Pengalaman bersalin.

Assalamualaikum mommy2 semua. Alang2 tengah ada masa lebih ni,saya nak kongsikan sikit tentang pengalaman saya bersalin untuk anak yang pertama.23/12/2020 date saya cek up dekat kk. Sebelum hari cek up baby gerak tak macam biase so tak pergi hospital sbb alang2 besoknya tu ade cek up so cek masa cek up je.masa hari cek up bagi tahu misi pasal masalah smalam,misi cakap kenapa tak pergi hospital?Lepas tu misi cek semua jumpa doc scan itu ini,dorang bagi last date untuk cek up kalau still tak bersalin lagi kene serah diri dekat hospital.masa datang cek up usia kandungan 39 minggu,masa ni suami teman cek up.ingatkan lepas cek up nak pergi makan dekat ikea tapi alang2 nak ke ikea tu suami suruh cek dekat hospital pasal masalah baby gerak tak macam biase.kita pun ikut je la,ikutkan hati nak pergi makan dulu lepas tu baru pergi hospital.sampai je hospital daftar,dalam beberape minit doc panggil.dorang cek jantung baby n bukaan,doc bagi tahu bukaan dah 2 cm n dorang bagi tahu kejap lagi pakar datang cek balik.bila pakar cek mmg bukaan dah 2cm n dia boleh pulak “tolong” bukakkan bagi 3 cm,masa dia “tolong” bukakkan tu sakit wey😅sampai keluar darah. Dia bagi tahu saya kena tahan, so bagi tahu suami yg kita kene tahan hari tu.so tak sempat la nak pergi makan dekat ikea huhuhu(merajuk sikit)🤪 tunggu dalam beberape minit nurse panggil nak pergi dekat wad,suami tak boleh nak hantar.nasib baik barang keperluan untuk hospital mmg dah simpan dalam kereta siap2,barang2 saya tu suami bagi dekat guard dekat wad sebab suami tak boleh masuk(pkpp) jumpa suami pun sekejap je dekat pintu wad😢.bermalam la dekat hospital jawabnye,macam biase nurse datang cek itu ini.doc cek bukaan tapi still 3 cm,ada masa terluang jalan2 dalam wad tu.malam tu dah rase sakit2 sikit tapi tak kerap la,besokkan harinya 24/12/2020 macam biase doc datang cek bukaan lagi tapi still 3 cm,doc tu cakap dalam masa 24 jam still bukaan tak bertambah dorang nak induce.lepas tu nurse ada bagi ubat untuk kita 💩 lepas tu badan rase macam sejuk gile rase nak demam.dalam pukul 11.30 am rase nak 💩 mungkin sebab ubat yang nurse bagi tu kot,bila bangun dari katil tiba2 air keluar.habis kain n katil basah yang kita ni tak tahu tu air kencing atau air ketuban pergi la panggil nurse bagi tahu ade air keluar.doc datang cek semua,dia cakap awak dah boleh bersalin ni.dia cakap dengan nurse booking bilik utk pesakit ni sekarang dalam sibuk2 tu ada nurse bagi tahu ada bilik kosong sekarang boleh pergi,dorang bagi baju bersalin siap2 keadaan tu macam kelam kabut sikit macam baby ni nak keluar time tu jugak😅 tapi tak pun sebenarnye dalam perjalanan lr sempat chat suami bagi tahu yang kita ni nak masuk lr,ingatkan boleh la jumpa kejap tapi tak boleh.dalam lr dorang bagi tahu tak boleh makan minum pergi tandas semua.mula2 tu tak rase sakit,dalam beberape minit dah start rasa sakit macam period(masih boleh tahan) lepas tu rasa sakit tu bertambah (boleh tahan lagi) sbb mmg selalu sakit teruk bila period.lepas tu sakit kali ni memang betul2 sakit sampai dorang ajak borak pun malas nak layan dengan kita rasa macam mamai je,sampai satu tahap tu dia punya sakit rasa nak 💩 bagi tahu dekat nurse yang kita ni 💩 then dia datang cek tengok dah berdarah dia bagi tahu awak teran ke? Lepas tu nurse bagi tahu doc keadaan tu tiba2 jadi kelam kabut dorang dok jerit2 dekat kita suruh teran tarik nafas lepas yang kita ni ikut la ape yang dorang suruh walaupun dalam keadaan mamai😅 doc bagi tahu saya tak boleh nak normal terpaksa buat emergency czer sebab jantung baby makin lemah.tak apalah janji baby selamat😢dorang bawak pergi bilik bedah.pukul 4.59 petang lahir la seorang putera berat 2.96. #firstbaby #1stimemom #justsharing

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

lebih krg sy cuma bezanya sy induce n takde bukaan end up sy mtk czer je

4y trước

sy tak rasa induce tu menyakitkan tp sbb sy kan takde bukaan,so doc beberapa kali cuba paksa bukaan.tu ye sgt menyakitkan.elok2 dr sy bleh berjalan elok lepas induce.. tp kalo kena paksa bukaan sy terus terbaring pastu