Pregnant ke x ya?

Salam, saya dah sakit perut seminggu, dr cakap gastrik sebab pedih2 je area perut… xde cirit birit… duk sendawa n kentut je … today check, dapat mcm gambar dibawah… tanda2 preg xde langsung… ke ni tanda hamil kosong? Any opinion?

Pregnant ke x ya?
30 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

boleh baca penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g sendiri😊 A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Đọc thêm

InshaAllah positif tu. Delay period berapa hari dah? Baru lagi mmg mcm ni antara tanda dia. saya pun ada rasa mcm perut semacam, mcm angin, cucuk2. mmg tak selesa sngt. nak berak tapi tak boleh. time tu saya tak delay period pun lagi. So mmg taktaw. Saya siap sapu minyak panas, bertungku bagai😂 Esok pagi nya baru saya terfikir nak check, sebab ada tanda lain juga. Contoh saya rasa letih, mengantuk, keputihan jadi banyak dari biasa. Check guna upt strip line kabur sangat sangat antara nampak tak nampak. malam hari yg sama saya try check lagi. line masih kabur tapi dah terang sikit dari yg saya check pagi. mmg tak sangka. Kira nya time tu saya baru 3minggu+++ kiraan dari first day last period. saya tunggu 6weeks 2hari pergi scan confirmation sebab saya dah start alahan. Alhamdulillah dah nampak heartbeat pun🥹. saya start alahan masa 5weeks++. Ikutkan ramai suggest pergi scan confirmation masa 7-8weeks. sbb tu confirm boleh nampak dah. kalau awal sangat takut tak nampak lagi. tapi saya try ja sbb period saya regular. now dah 5bulan nak masuk 6 dah. Alahan dah kurang banyak, dah lalu makan. boleh masak dah. kalau tidak masuk dapur pun tak boleh. nak muntah ngn bau dapur😂 tapi still ada alahan bau sikit sikit. contoh takleh bau bawang sampai skrg masih tak ok😂😂

Đọc thêm
8mo trước

Sy bru first day lambat… still duk gastrik jgk dri mggu lepas.. huhuhu… nnt sy tggu 6 mggu jgk l kot nk scan… period sy pun mmg regular.. hrp2 smua ok…

sy pun sama, lepas minum coffee bask bear esok nya kena anxiety terok smpi menggigil badan rasa mcm nak mati pun ye jugak 😂 husband bw pg clinic doctor check gastric n gerd. padahal sblm ni xpernah kena gastric gerd ni.. doc bg ubat mcm gaviscon tu. period delayed 2hari xterfikir akan pregnant sbb ttc 2y lepas miscarriage, tergerak hati nak buat upt laju naik 2line terang, kira2 baru 5weeks, scan pun nmpk kantung je bby blm ada lagi…. Alhamdullilah ni dh masuk 8weeks, appointment buka buku 2hari lagi.

Đọc thêm
8mo trước

Waaaaa…. Tahniahhh… sama, dr pun bgi gaviscon dgn ubat telan jgk sb die ckp gastrik… huhuhu… nnt nk try scan jgk la…

Alhamdulillah, sis +ve tu. Normally kalau kandungan masih awal alahan tu belum ada lagi. Like me, usia kandungan dlm 4++ weeks belum lagi ada alahan. Kandungan masuk 6++ weeks baru timbul segala alahan x nak bau menumis, x nak makan nasi & mcm² lagi. Ada jugak ibu preggy sepanjang trimester tu langsung takde alahan. Tu lagi best tau, x menganggu selera & rutin seharian sis 🤗 Bersemangat jer sepanjang preggy

Đọc thêm
8mo trước

Xlama dah… tahniah… semoga segala urusan dipermudahkan… ameen

Sendawa dan kentut tu pun salah satu tanda hamil awl ye, mmg kerap masuk angin awl2 ni Positif dah tu, xde nye hamil kosong ke apa. Selagi xde bleeding means kandungan awk ok2 je. Dtg periksa awl2 mmg belum nampak apa pun, apa2 ubat yg dr bagi klu bukan utk kandungan jgn makan ye risau memudaratkan. Cuba cek kandungan awk dah brpa minggu kira dari first last period awk. Kandungan dah masuk 8w boleh dtg klinik scan

Đọc thêm
8mo trước

Dalam gambar terang dah positif tu awk. hehe. okay cuba kira just search kat google pregnancy calculator, then just masukkan tarikh first last period awk bulan lalu dan letakkan berapa hari cycle awk. Selalunya utk nak tau due date guna pregnancy calculator tu tepat jg hehe

Alhmdulilah prgnnt ni . Sy dlu sama juga xde langsung tanda2 prgnnt . Saja beli test prgnnt masa tu . Tiba2 line samar . Esok repeat balik naik pekat sikit . Sy repeat setiap hari sampai jumpa line terang . Rupanya sy masa tu dah prgnnt hmpir sebulan gitu . Masuk kandungan 8w dah mula alahan . Sampai lah 16w lemas nak sampai ke 16w tu . Now dah selamat bersalin 5/9

Đọc thêm

x smestinya ad tnda2. hehe. klw mcm sy dlu, delay prd la tnda prtama 🤣 sbb mmg prd regular tiap bln. second is bhagian punggung tu ad rsa snggugut kdg2 mcm nak prd tp brbeza la msa nk prd dia snggugut brterusan, ni x. 🫢🫢delay ja 2 hri trs naik line terang. cuma tulh, bila dh thu pregnant, hbis smua mual2 loya klr 😂msa belum thu, xda plk

Đọc thêm
8mo trước

Heheehe… sy start sakit pinggang dgn pedih perut je… xtau plak tnda hamil… heheehhe

terang sangat dah tu awak. normal je xde tanda pregnant. sbb setiap mommy alami simptom yg berbeza. masa sy pregnant. sy xde alami apa2 simptom pregnant pon awak. 1st pregnancy boleh check upt sbb delay period je. 2nd pregnancy sebab susu bdn drop teruk. yg ni sy check 5hari awal sebelom period. 1st baby dh 2tahun++. 2nd baby dh 8m++

Đọc thêm
8mo trước

xde la. mmg dh terang. xsemua org ada tanda alahan. sy xde tanda pon masa sebelom tahu pregnant. sy check mcm yg sy bgtau awak tu je😊

Macam saya just sakit perut and badan sakit2. Jumpa dr, dia cakap saya takde exercise. Siap kena marah lagi. Tapi sbb rasa mcm letih semacam. Test, dapat mcmni. After one week, check lagi. Pun positive. Then guna clear blue digital , tulis dah 3week+. Saya kira last period. Then anggaran week 6 tu, saya check dr di swasta. Ada jantung dah.

Đọc thêm
8mo trước

Ooo…. Sy xde tnda2, tu yg xterfikir nk positif.. nnt sy g klinik konfirmkan..

awak dah delay period berapa Hari tu? nnt boleh la pi klinik cek untuk confirmation. sy punya tnda2 pregnant mcm gastric jgak, sakit perut, cirit birit, perut masuk angin, skt belakang semua.. last2 check, positive.. mmg X sangka la... bila awak2 btl2 confirm pregnant, baru la simptom2 Hamil tu Mai...

Đọc thêm
8mo trước

Ameen… ameen… Klau kira hari ni dah 8 hari dah la.. hari bls msj ni… sbb hari yg post gmbar ni first day delayed…