Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Nor Idayu dari Pantai Hospital Ayer Keroh

Salam Sejahtera Semua Pengguna TAP! Ramai wanita yang merancang untuk mengandung akan mula mengamalkan asid folik. Tahukah anda apa itu asid folik dan cara untuk memakannya? Cara makan folic acid ni kena betul supaya lebih berkesan. Ada juga yang ambil acid folic untuk cepat hamil. Adakah anda tahu tentang ini semua? Jika anda mempunyai soalan-soalan seperti di atas, anda wajib ikuti sesi tanya pakar ini. Jom tanya soalan anda mengenai asid folik dan kepentingannya bersama Dr. Nor Idayu MD (USM), MOG (UKM dari Pantai Hospital Ayer Keroh pada 8 Jun 2023, hari Khamis. *NOTA: Sebarang persoalan di luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Sesi Tanya Pakar Bersama Dr. Nor Idayu dari Pantai Hospital Ayer Keroh
8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Salam doktor.. Sy hamil 7 minggu kini, semasa kandungan 5 minggu saya telah mula mengambil acid folik duapholic bersama duphaston (bekalan selama 10 hari). Selepas scan baby 7 minggu multivitamin apa yg perlu saya perlu ambil untuk keperluan bayi. Saya masih belum pergi buat buku pink lagi

Influencer của TAP

Salam Dr Idayu, Apa perbezaan jenis² acid folic cth maltofer, zincofer dll? Mengapa ada ibu yang perlu mengambil pil tambahan selain acid folic cth vitamin tambahan? Terima kasih.

Đọc thêm
2y trước

Maltofer , zincofer, iberet adalah vitamin antenatal yg mempunyai zat besi dan folic acid. Perbezaan yg ketara adalah dari jumlah zat besi( elemental iron) dan jumlah asid folik dlm satu tablet.

Salam Dr. Nor Idayu, Selepas bersalin, jika kita alami haid yg tempoh panjang drpd kebiasaan, sesuai tak utk ambil asid folic?

2y trước

Baik, faham. Terima kasih Dr.

Hi Dr, ade apa-apa tips untuk memakan folic acid? Makan pagi ke petang ke malam ke? Dan lepas makan ke atau sebelum makan?

2y trước

Tiada masa specific utk pengambilan asid folic, sebaik baikmya pada waktu yg sama setiap hari .Namun jika mengambil bersama iron tablet, elakkan ambil dgn minuman bersusu/ caffeine

Hi Doctor, is there any specific brand of folic acid that is better? Or any generic folic acid from the pharmacy will do?

2y trước

Hi..any brand will do. just make sure the content,at least 400mcg per tablet

Hi doctor, is it correct for me to start taking at least 400mg of folic acid 3 months before I plan to get pregnant?

hi doctor idayu, adakah asid folik akan mengganggu period cycle? kalau sebelum mengandung dah boleh makan ke?

2y trước

Hi ..asid folik adalah sejenis vitamin bukan hormon, tidak akan menganggu kitaran haid. Sebaik baik nya perlu diambil 3 bulan sebelum hamil

salam doctor, betul ke acid folik boleh merawat rambut gugur selepas bersalin?

2y trước

Tidak Ada study mengenai folik acid dapat merawat keguguran rambut selepas bersalin . Ketidakseimbangan hormon, kekurangan hormon estrogen akan menyebabkan ramai ibu ibu mengalami masalah ini semasa dlm pantang dan menyusu bayi.. Dan kebanyakannya akan sembuh dgn sendiri 😀