days complete miscarriage. bukan nak downkan sis. tapi kalau bleeding je kandungan ada masalah sis. hospital terusssss.

Boleh jadi normal dan boleh jadi xnormal.. Sbb sy first mngandung kluar tompok2 coklat dan drah gugur.. Second mngandung kluar skali drah dkat 2 minggu tpi kandungan selamat.. Kena pegi hospital ya sis

better pergi hops..in case tanda keguguran dr bole rawat dgn segera...saya dlu anak first mmg gi klinik je sbb risau..padahal anak ok je..tapi better sis gi cek dlu lah..mudaham smua ok tu..

Tak normal. Doc pernah bgtau saya: Samada proses penempelan atau ancaman keguguran. untul kes puan, Sila ke hospital segera sbb darah yg keluar moga semua baik belaka tanpa mudarat.

Đọc thêm