Mcm mn nak naikkan hb.. bacaan 9.2 minggu 32 ni..

Nak naikkan hb ni dlm 10hari ni... ada petua x

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya punya hb rendah bila tak makan sarapan masa gi checkup kat KK. Makin rendah bila dah masuk trimester 3. Jadi saya try amalkan minum 1 sudu besar pati delima gulsan, makan hati ayam goreng kunyit (1 genggam) seminggu sekali, buah jambu batu/oren , kurma ajwa (1 biji) , kacang gajus/ badam (5 biji), kacang kuda rebus/ kuah dal (homemade), telur rebus (1 biji), Dan air perahan limau kasturi (1 gelas). Ubat zincofer wajib ambil tiap2 hari sebelum tidur. (Jarakkan 2 jam selepas makan malam)Setiap hari makan sayur atau sekurang2nya ada timun dalam hidangan utama. Minum cukup air masak. Dan 1 minggu sebelum checkup cuba elakkan makanan/minuman yg ada kicap, susu, Koko, teh Dan kopi sbb dia akan rendahkan bacaan HB. Setakat ni bacaan Hb jadi naik sikit demi sikit. Alhamdulillah dapat sampai 13.0

Đọc thêm