PLEASE BANNED HOSPITAL BESUT TRG

Pengalaman ngeri warded di Hospital Besut saya lalui 5 hari 4 malam. Hampir semua nurse sangat selfish, tak bertanggungjawab & mulut jahat. Saya first time mom czer, 5 kali cucuk branula hijau utk antibiotik sbb bengkak & buat kerja ala kadar. Cara uruskan patient sangat kasar. Tekan jarum kuat2 setiap kali antibiotik. Lepas czer dorang biar je saya berdarah sampai malam. Katil saya depan sekali paling jauh dari tandas. Berjalan la saya dgn darah menitik2 sambil bawa tiub kencing & tangan yg masih ada branula. Tempatkan saya kat ward yg takboleh ada pelawat langsung selama 3 hari. Mmg semua saya kena buat sendiri. Suami saya pun dapat pegang baby lepas saya diacharge. Dorang jugak paksa saya menyusukan anak sedangkan dorang tahu anak saya tie tounge dan susah menyusu. Dalam masa yg sama menahan sakit luka czer. Berjam2 saya susukan anak dlm keadaan mcmtu. End up dorang ckp saya mmg taknak susukan anak sbb tu anak menangis. Dorang jugak dera mental dgn ckp "siapa suruh nak jadi mak" "orang lain pun sakit bukan awak je" "memang taknak susukan anak ke?" dan banyak lagi. Dorang marah bila saya menangis Masa discaj, saya disuruh bawak sendiri anak dan barang2 saya guna troli yg tayar dah tak elok tanpa sedikit bantuan pun! Tolakla saya sebelah tangan troli, sebelah lagi ampu perut yang sakit. Suami tetap tak boleh masuk. Jumpa suami dkt guard je. Sebelum balik pun sempat perli saya ckp saya tak cara pasal anak. Sangat2 bad service dan JAHAT. Tolong elakkan HOSPITAL BESUT untuk apa2 urusan. Lebih baik pergi hosp gov lain Setiu/Kelantan. Trauma saya sampai harini jadi takut nak berurusan dgn mana2 misi lagi dah. #badexperience #firstmom #ceasarian

13 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Tahniah dan syukur atas kelahiran. Jaga diri dan anak baik2. Dah luahkan kat sini dah move on.. Cuma nak bagi tahu, puan buat aduan pada saluran yg betul, jadi adalah tindakannya. Bukan ajak orang lain banned. Tak semua akan mengalami pengalaman macam puan pada masa akan datang. Besut tu dah lah jauh, kot orang sekitarnya, itu je satu-satunya pilih tempat bersalin, dah mereka takut pula dengan kejadian pada puan. Mana pula mereka nak bersalin dengan kos perbelanjaan dan masa yg ada. Jika buat aduan pada saluran yg betul, ada juga tindakan untuk perubahan perkhidmatan di wad tu.

Đọc thêm
4mo trước

✅Text tiada emosi, tiada intonasi.

Tahniah atas kelahiran anak sis. Sy pun sama bersalin ceaser di hospital serdang pengalaman mmg sama mcm sis. Dalam 10 orang nurse, 2-3 orang je yg baik & membantu. Pergerakan terbatas semua kena buat sendiri. Tak faham dengan policy hospital kerajaan ward bersalin takboleh ada peneman sedangkan orang bersalin lah paling perlukan pertolongan. Panggil nurse pun mostly tak bantu. Bantu menyakitkan hati je. Sebelum ada yg komen kenapa tak pergi swasta, sy dah cuba ke 2-3 hospital swasta tapi mostly reject sebab ada complication terpaksa hadap je hospital kerajaan

Đọc thêm
4mo trước

Kalau ward 3rd class betul la rasa sesak if ada peneman tapi mungkin boleh bagi speciality untuk ward 1st & 2nd class sebab ruang pun besar

sedihnya baca luahan sis. semoga berkat kesabaran sis,, Allah permudahkan jalan sis untuk membesarkan anak dengan baik. buat report secepat mungkin. semoga nurse yang buat sis macam tu dapat pengajaran setimpal. biar dia tahu langit tinggi rendah. kalau dia beranak kena kat dia mcm tu baru tahu..ehh..geram pulak kite. kite yg czer mom ni tahu la sakit nak bangun lepas operate tu mcm mane. boleh nurse tu cakap macam tu.

Đọc thêm

Tahniah atas kelahiran baby baru 🥰 Sebagai seorang ibu, sy tak boleh menidakkan apa yg awak rasa. Trauma biasanya akan beri kesan yg lama pada diri. Perbuatan, kata2 orang pada kita di saat kita tak berdaya, adalah sesuatu yang sangat tidak wajar.. Awak boleh report di Sispa.. Ceritakan apa yang berlaku.. Selamat berpantang sis.. Jaga diri 🥰

Đọc thêm

Awak boleh report di SISPA.. insyaAllah akan ada feedback nanti.. kalau betul dengan cara nya.. InsyaAllah.. Alhamdulillah Tahniah awak selamat bersalin. Semoga ibu dan baby sihat sihat saja.. Dari pengalaman saya Patah tulang rusuk semasa bersalin. InsyaAllah SISPA banyak sangat membantu...

Đọc thêm
4mo trước

Hi, awak. Maaf bertanya, macam mana boleh patah rusuk masa bersalin?

paham sis.. sbb tu klu nak msuk gov, hati kne kuat & kental sbb semua kne urus sendiri.. kdg ikut rezeki la dpt nurse ok, kdg nurse mcm nak telan org.. jgn amek hati.. let it go.. just fokus diri awak n baby je.. slamat bpantang..

Boleh buat report. Kalau macm tu layanan diorang utk pesakit.saya warded 3 hari 2 Malam di HSIP Kelantan layanan macam vip. Bersalin normal. Sangat puas hati. Nurse Dr semua baik2. Dh la first time seumur hidup masuk hospital 🤭

Report sispaa or viralkan di fb. Kalau di sini target audience tak ramai. Nak suruh banned pun tak boleh juga sebab bukan swasta

Influencer của TAP

ya Allah.. sedih baca ujian atas sis.. apa khabar sis n baby sekarang??? harap ada hikmah yg lebih besar atas kesabaran sis ..

sis boleh buat report. nyatakan sekali nama² semua kalau tahu