Baby kuning da 13 hari
Salam mommy semua.. nak tanye.. baby sy da kuning 13 hari. Bacaan still atas 200.. ade tips tak nk turunkan kuning baby? Sbb da try bg susu 2 jam sekali. Baby pulak jenis asyik tido je. Bile kejut utk susu pun, dia ttap akan lena n susu tak lame. Skrg sy usaha utk bg susu formula S26 utk bg dia kerap kencing n berak. Ape pendapat mommy semua ye? Tolongggg.. risauuu dgn kuning anak ni sbb da prnh kena warded 😭😭
memang takda solution lain selain dari kerap menyusu. memang baby jaundice akan tidur. baby saya sebulan baru sihat dari kuning. memang akan struggle kejutkan baby jaundice sebab buat apa pun baby akan tetap tidur. puas saya basuh muka dia, geletek kaki ketiak, spray air dekat badan dia, buka baju buka pampers, tapi tak jalan. baby saya pun pernah masuk scn sebab kuning tinggi 200 lebih. keep push bagi susu even susah nak kejutkan baby. selagi ada cara untuk awak kejutkan anak bangun tidur, buat je. jangan give up. sebab kuning cuma akan turun melalui poo and kencing baby. masa baby saya kuning, saya push dia bangun setiap sejam sebab kalau saya gapkan every 2 hours pun baby tak menyusu sangat, tidur je.
Đọc thêmalhamdulilah. Semalam cukup 2minggu baby sy dah dischrge kuning. Sy elakkan makan lada hitam, halia, kunyit sebab direct susu badan. Lepstu, sy mandikan baby dgn air sirap & cap badak dalam sekali dua je. Untuk penyusuan pula, yes baby kuning mmg susah kejut n banyak tido yaaaa. Tp sy paksa juga kejutkan wlpn amik masa lama. Then, susukan setiap sejam atau dua jam sekali dgn kerap. Paling lama bby sy menyusu 10mnit je lepastu tidur smla. Takpa biarkan, asalkan dia tetap minum susu badan kita. Alhamdulilah usaha membuahkan hasil. Baby poo & kencing banyak 4x sehari (poo najis berwarna kuning). Trylaa sis cuba tips ni! Semoga anak cepat turun kuning ya
Đọc thêmKerapkan menyusu. Paksa baby bangun. Susu ibu paling berkesan utk turunkan kuning. Bila menyusu, baby yg kuning mmg akan sllu nak tido je. So susu yang dia hisap tu sikit sebab dia sllu ngantuk and takde tenaga nak hisap nipple kita. Baby i baru2 ni lahir pun kuning jgak. I takut baby tak cukup susu utk make sure dia poo and kencing kerap so i pump susu pastu feed dia guna botol. Baru dia akan minum secukupnya. Kuning turun dalam masa 3 hari je sebab baby keep poo and kencing.
Đọc thêmMemang takde jalan selain menyusu dgn kerap wak. Kalau awk susu badan just make sure jgn makan makanan panas2 mcm halia bawang putih lada hitam. Kejut jugak baby susu ya baby kuning mmg selalu ngantuk. Anak2 i dua2 prolong jaundice. I igt dr cakap dia kata buat la apa pun kalau prolong mmg akan ada je kuning tu.even duduk bawah lampu. Just make sure dia tak tahap bahaya. .
Đọc thêmPuan boleh cuba bagi susu stiap 2/3 jam walaupun baby tdo msuk kn sikit2 susu dlm mulut baby at least dia dpt susu kerap..selagi baby ade kuning yg tggi elakkn mkn halia, lada hitam kurgkn mkn bwg2...adr juga petua mndikan baby dgn air suhu biase..bukan air suam..kjut baby tanggal kn baju sarung kaki n tgn supaya dia bgn nangis n kita boleh bg susu time tu
Đọc thêmKene kerap susukan jugak sis. Hritu bby saya pun kuning atas 200 dan warded sis, lepastu mak saya mandikan dngn air suam coway bilas dngn air cap badak. Alhamdulilah 5 hari turun 104 trus ttup buku.
ank saya br bebas kuning setelah 26ari ulang alik g kk..saya bg susu lactogen,mndi kn sebelum g kk