Sesi Tanya Pakar Bersama Puan Syaimaa Razak, Senior Audiologist, Audiolab
Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Tahukah anda masalah perkembangan pendengaran pada kanak-kanak boleh dikenal pasti sejak kecil lagi? Ibu Ayah pernah terfikir tak jika anak anda ada masalah pendengaran? Tahukah anda cara untuk mengenal pasti jika mereka mempunyai masalah pendengaran atau tidak? Bolehkah anda kenal pasti simptom-simpton untuk ini? Perkara apa yang anda perlu teliti? Adakah setiap usia tahap perkembangan pendengaran berbeza? Masalah ini boleh diselesaikan dengan alat pendengaran telinga atau tidak? Adakah cara korek telinga pun memainkan peranan? Jika anda mempunyai semua persoalan atau berada di dalam situasi tersebut, anda wajib ikuti Sesi Tanya Pakar kami pada kali ini. Tanya soalan anda tentang Perkembangan Pendengaran Anak Anda bersama Puan Syaimaa Razak, Senior Audiologist di Audiolab pada 5 Januari 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.