Puting tak tersembul.

Hi mummy2 semua. Nak luah sikit.. sedihlah saya menunggu hari je ni nak bersalin. Tapi bila tengok payudara sendiri rasa sedih je. Payudara saya puting dia tak tersembul. Saya risau dan sedih. Nanti masa dalam wab Macam mana nak bagi anak isap susu kalau puting ibu dia tak tersembul. Takut jugak nurse bising2 ke. Sebab anak first. Mohon mummy2 semua beri saya semangat atau cadangan ke untuk saya tak rasa down.. 😔😔😔

10 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Thành viên VIP

Normal je sis. Takda masalah pun. Sis masih boleh menyusukan anak seperti biasa. Jangan risau ya. Memg kebanyakan ibu puting agak tenggelam. Sy sendiri pun puting sebelah kiri tenggelam. Nanti sis boleh gunakan NIPPLE PULLER ni tuk tekap pada puting dan pump slow² nanti puting perlahan akan tersembul untuk mudahkan penyusuan. Biasanya kalau beli breast pump ke memg ada sesetengah brand bagi gift nipple puller ni. Kat shopee pun ada jual murah je. RM2/3 tak silap sy Nipple puller dan Nipple shield berbeza ya. Jangan keliru. Nipple puller untuk tarik puting keluar. Kalau Nipple shield untuk melindungi puting daripada luka sewaktu proses penyusuan.

Đọc thêm
3y trước

Sekarang pun dah boleh guna sis. Untuk galakkan nipple tu keluar.

normal tu sis..sy puting xtimbul jgk,ank first..sy warded awl sbb pecah ketuban, time warded ada tanya nurse pasal ni, nurse ajar suruh ransang puting ketika mandi..tp time tu sekali nk ransang bukaan..jd sis boleh cuba dekat2 nk bersalin ni la kot.. cara lekapan betul pun nurse ajar..alhamdulillah baby menyusu okay je cuma tu la breast kecik sebelah sbb xtimbul puting kurg bg yg belah kecik tu..harap sis xulang mcm sy..balancekn dua2 ye,xla nampak ketara kecik besornye..hehe

Đọc thêm
Influencer của TAP

Actually cara lekapan mulut baby semasa menyusu adalah pada aerola, bukan puting . So, jangan risau. Boleh guna nipple puller.. nurse boleh ajar nanti. Follow mana2 perunding laktasi, insya Allah banyak ilmu cara penyusuan yg betul. Teruskan bertanya dan belajar ye.. Saya dah bersalin baru cari ilmu penyusuan. Bagi saya penyusuan tak betul boleh buat ibu dan anak stress. lagi stress daripada masalah ketika kehamilan saya. So, sempat cari ilmu tu.. 👍👍

Đọc thêm
3y trước

Haah betul. Memg biasa nurse ajar

prepare susu formula sis. cari untuk newborn. macm saya hospital yang first bg baby susu fm sampai anak saya x nak bf. susu enfalac. alhamdulillah dia jauh lebih gemuk dari kakak dia walau lahir 2.1 ja. sekarang setahun dah 11kg. macam nak angkut beras dah rasa. dengan kita yang terpregnan lagi skli. 😆 jenuh nak angkut dia.

Đọc thêm

standby susu formula n botol kecil.. anak 1st ambil.masa nak.kuarkan susu ..nak stimulate tu ambil masa... nanti awak stress..anak.lapar.. keluar wad berurut..insyaallah akan ok.. susu ngan botol tu jgnlaa pergi tayang kat nurse..kang dicop pemalas..

3y trước

mmg gov marah..sbb saya dah ada pengalaman ikut 100% saranan hospital..tp nasib x menyebelahi saya..coz saya emergency csec. anak sulung..jenis tenggelam dan mmg xde susu. waktu saya dah boleh ambik baby ..dr 7mlm sampai 7 pagi..anak menangis kelaparan..lepas tu nasib baik ada kwn sblh katil satu wad ambilkan susu formula depan kaunter nurse.. lepas pada yg insiden tu saya standby ja susu formula dan botol.. badan kita xsama..yg penting jaga emosi lepas bersalin tu..jgn stress².. itu pandangan saya ..terpulang.

Jangan risau sis .. kawan saya puting dia kedalam tapi smpai anak dia umur 7 bulan dah skrang masih menyusu kn badan . Jangan stress ye sis .. semoga selamat berslin selamat ibu & baby 🌹

3y trước

Haah takda masalah sebenarnya. Sekrg ada jual nipple puller. Selagi cara penyusuan betul, anak nyonyot susu okay je.

Post reply image
3y trước

Ya betul ni penarik puting tu

saya maybe pakai yang ni nanti , sebab saya pun macam tu

Post reply image
3y trước

Sis skrg pregnant atau dh bersalin??

Thành viên VIP

Ni nipple shield

Post reply image
Thành viên VIP

Ni nipple puller

Post reply image