emosi unstable.
salam semua. minta nasihat dari ibu2. sy hamil anak pertama. bunting pelamin. alhamdulillah sepanjang 3bulan hamil tiada alahan. cuma satu je, saya terlalu cemburu apabila suami bermesra dgn adik beradik & ank saudaranya. sy tinggal bersama keluarga mertua. setiap kali balik kerja, mereka akan sambut suami sy, belum sempat sy berbuat sedemikian. Kdg2 hampir setiap malam mereka akan lepak didalam bilik kami. no privacy at all. Baru nk bermesra, pintu diketuk. dulu sy okay lagi. sekarang ni, dah xmampu dan setiap malam akan menangis. apakah ni hanya emosi seorang ibu hamil atau sy perlu slow talk berbincang dgn suami? sy buntu.
Sejenis saya paling pantang orang masuk bilik tidur saya dan suami hanya untuk suka suka sebab bilik tidur suami isteri satu privacy yang tak patut sesiapa masuk kecuali dengan izin atau ada benda penting je . Abah saya selalu pesan tak baik masuk bilik orang yang dah kahwin sebab dalam tu lah segala privacy kita . Masa sebulan kahwin , adik ipar suka masuk lepak baring baring atas katil kami tanpa pengetahuan . Kami balik kampung , dia berkampung dalam bilik kami . Saya alert dengan persekitaran saya means sebelum saya tinggalkan bilik saya tahu macam mana saya letak barang barang , kemas katil then bila benda tu berubah tempat saya tahu ada orang masuk . Saya tegur suami suruh pesan kat adik adik dia , rupanya famili suami ni memang biasa macam tu . Adik adik dia memang suka masuk bilik parents dia lepak lepak huhuhu . Sejak dari tu semua tak berani masuk bilik saya sebab abang dia tegur . Skrg kami dah pindah keluar dari rumah mertua . Sis kena tegas , bagitahu suami nasihatkan adik adik dia . Jangan ajar suka suka masuk dalam bilik orang dah kahwin 🙅big NO !
Đọc thêmSeeloknya bincang dengan suami sis baik². Yaa, mungkin emosi sbb tengah berbadan dua tu satu hal. Tapi cuba fikir ke depan. Nanti bila dah ada anak. Mesti akan ada masalah lain. Contoh, akan ramai yang campur tangan dalam urusan jaga anak. Lain orang ,lain pendapat. Bincang elok² dengan suami. Sewa rumah sendiri. Itu lebih baik, untuk elakkan dari masalah² lain datang. Macam saya dan suami pon bukan lah orang senang. Lepas kahwin, kami menumpang dirumah kakak. Tak lama tu timbul masalah. Selisih faham. Jadi kami bincang dan decide untuk hidup berdua dan hanya mampu sewa bilik. Susah senang hanya kami berdua sahaja. Alhamdulillah, sekarang dah mampu sewa rumah sendiri. Dan Allah bagi lagi pada kami rezeki anak. Setelah 5tahun 6bulan kami menanti. Apa pun, jangan stress. Kandungan kena jaga. Saya doakan moga segala urusan sis dipermudahkan. Inshaallah, aamiin..
Đọc thêmKesian jugak dekat you. Kalau tak mengandung pon i rasa masa bersama suami tu penting. Masa ni la kita nak borak dengan dia apa. Maybe you boleh slow talk dengan suami you. Jangan pendam. Awal2 ni kalau tak suka kata tak suka. Biar pasangan kita tahu apa yang kita ok dan tak. Kalau biarkan, lama nanti baru nak meletop nnti pasangan kita akan keliru dulu ok je. Kenapa sekarang lain. Biar pasangan kenal kita.
Đọc thêmBncng dgn suami elok2..mtk duduk luar n asng umh dgn fmly. Kena belajar dr awal untk prvacy..lg2 awk berbdn 2..hormon pmbwkan bby nie xsama dgn xprgnant...dalam masa yg sama awak kawal jga emosi...jgn iktkan sgat..awk bt je hal awk..jgn pk sgat.bt sakt hati n kepala je pk..pastu awk bt2 bz..bzkr n bc bku2 prgnant.nti awk xingat la..
Đọc thêmYes u should discuss this with your husband. Pelik jugak nak ketuk2 pintu malam2 utk lepak dalam bilik.. takkan x faham privacy orang dah berkahwin kut. I tinggal with my mil start from lepas kahwin, preggy smpai bsalin tp lepas tu pindah rumah tp alhamdulillah mil dan adik beradik suami semua faham dan sangat ok.
Đọc thêmI dh 6 tahun duduk dgn mil, beza nya suami anak tunggal. Mmg lg mencabar sbb everything i share dgn mil. But the key is u kena byk communicate dgn hubs. Jgn pendam. Kita tgh mengandung mmg mcm mcm emosi. Dgr nasihat i ok? Kena discuss dgn hubs u. Kalau pendam, kita yg sakit. Trust me dear ☺️💜
Alhamdullillah doa juga is the key. Doa yg kita sama sama saling bantu dan memahami. Insyallah allah akan tlg
Sis kena bincang dulu dgn suami. Baru suami tahu apa kehendak isteri dia. Saya pun mcm tue jugak, ank buah dia mmg akan masuk bilik kita org. Sampai saya slow talk dgn suami, ckp nie bilik kita. Privacy tak blh nak bia sesuka hati bg je org lain masuk. Alhamdulillah, dia terima.
Ini kena bincang dengan suami. Family harus faham bahawa apabila kahwin terdapat satu boundary di antara puan dan suami puan, ia itu privasi. Biar pun sensitif, jangan takut dan ragu² untuk berbincang dengan suami puan. Bincang baik² dengan suami puan.
Hrmmm bgi aku tu dah melampau x kan lah smpai nak lepak d bilik kot kta sebagai perempuan nieh perlu kan privaci lah drang kena lah faham mcam dah x ada ruang tamu nk lepak.... Sis bawa bincang ngan suami ckap elok2x saja spaya suami fham 😊
Hmm...for me xda masalh juga, klu mau privacy sgt better duk rmh sndri. Sy pun stay dgn kluarga laki, kdg anak buah dtg msuk blik bgi sy, sy suka tp kna tgk masalh..Klu dkt tgh mlm mmg lain pula Kan..Tp depends on orglah kdg x sma.
Mommy of 2 - Suri hati hafiy